Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Cuaca pada hari ketiga tidak begitu ceria. Hujan pada waktu pagi membuatkan kami mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di tempat tertutup seperti shopping mall. Kami bersarapan di restoran berdekatan dengan Sandy Beach Resort sahaja. Senang.

Sarapan dulu

Selesai bersarapan, kami menuju ke Pekan Kuah untuk berjalan-jalan di shopping Mall di sana. Kami memasuki Pasaraya Billion iaitu kedai bebas cukai. Saya dan Wal sempat membeli minyak wangi BVLGARI. Oklah, ada diskaun 20%. Harga asal RM300+ jadi RM250 camtu..

Selesai membeli belah di Billion, kami ke Langkawi Parade pula. Sekali lagi saya memasuki ruangan yang menjual minyak wangi. Saya meminta seorang salesgirl Cina mengeluarkan salah satu minyak wangi (Tester) berjenama Elizabeth Arden5th Avenue dari raknya.

Selepas salesgirl tersebut menyembur sedikit di atas kertas untuk saya bau, dia menyimpan semula minyak wangi itu ke tempatnya. Pranggg!!!! Tiba-tiba botol minyak wangi tersebut terlepas dari tangannya dan berderai botol kaca minyak wangi tersebut di atas lantai. Minyak wangi tu pun ape lagi, pun sama bersepah. Semerbak baunya. Saya pandang Nadia, Nadia pandang saya..

“Bukan aku buat, kan?”, saya sedikit cuak.

“Bukan ko..”, Nadia membalas.

Bila dah bertabur atas lantai tu, saya pun cakap dengan salesgirl tu, “Boleh tak kami ambik sikit?”. Dengan muka kelat, dia menjawab “Baik-baik nanti kena kaca”. Saya dan Nadia pun apa lagi, terus bertayamum minyak wangi. Muahahhaa. Letak kat tangan, kat baju, kat tudung. Terus wangi sepanjang hari. Kesian salesgirl tu. Haruslah gaji kena potong sebab pecahkan. Botol 125ml pulak tu. Saya lihat harganya dalam RM300+ juga. Selepas itu, langsung dia dah tak nak layan kami. Ntah-ntah dia cakap kami suwey!! Hiks

Bahan tayamum – 5th Avenue. Hiks

Sempat lagi kami berkeliaran dalam shopping mall itu dan Nadia membeli sehelai baju dan topi. Saya pulak seperti biasa menadah muka depan Wal dengan harapan Wal akan mensnap muka saya.. Muahaha..

Alat muzik ape ntah

Sempatss kat parking pon jadi

Dalam tengahari, kami pulang kembali ke Pantai Cenang untuk memaklumkan kepada pihak resort bahawa kami ingin menambah satu hari lagi di Sandy Beach Resort. Pada mulanya kami ingin menginap di hotel lain tetapi apabila memikirkan resort yang kami duduk di Sandy Beach Resort itu sangat selesa, kami bersetuju untuk terus menginap di situ.

Setelah selesai urusan di resort, kami makan tengahari di Restoran Thai Village. Sedap makanan-makanan kat situ.

Makan tengahari di Thai Village

Alhamdulillah, sebelah petang cuaca pun baik, lalu kami menuju ke Oriental Village yang menempatkan stesen kereta kabel ke Gunung Machinchang.

Pepehal, kena amik gambo dulu kat pintu masuk

Dan tak lupa kawasan di dalamnya yang menempatkan kedai-kedai menjual baju dan cenderamata untuk para pengunjung.

Oriental Village

Ujie ke??

Rasa nak lempang diri sendiri

Batu tanda Gunung Machinchang Geoforest Park

Taraaa…

Cubaan melastik Wal

Rileks kejap sebelum naik cable car

Dan lagi…

Surau yang bersih dan kemas

Harga tiket untuk menaiki cable car adalah RM15 (bagi pemegang IC Malaysia). Kalau bukan orang Malaysia tiketnya berharga RM25.

Di depan pintu masuk Cable Car

Terhegeh-hegeh

Cantik sungguh pemandangan seluruh Langkawi dari dalam cable car dan juga dari atas Gunung Machinchang. Malas nak cite banyak-banyak. Sila tengok gambar la ye

Mula meninggalkan stesen

Sayup mata memandang

Pemandangan gunung ganang dan Laut Andaman dari dalam cable car

Dah sampai kat atas Gunung Machinchang

Fantastic Four!

Nasib baik tak gayat

Kami berada 750m atas aras laut

Lupa nak beli spek mata itam

Cantik kan view kat belakang tu..

Jangan tiru aksi ini

Matahari pun dah nak tenggelam

Skodeng sikit

Pemandangan Laut Andaman

Saya pun tatau ape yang saya cuba lakukan.Hiks..

Gaya wajib walaupun berat gile vontot nak melompat

Tingginya…

Pemandangan yang kelihatan dari atas Gunung Machincang diabadikan di dalam papan tanda ini

Selepas turun dari Gunung Machinchang, saya ajak mereka bertiga mencari jalan untuk ke Pantai Pasir Tengkorak. Kali pertama dan terakhir saya ke pantai tersebut pada tahun 2002. Itu pun dibawa oleh seorang rakan yang memang merupakan penduduk asal Langkawi. Seingat saya semasa saya pergi dahulu, Pantai Pasir Tengkorak memiliki pantai yang bersih. Air yang tidak berombak dan jernih. Tenang saja. Orang yang berkunjung ke situ pun tak ramai sebab tak ramai pelancong yang tahu tempatnya.

Selepas lebih sejam berpusing-pusing mencari, pantai itu masih juga belum ditemui. Hari pun dah bertambah gelap. Nampak dalam peta macam senang je. Akhirnya, kami sampai ke puncak paling tinggi yang menempatkan villa yang didiami oleh para VIP dan Sultan. Dimiliki oleh The Datai.

Tiba-tiba pintu pagar villa tersebut terbuka. Dan ternampaklah oleh kami pengawal keselamatan villa tersebut. Wal dan Z pun turun dari kereta dan meminta bantuan pengawal keselamatan itu untuk membantu kami mencari jalan ke Pantai Pasir Tengkorak. Pak Gad tersebut melarang kami pergi ke pantai itu pada waktu malam kerana menurutnya tempat tersebut agak ‘keras’. Kami pun turun semula dan masih juga tidak nampak kedudukan pantai tersebut. Pertama, sebab tak ada papan tanda dan kedua, mungkin jalan di situ sangat gelap. Tak apelah, takde rezeki.

Dalam perjalanan balik ke Pantai Cenang, saya menelefon pemilik Sandy Beach Resort iaitu Encik Azman dan beliau mempelawa saya dan rakan-rakan datang ke restorannya –Telaga Arabic yang berhadapan dengan resort miliknya. Sesampai saja di situ, saya lihat beliau sedang sibuk melayan delegasi dari China. Urusan perniagaan mungkin. Selepas bersalaman, Encik Azman menyuruh kami memesan minuman dan dia sendiri yang akan memesan makanan istimewa untuk kami.

Pintu masuk Telaga Arabic Cafe & Restaurant

Nasi Bukhari

Spring roll meat and chicken

Tak sabar nak makan

Menu pun dalam Bahasa Arab lah…

Ape ke nama air ni ntah.. Tapi rasa dia sedap nak mati!!

Nak lagiiiiiiiiiiiiiiiii……….

Selesai makan, saya dan Nadia pulang ke bilik kami untuk tidur manakala Wal dan Z keluar semula mengambil gambar kehidupan malam di Pantai Cenang.

Batu tanda Gunung Machinchang Geoforest Park