Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh..

Sidang hadirin yang dihormati sekalian. Ittaqullah… Gittew akak jadi ostanyah di bulan Ramadhan yang mulia ni. Cemana posa uols tahun ni? Best kan? Cuaca pon elok. Tak panas sangat. Rileks je puasa. Takdelah pukul 10 pagi perut dah berkeroncong. Steady je. Alhamdulillah..

Puasa pertama hari tu, macam biasa, akak balik berbuka dan bersahur dengan mak akak kat Bukit Beruntung. Pesen mak akak, kalo bawak dia pegi PaRam, dia mesti nak carik ayam percik atau terubuk bakar. Layankan aje. Tapi wiken aritu dia nak ayam percik je. Baru panas enjin la katakan. Hiks..

Gerai jualan di PaRam Bukit Beruntung

Mak akak hepi dapat beli ayam percik

Haa, tahun ni korang berbuka, masak sendiri ke beli kat PaRam je? Tahun ni akak baru sekali jejak kaki kat PaRam. Dengan mak akak tu lah. Hari kedua berpuasa, akak buka sorang-sorang kat rumah. Goreng ikan kembung, sambalkan dengan cili api, ngap! Setel. Akak ni simple je orangnya (kalau pemalas tu mengaku jela kan.. Banyak plak bunyi.. Huhu). Akak memang berazam nak masak hari-hari kat rumah. Tanak membeli. Siap dah carik resepi tepung pelita. Gigih nih nak buat tepung pelita. Bila nak buat tatau..

Keazaman akak nak masak dan berbuka kat rumah ni, harapannya dapatlah bertahan sampai ke akhir Ramadhan. Akan tetapi, kita hanya merancang, Tuhan jua yang menentukan. Akhirnya Ramadhan ketiga, akak dah bukak puasa kat luar, uols! Dengan budak-budak yang sama attend training class. Biasanya class ni kitorang buat pagi. Tapi kelmarin, kitorang buat petang sebab terus nak berbuka sama-sama. Ke mana destinasi berbuka puasa kami? Lets cekidaut!

.

.

.

.

.

Resepi Sangdewi

Ye, weols berbuka kat Resepi Sangdewi. Pernah dengar? Akak pun festaim jejak kaki kat sana. Restoran ni kakak ipar Siti Nurhaliza (Rozie isteri Ayie) punya. Untuk sesiapa yang tatau, restoran ni terletak dalam kawasan Giant Taman Connaught, Cheras. Jom tengok seleksi makanan yang ada..

Kenal tak sape ni?

Budak ni takyah kenal pun takpe. Sebok je nak enterframe dalam henpon akak..

Eh!! Mamat ni lagi. . Huzz wartawan URTV tu uols!

Pilihan lauk pauk yang ada

Nampak lauk yang sebelah kanan tu? Haa, tu signature dish restoran ni – Sambal hitam. Sedap!!!

Rakan sekelas bersama sifu – Dr. Jalil

Muka akak nampak sikit je. Sabotaj!

Selesai!

Lepas berbuka, terus jela balik. Oh! Sape-sape yang nak rasa masakan kampung, bolehlah try makan kat Resepi Sangdewi tu. Lauk pauk sedap semuanya. Ada ikan patin, ada siput sedut, ulam-ulaman semua lengkap. Harga akak tatau. Sebab dorang bayar sekali. Rasanya tak mahal. Berpatutan la. Bukannya restoran 5 bintang pun kan. Yang penting, makanan sedap. Ok uols! Silalah pegi..

Pastu cite semalam pulak. Ingatkan dah takdelah nak berbuka kat luar. Sekali… PruBSN buat pulak workshop planning bertempat di Enak KL, Starhill Gallery. Lepas workshop tu, terus pulak berbuka kat sana..


Uols mampooo pakai baju ropol penuh di dada cam akak nih?? Hiks! Baju ni beli masa gi Istanbul aritu..

Pasal workshop tu takyah citer la eh. Kita tengok makanan je..

Sekelian macam cucur, begedil, kerabu dan ulam-ulaman yang ada

Seleksi lauk pauk dari gulai nangka, udang percik, kambing salai dan macam-macam lagi

Laksa Johor pun ada

Kawan-kawan Laksa Johor

Pencuci mulut tempatan dan antarabangsa seperti ondeh-ondeh kuih Melaka, karipap, puding roti, puding caramel, pisang caramel, creme brule, pengat pisang..

Festaim akak makan pisang caramel

Penuh meja!

Astaga! Macam tak habes je

Ada orang nyanyi-nyanyi gak..

Tengok akak makan.. Sikit je.. (padahal ni pinggan kedua)

Dr. Jalil sambut besday

Enak KL ni terletak di level LG dalam Starhill Gallery ni. Buffet dia berharga RM65.90. Dengan pilihan makanan yang pelbagai, ditambah pulak dengan rasanya yang enak, memang tak syak lagi, Enak KL boleh dijadikan tempat uols nak bawak family berbuka kat luar sekali sekala. Sekurang-kurangnya takdelah harga dia melampau sangat macam kat hotel-hotel.

Enak KL ni pun banyak dapat award tau. Tempat makan pun cozy je. Rasa macam sambil suap creme brule tu, sambil pejam mata nak tido. Ngeh ngeh.. Alhamdulillah, makan kat Enak KL ni pun akak tak payah bayar ape-ape. Tetapi harus diingat! Parking dia agak tercekik. Akak masuk parking lebih kurang pukul 1.30 petang. Kuar jam 9 malam. Amekkawww!! 20 hengget akak kena bayar parking. Huhu.. Tapi tak silap kalo masuk lepas pukul 5 petang, flat rate dia RM5 je..

Untuk maklumat lanjut, Enak KL boleh diusha di website Enak KL. Selamat berpuasa dan selamat menjamu selera! Daaa…