Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Ahad lepas, kawan baik saya, Ammal call ajak mabok-mabok teh tarik. Dia ambil saya di rumah (Bukit Beruntung) dan kami bersarapan di Bukit Sentosa. Kebetulan, anak buah saya, Azlyna ada sekali. So, kami bertiga ala Tiga Gadis Pingitan – Esah, Noi dan Awa bersarapan bersama.

Ammal mengoffer kami rambutan dan pulasan di rumahnya tapi kena kait sendiri. Tak kisah, dengan cargasnya kami ikut Ammal balik ke Sungai Choh untuk menyerang pokok pulasan dan rambutannya. Buah pulasan senang je nak petik sebab pokoknya rendang. Pakai tangan pun dapat ambil.

Azlyna dan Ammal dengan pokok kedondong


Buah pulasan tu nampak aje macam hijau lagi, tapi dah masak, manis pulak tu..

Rambutan pula, terpaksa kait dengan galah. Mula-mula Azlyna yang jadi tukang kait, tapi terkesip-kesip, terhegeh-hegeh. Tak power. Hiks! Akhirnya, mak Ammal take over! Zrasssss…berlonggok-longgok rambutan yang jatuh.


Dapatnye sikit, bising je lebih..Huhu..

Saya, Ammal dan anak-anak buahnya

Azlyna paksa saya ambil gambar dia sedang menyapu. Tunjuk rajin hokayyy!!

Kami juga dipaksa makan tengahari di rumah Ammal. Rezeki jangan ditolak. Sapu saja. Lepas makan, seorang lagi rakan kami, Okoi datang ingin berjumpa dengan saya di rumah Ammal. Ada diskusi sikit. Kami berbincang dalam lori Okoi sambil round-round kampung naik lori. First time saya naik lori duduk kat depan. Lori 3 tan kot..Tak surela…


Sume first time naik lori nihh…Jakun sikit…

Lepas dah hantar Ammal balik rumah, Okoi pun hantar saya dan Azlyna balik ke Bukit Beruntung naik lori. Sakit betul badan nyawa kalau terlanggar lubang. Tapi view best la..Tinggi je dari kenderaan-kenderaan lain. Best woo…Hiks!

Pendek kata, best gile laa..bersuka-ria di hari bukan raya…