Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Bagi peminat-peminat novel Ramlee Awang Murshid, sudahkah anda mendapatkan novel RAM yang terbaru iaitu Rayyan Fantasi? Saya baru beli minggu lepas dan tengah baca. Punyelah susah nak carik novel ni walaupun dah dipasarkan pada 4 Disember lepas. Saya minta tolong rakan saya yang bekerja di KLCC untuk mencarikan novel ini di Kinokuniya. Tapi tak ada jugak. Mujur juga minggu lepas semasa saya berkunjung ke Alamanda, saya jumpa novel ni. Tak sabar nak baca tapi tak nak baca laju-laju sebab nanti cepat pulak habis baca. Haha gila.. So, sape yang belum dapatkan novel ni lagi, cepat-cepat beli ye. Nanti habis pulak. 🙂

Sinopsis Novel Rayyan Fantasi

Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Ramlee Awang Murshid
ISBN: 978-983-124-615-3

RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru… dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.

RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.

Tagline Rayyan Fantasi – apa yang terfikir…itu ada!