Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Keistimewaan tarikh ini diambil kesempatan oleh housemate saya Nadia Bucuk untuk melangsungkan hari bahagianya – mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya, Saffian. Majlis pertunangan yang diadakan di Batu Pahat Johor berjaya dilaksanakan dengan ringkas tetapi meriah. Ujie Singh Walia melaporkan dari tapak kejadian.

2.30 petang : Ketibaan saya dan Ayang ke rumah Nadia.

3.30 petang : Ketibaan pihak lelaki. Motip lambat?? Ooo..dorang solat Zohor dulu di surau berdekatan

3.40 petang : Acara merisik dan seterusnya bertunang dijalankan


Perbincangan kedua pihak


Cincin disarungkan untuk menandakan Pian dah ‘cop’ Nadia


Motip tanak lepas tangan mak mertua?


Antara barang hantaran


Bakal pengantin


Suke.. :-p


Menggeletis ko ye.. Hiks


Bakal pengapit – Ayang & Me


Sabar oke…


Bagi chance kat kami pulak


Bersama kedua-dua mak ayah


3 orang rakan serumah


Kami bersama barang hantaran daripada Pian untuk Nadia. Bak sikit!


Ko hingat ko je ada 2 cincin emas??? Aku pun ada..cincin tembaga!


Congrats Bebeh! Semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat…

5.00 petang : Bertolak balik dari rumah Nadia dan singgah pulak rumah Ayang

6.40 petang : Bertolak balik ke KL

9.30 malam : Tiba di Kota Damansara dengan selamat. Alhamdulillah

So, tahun baru ni, semoga kita dapat menjejakkan kaki ke gerbang perkahwinan ya. Hihi. InsyaAllah. πŸ™‚

The Biggest Loser yang ditayangkan di Hallmark channel merupakan rancangan kegemaran saya sekarang. Kagum betul saya melihat para peserta yang gigih menurunkan berat badan mereka. Daripada badan sebesar 3 kali ganda orang biasa, mereka berupaya menurunkan berat badan kepada normal selepas menyertai rancangan tersebut. Selain badan menjadi vogue, dapat pulak USD250,000. Tak ke best??

Baru-baru ini, The Biggest Loser melancarkan The Biggest Loser Asia, khas untuk orang-orang Asia. Auditionnya diadakan pada 1 Ogos lepas di Fitness First, The Curve. Saya pun saja-saja mencadangkan kepada salah seorang rakan saya, Lenny supaya menyertai audition tersebut. Sebenarnya Lenny bukanlah besar sangat. Tapi disebabkan dia besar tinggi, jadi apa salahnya mencuba.

logo

Pendaftaran bermula jam 10 pagi-4 petang. Kami sampai lebih kurang pukul 3 petang. Mak aii punye panjang beratur. Sementara Lenny beratur dan mengisi borang setebal 10 muka surat, saya pun bershopping-shopping di The Curve.

photo3103
Peserta tengah beratur

Hanya pada pukul 7 petang, barulah nombor Lenny dipanggil. Masa tu saya dah berjalan-jalan di Cineleisure pulak. Tak guna punye kawan, kan? Support waktu mula-mula je. Bila dan tengok barisan beratur punyelah panjang, tak kuasa saya nak menunggu.

Sementara menunggu nombor dipanggil, sempat jugak bergambar nih!!

photo3110
Peserta dari Malaysia – Lenny..Huhu

photo3112
Rakan-rakan menyibuk

photo3111
Illa dan Lenny..

Keputusan hanya akan diumumkan pada 1 September nanti. Saya tak pasti Lenny berjaya atau tidak sebab yang datang pada hari itu, punyelah ramai yang lagi besar daripada Lenny. Lagipun, penganjur hanya memilih 2 orang peserta sahaja dari Malaysia. Yang datang, beribu. Walau apa pun, YOU GO GIRL!!! Kalau ko masuk, dan menang USD100,000 tu, janganla buat tatau plak kat aku… πŸ˜‰