Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Assalamualaikum,

Sidang Jumaat yang dimuliakan. اِتَّقُ الله. Gitteww.. Hehe.

Akak ada terbaca kat status FB kawan akak “Rupanya bersyukur itu lebih berat daripada bersabar“. Cuba kita dalami maksud ayat ni. Bila akak pikir-pikir, memang ada kebenarannya. Bila kita ditimpa masalah atau musibah, wah!! Terus ingat Allah. Terus berdoa mengadu. Mintak supaya dapat menjadi orang yang sabar. Mintak supaya dipermudahkan urusan. Tapi, kalau tengah senang, berapa ramai yang ingat? Berapa ramai yang bersyukur? Akak tak cakap orang lain, akak cakap kat diri sendiri ni.

Kita sering lupa yang Allah bagi kita nikmat bukan dari segi rezeki wang ringgit, material semata-mata. Nikmat hidup untuk satu hari lagi bila kita bangun daripada tidur. Itu nikmat tu.. Nikmat bernafas, melihat, mendengar, berjalan dan sebagainya. Itu nikmat juga. Nikmat berkereta walaupun hanya memandu Kancil ke, Kelisa (akak lah ni) ke, nikmat ada moto. Eh macam-macam nikmat lagilah.

Berapa ramai yang bersyukur walaupun dia ada moto je pegi keje? Berapa ramai yang bersyukur walaupun ada kereta kecik je? Kadang-kadang terlupa jugak nak mengucapkan syukur tu. Dalam hati selalu je cakap, “Bestnya kalau aku dapat pakai Merc, BMW“. Terlupa nak bersyukur dulu yang sekarang ni tengah naik keta (walaupun kecik) kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang jalan kaki, naik bas, naik tren. Astaghfirullah!! Lalai..

Macam poyo kan entry akak hari ni? Ye uols, akak insap dah bila dua hari lepas akak cuba-cuba naik pengangkutan awam untuk pegi ke opis. Rumah kat Kota Damansara. Opis PruBSN kat Wangsa Maju. Jauh ke dekat? Haaa.. Kalau naik kereta, lalu NKVE, kuar Tol Jalan Duta, masuk pulak hiway DUKE, 20-30 menet dah sampai opis. Sejuk, ada ekon, tu pon kadang-kadang merungut sebab traffic jammed kat tol.

So, dua hari lepas akak dan anak buah akak saje-sajelah try naik bas dan LRT. Lagipun akak nak tunjuk jalan kat anak buah akak cemana nak pegi opis kalau naik public transport. Manalah tau akak outstation ke, pegi obersi ke, takdela dia menggagau tatau nak ke mana. Bagi dia pakai kereta akak? Lesen pon takde!

So, pagi tu pukul 7 pagi kami dah keluar rumah. Dari rumah nak ke bas stop tu dalam 500 meter ada kot. Terponggeng-ponggeng gakla berjalan.

20130118-075248.jpg

Dalam 5 minit kami sampai kat bas stop, bas RapidKL (U88 Kota Damansara – Pasar Seni) pun sampai. Oleh kerana bas stop tempat kami tunggu tu antara bas stop terawal kat Kota Damansara, maka orang dalam bas tu belum berapa ramai lagi. Dapatlah kami tempat duduk. Tambang dari Kota Damansara ke KL Sentral ialah RM2.50. Bila dah start lalu kat kawasan rumah-rumah flat, haa kau! Penuh satu bas.

Untuk ke KL, bas tu akan lalu dekat dengan The Curve, IKEA, lalu depan One Utama, masuk SS2, depan Armada Hotel, Bangsar dan akhirnya sampailah kami ke KL Sentral. Huwaaaa!!! Sejam lebih jugaklah perjalanan tu. Sempat akak baca novel Ramlee Awang Murshid terbaru tu.

Bila dah sampai area KL Sentral, kena pulak berjalan kaki untuk ke station KL Sentral tu sebab bas tu tak masuk dalam station. Keadaan waktu pagi dalam station KL Sentral tu memanglah sibuk. Ada yang nak naik komuter, ada yang membeli tiket LRT. Ada yang menunggu kawan. Macam-macam gelagat.

So, dah sampai station tu, belilah pulak tiket LRT dari KL Sentral ke Seri Rampai. Walaupun opis akak kat Wangsa Maju, stesen LRT paling dekat ialah kat Seri Rampai. Owhhh!! Sekarang tak pakai teket okeh. Pakai cip coin!! Gitteww edeban!! Terlangak-langaklah haku kejap menengok cip coin tu. Heehee al-maklumlah dah lama tak naik LRT. Harga? RM2.30. Pehal makin mahal tambang sekarang nih??!!

Haa, oleh kerana KL Sentral ni station paling sibuk dan kedudukannya di tengah-tengah laluan LRT, jangan kau feeling-feeling dapat duduk bila naik LRT tu ye. Merasalah berdiri sebab koc dah penuh dari stesen Kelana Jaya lagi. Nasib baik pagi. Bangla kat sebelah tunjuk ketiak pun takde hal beb. Wangi lagi. Cer try petang! Huhu..

Akhirnya lebih kurang setengah jam kemudian, sampailah kami ke stesen Seri Rampai. Dari stesen ke opis, nak kena jalan kaki jugak lebih setengah kilometer kot. Memang tercapailah saranan Kementerian Kesihatan supaya berjalan 10,000 langkah sehari. Haha

Sampai kat opis lebih kurang 9.30 pagi. Cuba bayangkan, keluar rumah pukul 7. Sampai opis pukul 9.30! Tak ke dua jam setengah tu? Kalau naik kereta dari KL, dah boleh sampai Melaka dah. Hiks!

So, bila merasa susah payah tu, terus akak insap. Walaupun naik kereta kecik, Alhamdulillah, ada jugak kereta. Banyak masa yang dibuang (kalau tak manfaatkan lah) dalam bas. Dengan traffic jam. Memang kena keluar awal pagi untuk ke satu-satu tempat. Kerja macam akak ni lagilah. Kalau boleh memang kena ada kenderaan sendiri. Bayangkan kalau client kata nak jumpa kat Cyberjaya ke, Putrajaya ke. Mau gak akak cakap kat dia “Kita jumpa BESOK ye encik, saya gerak ke sana SEKARANG“. Haha

Nak dengar cerita akak balik rumah dari opis pulak? Takyahla eh. Akak nak citer pon penat. Dengan kena hujannya masa tunggu bas. Dengan kena berdirinya sebab bas penuh. Dengan bau-bauan yang macam-macam. Pendek kata, bersyukurlah! Bersyukurlah atas nikmat yang sedikit kerana dengan bersyukur Allah akan bagi nikmat yang lebih besar. InsyaAllah..

Daaa.. Selamat berhari Jumaat