Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Hari ini, selesai appointment di Jalan Raja Chulan, saya tiba-tiba rasa macam nak makan ikan bakar di Kampung Baru, di Restoran Gerak 21 berdekatan dengan pintu gerbang Kampung Baru tu. Entah macamana, salah jalan sampai melarat-larat ke Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur pulak. Dahlah hujan, dengan jem.

Dengan gigih, meredah jem, sampai juga kami ke restoran tu. Tapi sedih giler, hari ni, dorang tak buat ikan bakar pun. Yang ada cuma lauk pauk biasa. Takpelah, alang-alang dah sampai, makan ajelah. Saya ambil ayam sambal dan rebung masak lemak cili api.

Orang makin ramai. Nak balik, hujan pulak lebat. Terpaksa jugaklah tunggu sampai hujan reda. Bila hujan dah renyai-renyai, bolehla  balik. Kami terus ke kaunter sebab nak bayar harga makanan.

Bila sampai di kaunter, abang kedai tu buat tak tau je.

“Bang, nak bayar”, kata saya kepada abang kedai yang dok melepak ngan kawan-kawan dia.

“Tak payah bayar, hari ni makan free. Kita buat kenduri”, jawab abang tu.

“Betul ke ni?”

Saya ingat abang tu saje buat lawak hujan.

“Betul. Hari ni kami buat kenduri”.

“Ye ke? Tima kasih bang”.

Saya mengandaikan restoran Gerak 21 tu saje nak buat kenduri sempena kedatangan Ramadhan kot. Cit! Menyesal tak amik makanan banyak-banyak. Haha. Saya tak taulah sama ada pelanggan-pelanggan lain yang makan di situ dah tau terlebih dahulu sama ada hari ni restoran tu bagi makan free atau tidak. Tapi, kalau bukan makan free pun, restoran tu memang selalu penuh. Sedap dan bermacam-macam lauk pauk yang disediakan.

Semoga Allah murahkan lagi rezeki restoran tu. Bila kita sedekah, Allah akan tambahkan lagi rezeki kita kan? Semoga kita semua pun dimurahkan rezeki dan dapat bersedekah juga. Aminnn….

Blurrrpppp….Kenyang makan free hari ni. 🙂