Ok, sambung lagi..
Perkampungan Budaya Sarawak atau Sarawak Cultural Village (SCV) terletak di kawasan seluas 17 ekar, di Pantai Damai, di kaki Gunung Santubong. Ia juga dikenali sebagai Muzium Hidup Sarawak, muzium hidup terbesar di dunia. Ia merupakan tempat yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup masyarakat setempat dan merupakan destinasi yang mesti dikunjungi untuk mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke negeri Bumi Kenyalang ini.
Perkampungan ini mempunyai seramai 150 orang penduduk. Mereka berpakaian lengkap tradisional suku masing-masing dan mempamerkan aktiviti harian yang dijalankan seperti membuat kraftangan, upacara perkahwinan dan lain-lain. Proses menyediakan makanan tradisional seperti membuat sagu turut ditunjukkan di sini. Persembahan kebudayaan pula diadakan dua kali sehari, jam 11.30 pagi dan 4.30 petang.
Di pintu masuk,kami disambut dengan beberapa patung menggambarkan kepercayaan warisan pelbagai suku kaum yang dipaparkan di taman ini. Seperti entry saya sebelum ini, para pengunjung turut dibekalkan dengan pasport khas yang akan dicop setiap kali selesai mengunjungi setiap rumah.
Macam buah kelapa pun ada.. Tataula apebenda
The Messanger
SCV merupakan Tuan Rumah bagi acara Rainforest World Music Festival yang diadakan setiap tahun bagi penggiat seni tradisional dari seluruh dunia
Batu apetah nama benda alah ni
Selain itu, di Kampung Budaya Sarawak ini turut terdapat replika rumah yang mewakili setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak; rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah-tinggi Melanau, rumah tradisional melayu dan rumah ladang orang Cina.
Jom kita melawat…
Posing dulu.. Masing-masing sila amik tempat
Yuhuuu…
Ada tak macam tarian ngajat? Hee hee
Tetap nak enterframe
Mesin tebu
Rumah Panjang Bidayuh
Rumah Bidayuh misalnya kelihatan seakan pondok besar berbentuk bulat. Kaum yang asalnya menetap di tebing Sungai Sadong dan Sungai Sarawak ini gemar membuat rumah di lereng bukit sehingga kelihatan seperti tangga gergasi.
Selain mengurangkan risiko serangan musuh, tangga gergasi itu memberi kelebihan untuk mengumpul air dari bukit. Empangan kecil pula dibina untuk menyalurkan air ke perkampungan suku kaum ini menggunakan buluh.
Papan tanda ke Rumah Panjang Bidayuh
Ni la salah satu rumah Bidayuh tapi yang ni dkenali sebagai Pondok Tengkorak. Agaknya tempat dorang simpan tengkorak-tengkorak family yang dah meninggal dunia
Alat untuk mengasingkan beras
Selesai mendapatkan cop di Rumah Panjang Bidayuh, kami melawat pula Rumah Panjang Iban
Rumah Panjang Iban
Kaum Iban atau nama lainnya Dayak Laut membina rumah panjang yang boleh bertahan antara 15 hingga 20 tahun. Mereka hanya berpindah apabila tanah di sekeliling rumah panjang mereka mula mendap atau kurang subur.
Rumah orang Iban dibina menggunakan balak dengan daun sebagai atap. Menariknya, rumah yang lazimnya dibina berhampiran sungai ini memiliki koridor yang panjang di bawah satu bumbung.
Koridor atau beranda luar ini menjadi tempat pertemuan antara penghuninya. Pengunjung ke rumah Iban di taman ini berpeluang menyaksikan demonstrasi menenun pua kumbu secara tradisional yang diwarisi sejak berzaman.
Papan tanda ke Rumah Panjang Iban
Pintu masuk Rumah Panjang Iban
Dekorasi dalam Rumah Panjang Iban
Buai laju-laju..Aku nak kawen dengan anak raja Iban. Apakah? Haha
Seterusnya ke Rumah Penan
Rumah Kaum Penan
Rumah Penan pula boleh diibaratkan sebagai pondok sejajar dengan kehidupan mereka yang gemar berpindah-randah. Pondok kecil dan amat praktikal ini dibina untuk bertahan beberapa minggu atau bulan yang lazimnya didirikan berhampiran sagu liar.
Suku kaum yang agak pemalu ini mewarisi pelbagai kelebihan termasuk menghasilkan Bunga Jarau berguna untuk menghasilkan api. Bagaimanapun, mereka juga terkenal dengan seni penghasilan sumpit yang digunakan sebagai senjata perburuan atau digunakan ketika berperang.
Papan tanda Rumah Penan
Rumah Kaum Penan memang macam ni aje. Takde dinding. Simple je sebab dorang hidup secara Nomad. Membazir je kalo nak buat rumah lawa-lawa
Ni bukan nak berkaraoke oke.. Ni cara-cara nak menyumpit. 3 kali menyumpit RM1
Bersama Abang Penan
Sepatutnya bukan macam ni rambut Kaum Penan yang sebenar. Tapi macam ni..
Auww..seksinya – Sumber Google
Bila saya tanye kenapa tak potong rambut macam orang Penan sebenar. Dorang cakap malu nak keluar bandar nanti. Huhu
Tak makan ati tengok betapa mantapsss dan kekarnya badan mereka itteww.. * mode gatal
Ni la dia inti (nama sebenarnya damak) penyumpit (dipanggil keleput)
Sedikit info. Menurut Abang Penan tu, proses nak buat batang penyumpit atau dipanggil keleput tu mengambil masa yang agak lama. Ia dibuat dari kayu yang sangat keras iaitu kayu belian. Kalau rajin menurutnya, boleh disiapkan dalam masa sebulan tapi kalau malas, hambik ko tiga bulan baru siap. Damaknya pula diperbuat daripada isi dahan rumbia (untuk pelampungnya – nampak tak yang hujung tu?) manakala batang untuk damak diperbuat daripada kulit dahan rumbia. Saya ingat bolehlah nak mintak satu untuk kenang-kenangan. Tak dapekk.. Dia cakap nak buat sebatang tu pun makan masa. Haha..Ok, takpe Abang Penan. Adik Bengkulu tak kisah.. 😉
Kami berhenti makan tengahari dahulu di Cafe Budaya. Selepas makan tengahari, barulah kami meneruskan ke rumah seterusnya.
Rumah Ladang Cina
Berbanding rumah-rumah kaum pribumi Sarawak, rumah Cina dibina di atas tanah. Dindingnya diperbuat daripada kayu yang digergaji dan berwarna putih. Rumah ini dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bilik keluarga yang mengandungi dapur dan tempat makan serta ruang rehat yang juga menjadi tempat menyimpan benda-benda berharga seperti basikal dan mesin-mesin tanaman.
Papan tanda Rumah Cina
Ruang rehat
Buaian anak
Mesin pengisar
Bersama pokok lada hitam
Ni la rupa buah lada hitam
Seterusnya ke rumah tradisional Melayu..
Rumah Tradisional Melayu
Seperti rumah pribumi, rumah Melayu juga diperbuat daripada kayu. Rumah ini mempunyai tiang dan tetamu yang datang dari depan rumah akan menaiki tangga. Tetamu biasanya memberi salam sebelum mereka sampai ke beranda. Ruang ini agak kecil dan menjadi tempat untuk tetamu tadi menunggu sebelum tuan rumah menjemput mereka masuk.
Ruang dalam rumah direka untuk acara-acara rasmi dan tempat untuk menghiburkan para tetamu dan biasanya mengambil ruang yang paling luas. Tingkap yang terbuka sehingga mencecah lantai membenarkan peredaran udara di bahagian dalam rumah.
Papan tanda Rumah Melayu
Ruang hiburan dan bergurindam
Contoh pelamin perkahwinan orang Melayu
Loteng di atas bahagian rumah orang Melayu
Dapur – makcik ni tengah masak kuih bahulu dan kuih kapit untuk dijual kepada para pengunjung
Seterusnya ke Rumah Tinggi Melanau..
Rumah Tinggi Melanau
Rumah Melanau antara kediaman peribumi Sarawak paling menyerlah kerana dibina 40 kaki dari tanah. Tujuan utama adalah mengekang serangan musuh dan mengelak banjir. Menariknya, kaum yang asalnya menetap berhampiran kawasan pinggir pantai ini menjadikan sagu sebagai makanan utama berbanding nasi.
Kepenatan memanjat tangga kayu pasti terubat apabila menyaksikan hasil seni kaum ini yang menjadi latar dinding di beranda rumah suku kaum ini. Pengunjung juga berpeluang menyaksikan orang Melanau mengalunkan irama tradisional menggunakan sape, alat muzik kebanggaan mereka.
Papan tanda Rumah Melanau
Rumah ni tiga tingkat. Satu kampung duduk di rumah yang sama. Mesti meriah. Nak beraya senang je kan? Huhu
Bilik perubatan
Rumah Panjang Orang Ulu
Orang Ulu pula seperti namanya, gemar membina penempatan berselerak di tanah tinggi dan di tebing sungai utama. Bagaimanapun, kaum yang menjadikan pertanian sebagai sumber makanan ini membina rumah panjang mereka supaya tahan untuk tempoh yang lama.
Orang Ulu juga terkenal kerana kehalusan seni pertukangan pedang yang dicemburui musuh mereka. Mereka menghasilkannya daripada besi yang didapati dari sekitar kawasan penempatan yang kemudian disejukkan dengan air sejuk pergunungan.
Tiang Rumah Orang Ulu diperbuat daripada kayu belian yang diukir dan diwarnakan terlebih dahulu. Menurut kakak yang memberi taklimat tentang Rumah Orang Ulu ini, tiang ini boleh bertahan sehingga ratusan tahun dan tak mampu dimakan dek anai-anai.
Papan tanda ke Rumah Orang Ulu
Tinggiiiii…dan terletak di lereng bukit. Cuba tengok tiang dia. Saya bayangkan batang pokok belian ni tinggi giler sebab saya tengok, takde sambung-sambung pun tiang ni
Tangga nak naik ke rumah
Dinding yang dilukis dan diwarnakan menjadi latar dinding rumah Orang Ulu
Tetap… Haha.. Kali ni bersama Abang Orang Ulu yang sedang memainkan alat muzik tradisional kaum mereka.
Over!!
Tempat untuk membuat pedang
Kami menghabiskan masa lebih kurang 6 jam di dalam Kampung Budaya Sarawak ini. Bagi pendapat peribadi saya, ini adalah satu pengalaman yang sangat menakjubkan. Di samping dapat mempelajari banyak pengetahuan yang baru, saya juga melihat usaha Kerajaan Negeri Sarawak membina muzium ini dapat mengekalkan sedikit sebanyak peradaban dan sejarah suku kaum pribumi di Malaysia. Ini adalah kerana selama ini, pengetahuan ini hanya boleh didapati melalui pembacaan atau rencana yang disiarkan di televisyen. Yelah, takkan kita nak kena masuk ke hutan belantara hanya untuk melihat kehidupan suku kaum Penan kan? Silap-silap tak keluar langsung kang. Kotlah, terpikat dengan Abang Penan berbadan kekar dan seksi. Hiks!
Kami meninggalkan Kampung Budaya Sarawak dengan perasaan bangga dan puas. Kalau panjang umur dan murah rezeki, saya ingin sekali lagi berkunjung ke sini. Mungkin kali ini dengan suami dan anak-anak. Mana tahu? InsyaAllah..
Bergambar di hadapan pintu masuk Kampung Budaya Sarawak
Mmmuahhh!!
Kami pulang dan menemankan Ana untuk beli barang-barang nak masuk asrama di Bandar Kuching dan sampai ke hotel lebih kurang jam 6.30 petang. Malam ada agenda lebih menarik. Nantikan di episod seterusnya dalam Sayang Sarawak. Wahhh gitu…