Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Menjadi seseorang yang diminati dan disukai oleh orang lain mungkin boleh menjadi satu kebanggaan. Lebih-lebih lagi perempuan berumur diminati oleh lelaki yang lebih muda. Terus feeling-feeling Che Ta dan Zain Saidin gitu. Tapi kalau dah melampau suka sampai mengganggu orang yang dia minat, tu bukan suka lagi dah.. Tu namanya psiko!!

Orang psiko je yang mengacau tido orang lain pukul 2.30 pagi. Call berkali-kali. Bila kita tak angkat, SMS pulak lagi. Seriously, ni bukan minat lagi dah. Ni gila tongong bangang namanya ni. Haishhhh!! Terus my blood go upstairs!!

Hasilnya, tak pasal-pasal pukul 3.30 pagi macam ni akak terbangak-bangak tak boleh nak tido!! Puas aku maki dengan segala macam carutan yang memang tak sepatutnya keluar kat SMS tadi..

Ni bukan kejadian pertama ye. Bila kita dah block nombor lama, dia pakai pulak nombor baru. Setiap kali dia add Facebook, setiap kali tu jugakla akak tak approve!

Ehh!! Tak pernah-pernah akak luahkan kisah peribadi akak macam ni kat blog kan? Tapi ni lah stress yang akak hadapi semenjak dua menjak ni. Dah setahun mangkuk hayun tu hilang dari mengganggu hidupku (sebab dah block semua nombor, FB lama etc), sekarang dia muncul balik! Masalahnya, kalau akak pernah jumpa dia takpela jugak. Ni tak pernah pon bersua muka!

Umur budak ni 24 tahun. Hoiii kau dah kenapa? Masa ko baru lahir, aku dah darjah 6 lah gila!!! Masa ko baru pandai basuh berak sendiri, aku dah Form 5 kot!!! Bila akak kata akak dah kawen, dia sebok tanye bila kawen, hasben umur berapa, dah mengandung ke blom?? Eiiii bongok betul!

Kita sorot balik kisah setahun yang silam. Dia dapat nombor tepon akak kat contact details kat FB. Dulu-dulu mana akak tau FB ni bole private, boleh public dan macam-macam security lagi. Jadi dia dapat nombor akak dari situ.

Kita ni letak nombor tu sebab kononnya senanglah client nak call ke ape. Tapi bila mengundang kegilaan macam ni, memang takdelah akak letak nombor tepon kat contact details FB tu lagi. Hopefully, dia tak jumpa blog akak sebab kat sini memang akak letak nombor tepon. Senang kalau prospek client nak contact.

Hoiii!! I is stress!!!

20140125-034554.jpg