Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Salam Ramadhan..

Mintak maaf dah lama tak menulis. Bulan-bulan puasa ni, mood nak menulis pun sengal. Huhu, macamlah guna banyak tenaga, kan?

Bulan puasa ni, trend berbuka di hotel-hotel atau restoran yang menyediakan hidangan secara buffet sudah menjadi kebiasaan. Bagi mereka yang ‘berperut stokin’ (mampu mengisi makanan dalam perut tanpa henti) sangat berbaloi jika dibawa makan di tempat-tempat yang menyediakan hidangan secara buffet. Tapi bagi mereka yang seperti saya, makan sikit dah rasa nak meletup perut, amatlah merugikan. Yelah, pilihan makanan banyak tapi hanya mampu makan dalam kuantiti yang sedikit. Membazir je bayar beratus-ratus, kan?

buffet
Hidangan secara buffet

Dalam pada rugi tak rugi tu, tiga kali juga saya makan secara buffet untuk Ramadhan tahun ni. Pertama di Tropica Golf Club, Damansara (harga buffet RM30, harga asal RM72) semasa Business Presentation Prudential BSN Takaful. Yang kedua di Cinnamon, One World Hotel (harga buffet RM120++). Nasib baik CIMB Wealth Advisors sponsor. Dan yang ketiga di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara (harga RM70+). Yang ni Hira sponsor. Walaupun saya sudah tak menjadi warga Enershia (hanya sesekali menjadi Programmer import), saya dibenarkan turut serta. Hiks!

Kalau diberi pilihan, saya lebih selesa masak saja di rumah. Tapi kalau dah orang belanja, kecik tapak tangan, nyiru hamba tadahkan. Gittewww…Hee hee..Yelah, rasa membazir pula bayar mahal-mahal (dengan duit sendiri) tapi makan sikit.

Anda pula bagaimana? Banyak makan di luar atau order saja dari mak (bagi yang belum berkahwin) atau isteri? Semua dah terhidang di atas meja. Kan best…

alacarte
Atau anda suka ala-carte saja?

Walau apa pun, tepuk dada tanya selera. Kalau kebetulan rezeki berlebihan, apa salahnya belanja keluarga sekali-sekala makan di tempat-tempat yang best kan? Cuma janganlah sampai berlebih-lebihan.

Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan dalam hidup kita semua. Dimurahkan rezeki. Dilimpahkan kebahagian.

Sampai bertemu lagi..Ramadhan Mubarak…

Selamat Menyambut Ramadhan 1429H bersamaan 1 September 2008. Kepada para pembaca, saya memohon maaf sekiranya terdapat salah silap saya sepanjang mengenali kalian. Semoga Ramadhan kali ini, kita sama-sama dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat keji dan mungkar. Juga diharapkan, puasa kita pada tahun ini mendapat keberkatan dan dipelihara oleh Allah.

Jangan tinggal sembahyang terawikh. Jangan lupe bertadarus dan khatamkan Quran sekali lagi tahun ni..

Okeh, jom terawikh!!