Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Saya pernah menulis entry tentang mak saya pada ulangtahun hari lahirnya yang ke-65. Klik sini untuk baca. Saya selitkan juga dua keping gambar mak saya dalam entry tersebut. Gambar mak saya yang memang sentiasa ceria, tersenyum (ke tersengih?) saja.


Ceriakan? Boleh jadi Duta Astro Ceria . Hiks

Motip, mementang mak haku selalu ceria, korang senang-senang je cedok gambar ni dan letak pulak dalam billboard korang??????


Sape nak jawab ni? See you in court!

Seorang rakan saya, Dek Cik telah men’tag’ gambar ini di Facebook saya. Mula-mula saya tak perasan sebab saya online di handphone. Gambar pun nampak kecik dan tak clear. Tetapi bila saya online menggunakan laptop, barulah nampak clear yang gambar muka mak saya ada terpampang di billboard Yayasan Islam Terengganu bertemakan Merakyatkan Pentadbiran & Pembangunan. Rakan saya ini telah men’snap’ gambar ini ketika dia berada di Besut, Terengganu. Menurutnya lagi, ada 5 billboard!!

Adakah disebabkan muka mak saya tersenyum dan gembira, maka pihak Yayasan Islam Terengganu suka-suka hati menggunakan gambar tersebut tanpa kebenaran? Konon-konon nak menunjukkan bahawa mak saya gembira dengan pentadbiran dan pembangunan yang dijalankan? Hellooww, mak gua bukan orang Terengganu hokeh. Kalau signboard kat Sungai Choh ke, Kuala Selangor ke dimahapkanlah jugak. Hiks!

So, apa yang patut saya buat? Saman boleh? Saya claimlah yang mak saya menghadapi kemurungan selepas gambar dia disiarkan. Claim ganti rugi khas, ganti rugi am, gantirugi tekanan perasaan. Gaggagaa… Makcik kayooooo… Kalau satu billboard kita saman sejuta, 5 billboard dah dapat 5 juta! Bagi 10% kepada rakan saya yang tolong snap gamba ni, ada lagi 4.5 juta. Wahhh..kaya kaya kaya. Lebih kaya daripada Abdul Wahab, lebih kaya dari Abdul Wahib.*Matila aku gila. Padahal agaknya mak saya happy je muka dia glamer kan?

So, inilah dia. Orang ni nak kerja senang je. Sape grafik artis yang buat billboard ni ntah. Tapi yang pasti orang daripada Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn Bhd. Bukannya susah pun. Kalau takde budget sangat, amik jela gambar budak-budak opis korang, berlakon tengah gembira ke, tengah senyum, tengah gelak-gelak. Bukannya susah. Saya rasa, gambar orang-orang lain dalam billboard tu pun dorang main amik dari internet je.

Kesimpulannya, saman ke tak saman? Huhu