Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Korang dah register untuk pergi Haji ke? Kos menunaikan haji sekarang ialah RM9,880. Untuk register nak dapatkan giliran menunaikan haji tak mahal. Kita kena bukak akaun kat Tabung Haji sekurang-kurangnya RM1,300 dulu. Lepas tu bolehlah register untuk pergi haji. Untuk pakej muassasah, kalau register tahun ni (2011), tahun 2039 nanti barulah sampai giliran kita. Ye la, kuota haji setiap tahun untuk jemaah Malaysia bape kerat je. Sape yang ada duit lebih, bolehlah amik pakej swasta. Mungkin giliran tu cepat sikit tapi sendiri mau ingatlah kos dia. Paling rendah tak silap RM16,000 seorang dan boleh mencecah hingga ratusan ribu ringgit. Wow!!!

Kos untuk mengerjakan haji

Ada client saya tu, umur dia sekarang 44 tahun. Dia baru je register nak pegi haji tahun ni. Dia cakap, umur dia 72 nanti baru giliran dia sampai. Humangggg aiii! Dah bongkok 3 baru dapat pegi Insyaallah. Kalau dah Innalillah dulu, kenalah waris tolong buatkan upah haji untuk dia. Tapi yelah, saya tau, Tabung Haji takkan sekejam itu. Kalau yang dah tua-tua sangat tu, dia bagi pegi dulu kot.

Tak apelah, kita tunggu ajelah giliran kita sampai, kan? Haa.. Sambil-sambil tunggu giliran yang diberikan oleh Tabung Haji tu sampai, Prudential BSN Takaful dah ada sediakan pakej istimewa untuk kita iaitu Takaful Ummah. Pakej ini disediakan bagi memastikan kita sebagai umat Islam akan dapat menunaikan haji/umrah tak kira dalam situasi apa sekali pun sama ada hidup atau meninggal dunia/hilang upaya kekal. Sebab kita kena ingat, bagi sesetengah orang, kos untuk buat haji (lebih kurang RM10,000) tu mungkin tak mahal sangat bagi dia, tapi giliran nak buat haji tu la pulak yang lama sangat. Dalam masa menunggu-nunggu tu, macam-macam boleh berlaku.

Takpe, PruBSN Takaful ada penyelesaiannya, InsyaAllah. Macamana caranya? Senang je. Dengan hanya menyimpan sekurang-kurangnya RM50 sebulan dengan PruBSN Takaful, pelanggan-pelanggan produk Takaful Ummah akan dapat faedah-faedah ni :-

1. Panjang umur – kuarkan simpanan, boleh pegi haji

2. Meninggal/Hilang upaya kekal – PruBSN Takaful akan bayar pampasan kepada waris dan akan buatkan upah haji secara PERCUMA (bernilai RM3,000) untuk kita dengan kerjasama Tabung Haji Travel & Services melalui faedah BADAL HAJI

3. Meninggal/hilang upaya ketika menunaikan haji/umrah – waris akan dapat pampasan 2 kali ganda dan PruBSN Takaful dengan kerjasama Tabung Haji Travel & Services yang akan buatkan upah haji secara PERCUMA (bernilai RM3,000)

4. Terkena salah satu daripada 36 penyakit kritikal – PruBSN akan bayar pampasan dan simpanan bulanan tu akan jadi PERCUMA sampai polisi matang

5. Nilai simpanan yang tinggi sebab kita pun ada bagi dividen

6. Bonus loyalti setiap tahun bermula tahun ke-5 (sekiranya pelanggan tak pernah miss simpanan bulanan) dan bonus ini tentunya akan memberi tambahan kepada simpanan kita

7. Khairat kematian PERCUMA sebanyak RM2,000

8. Pengecualian cukai

Oh, ya.. Jangan salah faham pulak. Sape-sape yang amik Pelan Takaful Ummah dengan PruBSN Takaful ni, masih kena register untuk pegi haji dengan Tabung Haji jugak. Masih kena tunggu giliran jugak. Simpanan dengan Takaful Ummah ni hanya sebagai simpanan tambahan. Dalam erti kata lain, kalau tabungan dah cukup dan giliran yang diberikan oleh Tabung Haji pun dah sampai, pelanggan boleh keluarkan simpanan ni untuk pegi haji. Alhamdulillah! Akan TETAPI, sekiranya berlaku musibah sama ada meninggal dunia atau hilang upaya kekal, dan takde pulak waris yang nak buatkan upah haji untuk kita, jangan risau, PruBSN dan Tabung Haji Travel & Services yang akan tolong buatkan. Kita tetap jugak kita akan bergelar haji/hajah walaupun nyawa dah meninggalkan jasad. InsyaAllah..

Kat bawah ni ada keratan akhbar masa pelancaran Takaful Ummah ni. So cekidaut..

So, mulakan simpanan haji/umrah anda hari ini..

Yang benar,
Ujie
Pakar Pelan Takaful Anda
019-3889306