Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Ada kawan akak merungut. Katanya blog akak dah tak best dibaca sebab bahasa skema sangat. Moteeeep? Ko hengat akak minah rempit nak guna bahasa macam budak umo dua tahun lidah pendek? Aq x biaserr r centu.. Paham ke? Hiks..

Okla, lately entry akak asyik dipenuhi dengan entry berilmiah je kan? Balik-balik promote pasal PruBSN. Macamlah dia sorang je agent berkakilebar [read : berkaliber] kan? Huhu.. Baiklah, entry kali ni akak nak bawak uols mengembara bersama akak, mengimbau kenangan 12 tahun yang silam iaitu saat suka duka akak mula bergelar seorang wanita berkerjaya. Kah kah.. Eksaited? Akak pon sama nih..

Minah Karan

Sebelum tu, akak nak citer jugakla pengalaman pertama akak bekerja sebagai Minah Karan atau Minah Kilang. Ni masa lepas SPM, sementara tunggu result kalau-kalau diterima masuk U. So, kebetulan kilang kamera Minolta kat Serendah memang nak pakai orang baru. So, akak pun applylah. Alhamdulillah dapat. Kalau rata-rata kawan akak yang lain keje kat Perodua Sungai Choh, akak dengan member akak sorang lagi je keje kat kilang Minolta ni. Sebab utamanya, kalo keje Perodua, nanti ada shift malam, shift siang. Akak tak suka keje-keje yang bershift ni..

Akak keje kat kilang ni dalam 4-5 bulan kot. Sempatlah kumpul duit sikit-sikit. Kalau diikutkan mana boleh keje kejap-kejap. Tapi masa isi form tu, akak tipu bagitau memang nak keje tetap. Lepas tu, kena berlakon jadi budak yang tak sambung belajar punye orang. Kalau Boss Jepun tu tau nak keje kejap je, memang tak dapeklah nak keje situ.

Gaji masa ni RM380 sebulan. Omaigaddd!! Sikit kan? Siannnnn sangat. Pastu biasanya ada OT. Dapatlah dalam RM440 sebulan. Untuk makan, kilang ni bagi kupon RM1 ke RM2 sehari kalau tak silap. Lepas tu, yang lebih, tambahlah duit sendiri. Kebetulan yang berniaga kat kantin tu makcik akak, so makan pree jela haku hari-hari. Huhu.. Mehla saksikan dua-tiga keping gambo akak masa bergelar Minah Karan..

Pakai uniform derrr..

Bersama rakan-rakan Minah Kilang yang lain..

Ok, jom gelak sekarang! Tengok akak.. Dengan muka samseng tahik kucing. Pastu jeans berlipat. Pakai pulak selipar tumit tebal. Cukup cunlah tu kononnya.. Puii!! Hahahahhahahaaha…

Ya Allah, Ya Allah.. Kenapakah aku sedemikian rupa???!! Hahaa.. Dengan badan kurus kering.. Whateva pun, pengalaman ni mendewasakan kita kan? Hiks… Ohh lupa nak bagitau, bidang tugas akak masa kat sini adalah me’welding’ (pateri) kaki transistor, cip-cip apa ke semua tula kat motherboard kamera. Masa mula-mula keje, banyak kaki cip, transistor tu hangus akak kejekan. Jahanam! Masa tu tak pandai lagi nak bajet kepanasan semua tu. Lama-lama tu dah expert la..

Keje kilang ni kena kejar target. Ada la line leader yang akan jaga. Bape ratus nak kena siap untuk satu-satu hari tu.. Hehe enjoy jugak. Pengalaman yang paling tak boleh dilupakan ialah bila salah sorang member kilang akak, tangan dia terkena mesin penebuk lubang. Berlubang tembus sampai ke bawah pergelangan tangan dia. Nasib baik tak kena tulang ke, urat ke. Mesin tu macam mesin jahit tu, tapi jarum dia lagi besar. Maybe separuh jari kelingking kot besar jarum tu. Memancut-mancut darah. Eiiii seriau..

Tak lama keje kat kilang tu, bulan Jun 1996 akak dipanggil masuk UTM. Berakhirlah pengalaman akak sebagai Minah Karan… Hehe…

Programmer

Akak grad daripada  UTM Skudai dalam jurusan Sains Komputer pada April tahun 2000. Umur masa tu dah 22 tahun. Body masa tu slim lagi okeh.. *matila takde kena mengena.. Bulan Julai akak dah dipanggil bekerja selepas menghadiri satu temuduga. Sempat tanam anggur 3 bulan. Cemana akak boleh dipanggil bekerja dengan kadar yang agak cepat? Terer sangat ke akak nih? Jangan terpedaya uols. Sebabnya akak dipanggil keje kat tempat akak praktikal dulu. Jadinya dorang dah kenal. Agaknya dorang malas nak carik orang lain. Rezeki akak jugakla kiranya.

Dulu akak praktikal kat anak syarikat Unitar iaitu United Multimedia Sdn Bhd kat Jalan Pahang. Lepas tu, dorang dah berpindah ke bangunan KUB.com, Megan Avenue Jalan Yap Kwan Seng. So bila dah grad, akak  kerja kat KUB.com la kiranya. Gempak derr. Maklumlah, keje Key Ell..

Masa tu akak still dok kat Sungai Choh lagi. Belum pindah Bukit beruntung. So, pengangkutan akak hari-hari ialah bas (dari Sungai Choh ke pekan Rawang). Pastu naik pulak komuter dari Rawang ke Stesen Kuala Lumpur (masa ni KL Sentral blum siap). Dah tu jalan kaki pulak ke stesen Putra LRT Pasar Seni. Naik Putra LRT sampai KLCC. Dari stesen tu, jalan kaki pulak dalam 15 minit sampai opis. So, cemana akak tak slim dulu? Pembakaran kalori yang optimum katanya.

Sebagai programmer cabuk yang berdedikasi, akak dibayar gaji permulaan sebanyak RM1,800. Banyak tak? Bolehla kot masa tu. Lepas tolak EPF, dapatlah dalam RM1,600. Tolak tambang, belanja makan, bagi mak sikit, beli insurans (Wah! Akak tak sangka akak dah ada kesedaran tentang insurans sejak muda. Huhu), bolehlah simpan sikit-sikit.

Lepas jadi Multimedia Programmer selama 2 tahun, akak ditukarkan pulak jadi Software Programmer. Macam sama je kan? Okeh, akak citer sikit tentang bidang tugas akak ni. Masa akak jadi Multimedia Programmer, skill akak lebih tertumpu pada programming multimedia. Guna Dreamweaver untuk buat website, Authoware untuk buat content CD. Actionscript Flash sikit-sikit. Ha, camtula.. Kampeni United Multimedia ni ialah tukang buat content online untuk pelajar-pelajar Unitar (kata anak syarikat kan..) yang belajar melalui jarak jauh. Belajar secara maya gitu.

Akak dan beberapa orang rakan sekerja kat KUB.com. Kenal tak lelaki tu? Tu lah dia selebriti blogger popular SultanMuzaffar

Bila akak ditukarkan ke bahagian Software Programmer, kononnya up sikitlah. Masa tula baru belajar Java, Javascript, C++, bla bla ape entah lagila.. Tapi masa kampeni hantar kitorang beramai-ramai amik exam Java, daripada 15 orang yang exam dua org je yang lulus. Uols agak akak termasuk dalam golongan yang mana? Haha opkoslah yang fail. Hihi.. Mementang kampeni yang bayar (tak silap, yuran exam USD250 sorang), takde kesedaran langsung nak pass. Belaja memain!

Tak lama tu, tahun 2003, United Multimedia macam dah nak tutup. So dorang offer VSS untuk sape-sape yang nak amik atau dorang offer untuk diserapkan jadi staff Unitar. So akak dengan tekadnya amik VSS. Tak silap masa tu, dapatlah dalam RM8,000+. Sikit je kan? Maklumlah baru keje. Sape-sape yang dah lama keje, sedaplah.. Puluh ribu gak dorang dapat.

So, kebetulan akak dapat keje baru. Sebagai programmer jugak. Kat Subang Jaya. Mediacal nama kampeni ni. Masa ni kampeni dapat projek untuk buat CD SmartSchool. Client kami adalah Kementerian Pelajaran Malaysia. Kan zaman-zaman dulu semua nak IT je. Dah tanak pakai buku teks. Semua pembelajaran guna CD. Gituhhh.. Tak lama tu, kami staff-staff Mediacal diserapkan pulak ke kampeni Impian Teknik (ITIS). Sebenarnya boss Mediacal dengan ITIS ni sama je. Akak pun lupa cemana dah..

Masa team session kat A’Famosa Waterworld Melaka

Akak keje kat sini dalam dua tahun kot. Masa ni selalu la stayback kat opis sebab nak menyiapkan projek. Stress gilerrrr. Dahla akak duduk Bukit Beruntung masa ni. Nak kena ulang alik Bukit Beruntung-Subang Jaya (elleh..orang lain ulang-alik KL-Seremban tak bising pon.. Haha). Duit gaji masa ni memang abes atas jalan jela. Minyak sebulan dah berapa. Tol lagi. Uiii..

Dalam tahun 2004, akak dapat pulak offer satu lagi multimedia company. Buat projek yang sama jugak tapi untuk subjek lain. Kalau kat ITIS kitorang buat CD untuk Science in English dan Mathematics in English. Kat kampeni baru ni pulak, kitorang memang buat subjek English.

Nama kampeni baru ni Enershia Sdn Bhd. Boss akak pompuan. Hira Zazalina nama dia. Opis akak masa ni kat The Place, Damansara Perdana sebelum berpindah opis baru kat Damansara Perdana gak (atas Restoran Baloh). So, bidang tugas sama jugak. Masih programmer cabuk. Stayback kat opis dah jadi rutin hidup. Korang pernah tido opis, mandi opis, makan opis sampai 3 hari? Akak pernah! Pernah terjadi pinggang akak sampai dah tak boleh nak berdiri tegak. Punyelah sakit. Nak rukuk tu, ala-ala nenek kebayan je. Serius! Haa, punyelah hazab penangan masa keje ni.

Boss akak – Hira

Tapi kawan-kawan opis masa ni semua best. Pompan bape orang je. Yang lain semua lelaki. Tu la perangai akak jahat macam dorang (cubaan meletakkan kesalahan ke atas orang lain. Hahaha). Masa ni akak menjadi gemuk sebab makan tak menentu. Katakan kitorang stayback kat opis nak siapkan keje. Pukul 3 pagi baru siap. Pastu lapar pulak. Terus mencekik nasik pukul 3 pagi. Ko dah kenapa?? Kan? Hambeklah kau menjadi gemuk seperti anak badak itteww. Huhu..

Kawan-kawan seopis

Konsultan Unit Trust/Takaful/Wasiat

So, akak keje kat Enershia dari tahun 2004-2007 sebelum mengambil keputusan berhenti dan menjadi Unit Trust Consultant dengan CIMB Wealth Advisors (CWA). Dengan CWA, kejayaan yang akak rasa agak boleh dibanggakan ialah bila berjaya close deal unit trust dengan satu kampeni ni sebanyak RM4,500,000 dan melayakkan akak melancong secara percuma ke Hokkaido, Jepun.

Tak lama tu, akak register pulak dengan Prudential BSN Takaful untuk menjadi salah seorang agent takaful. So, akak tie up dengan CWA sebagai agent Unit Trust dan PruBSN sebagai agent takaful. Bila CWA bekerjasama dengan As-Salihin Trustee, akak register pulak jadi agent wasiat As-Salihin. Caca marba? Penat? Cemana akak bahagikan masa? Ala, sorang prosek yang akak jumpa, akak boleh offer macam-macam servis kat dia. Nak invest dalam unit trust boleh. Nak amik perlindungan takaful boleh. Nak tulis wasiat boleh. So, sapu keliling kata orang. Cuma, macam-macam traininglah akak kena attend. Tu jela yang penat pun. Hehe..

Akak bersama upline dan downline kat PruBSN

So, Alhamdulillah.. Akak happy dengan kerja sekarang. Boss lama akak masa KUB dulu tanye, tanak jadi programmer semula ke. Dia nak offer keje. Akak bagitau dia, akak mintak maaf sangat-sangat. Akak dah penat nak melalui zaman nak pikir coding, nak buat programming semua ni. Haha.. Baik keje camni. Appointment pagi dengan client, MAKAN. Appointment tengahari, MAKAN lagi. Kang kalo ada appointment petang, MAKAN jugak. Kalau ada pulak training waktu malam, kadang-kadang dorang sediakan makanan. MAKAN MAKAN MAKAN. So cemana akak tak membuntal sekarang?

Alhamdulillah, apa saja keje yang kita buat sekarang, bersyukurlah. Ada jugak keje. Macam kat negara lain, rakyat dorang terpaksa datang Malaysia nak keje. Ada satu pekerja kat restoran mamak yang akak interview. Biasalah, kaknam kan. Ngeh ngeh. Bila akak tanye dia. Dia bagitau, dia lulusan universiti kat Bangalore. Tapi peluang keje kat sana takde. Terpaksalah tinggalkan mak bapak, anak isteri keje kat sini. Jadi tukang lap meja, tukang bawak order. Balik negara dia pun 2-3 tahun sekali je. Rakyat kita? Yang malaonnya, jadi tukang ragut, perompak mesin ATM, tukang curik kereta kat showroom kereta (memang akak salute!), pengedar dadah dan macam-macam lagilah yang tak berpekdah. Semua keje nak senang je.

Oklah, setakat ni jela dulu cerita akak pasal keje. Tengok! Menaip benda merapu ni sampai haku tak pegi keje arini!! Hahaa, takpela. Last day. Besok nak raya. So, Selamat Hari Raya Aidiladha. Selamat berkorban. Tapi jangan korbankan diri kita kat jalanraya sudah. Hehe.. Ok, tata…