Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Korang pernah bagi rasuah kepada pak polisi? Hepppp!! verdosa uols! Bolehlah akak banggakan setakat umur akak 34 tahun ni, akak blom pernah lagi bagi rasuah walaupun selalu kena tahan dengan polis akibat melanggar undang-undang lalulintas *bahasa buku. Heehee..

Bagi akak senang aje. Ko nak buat salah ko punye pasal. Kalau tak kena tahan atau kena saman, itteww satu bonus. Tapi bila kena tahan, kena saman, bayar ajelah. Apehal pulak nak bagi duit kopi ke, duit haram kat polis/JPJ? Kalau tak nak bayar mahal, tunggulah sampai dorang buat harga runtuh. Bagi diskaun.. Masa tu bayarle..

Ini tak. Bila buat kesalahan bukan main lagi. Tapi bila kena tahan, polis mintak duit kopi, kita bagi. Tak pun, kita pulak yang offer dia duit haram. Choii!!

20121211-063221.jpg

Pernah satu kejadian kat area Desa Coalfield, Sungai Buloh. Akak on the way balik ke Kuala Selangor masa tu. Dulu-dulu, area Desa Coalfield tu tak ramai orang. Tak banyak kereta. So, lampu isyarat tu selalu je orang langgar. Termasuklah akak. Huhu. Satu hari akak tengok lampu merah dah menyala tapi takde kereta dari simpang kiri. Akak pun bersuka ria di hari raya melanggar lampu merah tu. Sekali!! Dalam 100 meter dari lokasi jenayah tu, ada roadblock. Polis naik bendera merah soh akak ke tepi. Cis!! Rupanya ada mata-mata yang menyorok kat sebalik semak dekat dengan traffic light tu..

Akak pun terkedek-kedek ke tepi. Ramai gaklah geng seangkatan akak yang kena tahan. Haha.. Macam biasa, pakcik polis tu mintak lesen dengan IC. Nasib baik lesen dan roadtax semua hidup lagi. Kalau tak lagi haru!!

Sambil dia keluarkan buku resit saman, akak pun bagilah apa yang dia mintak. Lepas tu dia jalan ke depan kereta akak, pastu datang balik kat akak. Akak pandang jelah muka dia. Pastu dia pegi jalan ke depan balik. Pastu datang balik. Sambil cakap “Ni kalau awak mintak tolong saya ni, saya boleh bagi murah ni“. Akak buat bodoh je. Pastu dua tiga kali la dia ulang alik ke depan, pastu datang balik kat tingkap akak “Ehhhmmm.. Ni kalau awak mintak tolong dari saya, saya boleh bagi murah ni“. Tetaplah jugak akak buat bodow. Cuma akak cakap “Takpelah encik“.

Pastu agaknya dia tengok akak tak boleh “makan”, dia pun cakap “Haa, takpelah. Saya tulis awak tak pakai tali pinggang keledar lah. Saman RM80. Kalau saya tulis langgar traffic light, nanti awak kena RM300“. See.. Tak payah bagi rasuah pun. Dia sendiri bagi diskaun. Saman memanglah tetap saman. At least dapatlah murah dari yang asal. Huhu

Lepas dia bagi resit saman tu, akak cakap terima kasih dan terus jalan. Pastu terus haku ponyok-ponyokkan resit tu sambil menunggu PDRM bagi harga runtuh. Haha. Mana tau dari RM80 boleh turun jadi RM40. Hhaaha keji gila!!

So, pesanan akak BERANI BUAT, BERANI TANGGUNG! Kalau kena saman, tolong jangan jadi agent penambah dosa dalam keluarga polis tu. Nanti dia bagi anak bini dia makan duit tu, kita pun ada share dosa sekali. Akak tulis pasal ni pon sebagai mengingatkan diri sendiri jugak. Manalah tau, besok lusa akak pulak yang jadi kaki sogok. Nauzubillah!