Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Sekarang, setiap kali login ke Facebook  sudah pasti iklan yang berbunyi : Login Facebook Dapat RM 100 dipaparkan oleh sahabat-sahabat kita yang sudah menyertai skim tersebut. Sekali pandang, amat menarik. Siapa yang tak nak kerja mudah, kan? Bukan susah sangat, login Facebook boleh dapat RM100.

Walau bagaimanapun, dek pengalaman-pengalaman lepas (pengalaman sendiri dan kawan-kawan) yang menyertai skim serupa ini, membuatkan saya sangat berhati-hati apabila ada pihak yang menawarkan program atau skim sebegini. Walaupun ketika zaman StudioTraffic (tahun 2003-2005)  dulu saya pernah menjana pendapatan sehingga RM33,000, di sudut hati saya, rasa sangat menyesal kerana telah mengajak rakan-rakan saya terlibat di dalam program ini. Ramai yang tewas! Selepas itu kebangkitan 12DailyPro pula, kemudian SwissCash dan bermacam-macam program yang lain, ramai yang telah kecundang disebabkan program-program ini.

Seorang client saya rugi besar kerana menyertai program Ceramic Club (tak sure namanya). Bila saya call dan bertanya khabar, menurutnya dia sedang mengikuti program MLM lain pulak. Tak serik-serik nampaknya. Orang kita lebih suka carik jalan mudah untuk kaya. Saya nasihatkan dia begini..

Ujie : Encik xxx, janganlah join lagi menda-menda tu. Aritu kan dah rugi. Investlah dalam Unit Trust (Encik xxx invest dalam Unit Trust CWA menggunakan EPF dan sedikit cash). Kalau tak nak invest sangat pun, simpan je kat mane-mane yang encik suka. Tabung haji ke, ASB ke..

Encik xxx : Ala, lambat untunglah. (sambil gelak-gelak)

Tengok! Kalau client-client yang degil macam ni, kadang-kadang saya biarkan aje. Berbuih mulut bercakap pun tak guna kalau tuan badan sendiri tak nak berubah. Tapi bila fikirkan balik, yang hangus tu duit mereka. Sukahati dorang lah kan. Tapi apa gunanya saya sebagai Financial Advisor kalau client saya sendiri rugi akibat terlibat dalam program-program Skim Cepat Kayap ni?

Alamak, panjang pulak lari topik. Ok, berbalik kepada Program Login Facebook Dapat RM 100, saya ada buat sedikit kajian mengenai program ini. Ini kerana ada dakwaan bahawa Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi berminat dengan program ini. Saya pun SMS seorang rakan saya yang bekerja di Bank Negara (bahagian pemantauan dan siasatan skim cepat kaya) mengenainya. Menurut beliau, jangan percaya kerana mengikut logik, skim-skim ini semua berunsurkan Quick Rich Scheme. Beliau turut memberitahu terdapat beberapa skim yang sedang di bawah siasatan BNM iaitu Skim Ta’awun (menderma sambil beramal) dan beberapa lagi program yang lain. Beliau minta supaya saya berpesan kepada rakan-rakan yang ada terlibat dalam skim ini supaya cepat-cepat ambil modal anda atau BERHENTI daripada meneruskan program ini supaya anda tidak HILANG DUIT apabila BNM mula mengambil tindakan.

Selain merujuk kepada rakan yang bekerja di BNM, saya juga telah menyiasat melalui Encik Google dan akhirnya terjumpalah dengan artikel yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin. Apa yang dapat disimpulkan oleh Ustaz Zahiruddin tentang Program Login Facebook Dapat RM 100 adalah :-

1)      Latarbelakang syarikat ID diragui dan bermasalah.

2)      Produk ID adalah tiruan, tidak punyai nilai sebenar, bercampur intipati yang haram dan tidak diperlukan oleh majority ahli. Ini menjadikan penyertaan ke skim ID adalah kerana inginkan pulangan melalui system reverse 2 up.

3)      Akibat produk tidak berkualiti, tidak relevan dan yang dipromosi adalah lebih kepada sistem komisyen, setiap yuran yang dibayar adalah dengan niat dan hasrat untuk mendapat lebih banyak keuntungan tanpa sebarang jual beli sebenar, tatkala itu riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah kerana komisyen disandar kepada yuran dan bukan jualan produk.

4)      Yuran bulanan USD 25 menjatuhkan ia di dalam unsur maysir atau perjudian.

Untuk bacaan lebih terperinci, sila KLIK SINI.

Sudah terang lagi bersuluh. Tepuk dada, tanya selera. Pilihan di tangan anda.