Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Salam uols,

Hari ni akak just nak share produk PruBSN Series yang telah dienhancekan iaitu PruBSN Takaful Link Enhancement dan PruBSN FirstLink Enhancement yang mana selain daripada perlindungan asas (perlindungan kematian/hilang upaya/penyakit kritikal) dan kad perubatan kami yang terbaik, PruBSN telah menambah satu lagi rider baru iaitu BABY CARE. Walaupun nama dia BABY CARE tapi produk ni dikhusukan untuk ibu/bapa si bayi. Bukan anak yang amik walaupun faedah-faedah yang ada memang untuk si anak. So, kat bawah ni akak dah ringkaskan faedah-faedah daripada BABY CARE ni. So cekidaut!

Tengok je tajuk entry nampak nau muke bersepah kat sana sini kan? Hik hik.. So ni just nak cerita ringkasan aktiviti saya sepanjang bulan ni. At least, blog ni berupdate la jugak. Hak hak..

Penang Trip

Depan Hotel Copthorne Orchid Penang

Saya ke Penang hari Khamis (6 Okt) & balik semula ke KL hari Jumaat (7 Okt). Bukan makan angin ye. Bekeje. Sebenarnya ada kisah sadis dalam perjalanan nak ke sana. Memula ke Penang tu, saya dan member naik keta dia yang baru je semalamnya tu kuar dari workshop. Keta dia accident seminggu sebelum raya, dok workshop 45 hari! Ingatkan bila dah repair tu, eloklah keta tu. Makin teruk pulak. So, dari Kota Damansara kitorang gerak pukul 7.30 pagi. Sampai Tanjung Malim lebih kurang 8.30 pagi. Kat tetengah hiway tu tetiba kitorang rasa tayar macam nak tercabut. Cuak gilerrr. Sudahnya kitorang exit kat Tanjung Malim carik workshop. Mana ada yang bukak pagi-pagi sangat tu kan. Merayau la ke sana sini dengan kadar kelajuan yang sangat siput.

Alhamdulillah, jumpala jugak workshop yang bukak pukul 9. Tanye serba sedikit mekanik India tu, dia cakap bahaya kalau nak bawak ke Penang keta tu. Dan better hantar kat workshop tu balik sebab kalau dorang yang buatkan, takut warranty sebulan tu void ke ape ke kan.

Akhirnya amik keputusan balik Kotadem semula. Bawak keta saya pulak. Dah dua kali keje. Keji kan? Pung pang pung pang, bergerak semula ke Penang dekat pukul 12 tengahari!! Sampai Penang jam 5 petang. Nasib baik appointment saya pospon pukul 6 petang. Kita merancang, Allah menentukan.

 

Real Steel

Hugh Jackman yang ensem dan kekar

Muvie wajib tonton tahun ini!! Best gilakkkk! Bukan setakat lawan-lawan robot, tapi cerita ni sarat dengan nilai kasih sayang, hubungan kekeluargaan, semangat tak berputus asa dan yang paling utama mestilah sebab heronya yang hensem dan berbadan kekar ittew. Hero kecik pun cute jugak. Kalau ada orang ajak saya pegi tengok dua tiga kali lagi pun saya oke je. Ye, saya ada tabiat yang suka tengok muvie berulang-ulang kalau saya suka sangat cite tu. Contohnya Persuit of Happyness, Van Helsing, Transformers dan lain-lain muvie yang saya dah tak ingat. Cakap pasal muvie ni, saya qualify untuk dapat 10 tiket muvie + 10 popcorn combo sebab dapat buat sales yang ditetapkan oleh PruBSN minggu lepas. So, sape nak ikut, sila goda-goda saya okeh!

Client Berbangsa India

Sebelum ni, saya tak pernah ada client yang membeli pelan takaful dari saya yang berbangsa India. Ehh berapa punye banyak ‘yang’ daa.. Semalam, saya bukak booth PruBSN di Sepang. Kitorang bukak kat kantin je. So, kat situ ramailah cleaner-cleaner India yang sedang menyapu-nyapu. Ada di antara mereka yang datang ke kaunter kami. Dan yang mengejutkan, dorang sangat ambil berat pasal insurans (takaful) ni. Walaupun dorang bergaji kecil, tapi ada antara mereka yang memang dah siapkan pelan pendidikan untuk anak-anak dorang dan nak tambah lagi untuk amik pakej daripada kami pulak. Orang Melayu? Maaf cakaplah ye, jangankan nak amik untuk anak-anak, untuk diri sendiri pun berkira. Insurans kereta amik pulak?! Tapi kejap, agaknye kalau nak hidupkan road tax tak payah ada insurans, rasanya orang kita ni pun takde insurans keta.

Ok, berbalik kepada client India ni, disebabkan tak pernah ada client berbangsa India, masa nak isi form tu, saya tertulis Uthayakumar BIN Saravanan instead of Uthayakumar A/L Saravanan. Bley?? Kejizzzz…

Uolss mampoooo? Hiik hik

Okla, nak mandi.. Kul 7 kang nak gerak ke Sepang lagi. Ada sehari lagi kaunter kat sana. Babai daling semua. Mmuaahhhh!!