Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Walaupun mata ni rasa bagai digam-gam (sekarang jam menunjukkan pukul 1.45 pagi), saya harus gigih menghapdet entry ni supaya tidak ditanye-tanye lagi oleh seorang rakan saya (Boboi – bukan nama sebenar) – “Eh, entry Sarawak ko sampai Part 6 je ke?”. Vavavava..ko hengat senang nak mengarang? Hehe, sebenarnya saya nak mengucapkan terima kasih kepada dia sebab rupa-rupanya dia sudi jugak nak baca walaupun pada hakikatnya dia seorang yang kekwat. Haha..Ampun..Nanti aku banje ko karoke ye..

Dan terima kasih juga kepada para pembaca yang lain, kerana dengan entry Sayang Sarawak ini jugalah statistik di blog saya menunjukkan jumlah pembaca yang tinggi. Mungkin ada yang tengok-tengok gambar saja atau mungkin ada juga yang khatamkan setiap baris tulisan saya. Terima kasih. I love you all (tetiba..over!! Huhu)

Okeh, stop mengarut. Back to our business. So, pagi Selasa tu, selesai berkemas-kemas, saya SMS Wal bertanyakan pukul berapa dia nak datang ambil kami. Wal memberitahu yang dia akan mengambil kami pada pukul 9.30 pagi. Sementara menanti Wal, saya menguruskan bayaran penginapan hotel terlebih dahulu dan urusan beg-beg kami. Sebaik sahaja Wal sampai, kami bersarapan buat kali terakhir di Chilipeppers.

Agenda kami pada pagi itu ialah sesi fotografi bersama landmark Bandaraya Kuching iaitu kucing! Haha. Apa guna ke Kuching kalo tak amik gamba dengan kucing sebagai bukti?? Wajib okeh. So, dengan tak menghiraukan terik mentari pagi, dengan keadaan jalanraya yang sibuk (maklumlah, hari bekerja), kami pon berposing-posing la depan kucing-kucing tu. Kalau kucing-kucing tu boleh bercakap, mesti dia dah naik menyampah. Nasiblah ko kucing.. Sape soh ko jadi batu…

So, lets cekidaut..


Hari nak balik, baru sibuk nak amik gambar kat Selamat Datang ke Sarawak. Huhu

Cubaan menjadi poyo. Excuse my lobang idong!

Inilah tugu tanda Bandaraya Kuching iaitu kucing.. πŸ˜‰

Ape motip amik gamba cenggini pon saya tatau

The Neneks

As always..The Daras

Neneks n Daras

Selepas mata pijar-pijar dek panahan cahaya matahari pagi, kami pun mengambil keputusan menaiki sampan dari Waterfront merentasi Sungai Sarawak untuk ke Kampung Gersik bagi mencari sesuatu untuk di bawa pulang ke KL.

Ha, naik naik naik…Tambang hanya 30 sen

Bila saya tanya pakcik kat hujung tu nak pegi mane, jawapannya sama macam kami. Ke destinasi yang sama.
Menuju ke destinasi yeahh yeahh!! (Tetiba..)

Lebih kurang 5 minit, dah sampai

Ye, inilah destinasi kami…

KEK LAPIS DAYANG SALHAH Klik sini untuk website mereka.

Seperti biasa..gambar untuk bahan bukti

Meh ramai-ramai

Banyaknye…


Boleh rasa dulu…


Duta Kek Lapis (lantikan sendiri)

Bayar time

Lepas setel urusan kek lapis, mohle kita balik. Tapi dalam perjalanan menuju ke jeti sampan tu, sempat lagi menyinggah kedai cenderamata. Sabo jelah..

Belek-belek untuk kali terakhir

Mak saya jelah yang beli

Spot the difference between this picture and the picture below

Hampeh punye Wal. Dia soh kami posing cium dinding. Saya pun bersungguh-sungguhlah. Cuba tengok makcik ngan anak kat belakang tu, dorang siap gelak lagi..Mesti dorang kata kami budak sewel. Cis Wal!

Lagi sekali posing please

Nak jugakkk….

Masa kami balik, budak-budak sekolah pun baru balik sekolah. Pengangkutan dorang ke sekolah pon menggunakan sampan. Ada buaya ke dalam Sungai Sarawak ni ye?

Sampai semula ke Waterfront

Destinasi kami seterusnya ialah UiTM Kota Samarahan untuk menghantar budak nih…

Ha, ko peace-peace la..Ko tatau nasib ko dok asrama tu!! Haha

Memula Ana agak cuak sebab bila dia call pejabat asrama, namanya tak ada dalam senarai pelajar-pelajar yang tinggal di asrama. Bila dah cek balik, barulah ada. Lega! Kalau tak, dudulah umah sewa atau menumpang bilik kawan secara haram. Huhu

Kami anak beranak pon nak jugak kenangan di sini

Nenek dan cucu

Selesai menghantar barang-barang Ana, akhirnya kami makan tengahari dahulu di Singapore Chicken Rice. Sedaplah. Rasa macam takde kat KL. Tapi menyesal tak amik gamba. Isk..

Kami bertolak dari Kota Samarahan lebih kurang 3.40 petang dan sampai ke airport lebih kurang 4.30. Selesai urusan check in luggage, kami solat dan menanti untuk berlepas.

Berdebar-debar takut beg tak lepas. Maklumlah sekelian macam ikan masin, kek lapis bagai

Oleh kerana saya sorang menjaga The Neneks, kelam kabut jugalah

The Neneks

Yours truly – Ujie Mapia


My Hero sepanjang kami berada di Kuching. Thanks so much bro!

Ada cerita sebenarnya sebelum kami menaiki flight. Flight kami pada jam 5.35 petang. Masa bergambar-gambar ni, jam dah menunjukkan pukul 5.10 petang. Saya tanye Wal, takpe ke duduk-duduk lepak kat sini lagi. Kan patutnya dah kena masuk. Wal cakap, takpe, tak panggil lagi. So lepak punye lepak, Wal suruh saya tengok kat monitor yang ada tulis-tulis masa dan senarai flight tu. Sekali, saya tengok, flight kami dah berkelip-kelip, CALLING pastu terdengar pulak PANGGILAN TERAKHIR UNTUK PESAWAT AK5211 DARI KUCHING KE KUALA LUMPUR. Tak ke berdebar bagai nak luruh jantung ni dibuatnya? Masa tu lah baru nak uruskan imegresen, masa tu lah nak berlari ke flight. Jauh pulak tu. Kalau saya sorang takpe. Ni nak suruh The Neneks lari-lari, tak ke mencungap?

Finally, lari punye lari sampai jugaklah kami ke flight. Kami antara orang terakhir. Merasa glamer kejap. Haha. Nasib baik sampai. Kalau kena tinggal? Wal siap buat lawak bila saya SMS dia pasal tu. Dia boleh cakap – TINGGAL TERUS KAT SINI. Banyaklah ko punye tinggal. Hehe..


Babai Kuching!

Kami meninggalkan bumi Kenyalang dengan perasaan yang tak boleh digambarkan. Puas dan gembira. Alhamdulillah, saya gembira dapat bawak mak saya berjalan-jalan walaupun tak dapat nak bermewah-mewah semasa di sana. Terima kasih Wal. Terima kasih Kuching. Terima Kasih Sarawak. Terima kasih AirAsia. Andai dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, saya pasti ke sana lagi. InsyaAllah

p/s: Seperti kata seorang rakan di Facebook, saya juga mengagumi Bandaraya Kuching yang bersih dan susah nak jumpa seketul sampah pun! Syabbasss Kuching!

Pheww!! Siap gak

Artikel ini dipetik dari laman web Majlis Daerah Kuala Selangor

————————————————

Kelip-kelip Kampung Kuantan, Kuala Selangor

Kampung Kuantan terkenal dengan Kelip-kelip. Kawasan hinggapan yang banyak hanya terdapat di sini. Malah ada pendapat menyatakan keajaiban Kelip-kelip hanya terdapat di dua tempat sahaja di dunia ini dan salah satunya ada di Kampung Kuantan.

Pengembaraaan kawasan Kelip-kelip bermula pada awal tahun 1970 oleh seorang pengusaha tempatan yang melihat potensi komersil keajaiban ini. Kini pengembaraan ini telah diamanahkan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor dan ia telah berkembang dengan pesatnye dengan penambahan sebanyak 27 sampan yang disediakan untuk menampung pengunjung.

Hari ini Kampung Kuantan terkenal dengan keajaiban Kelip-kelip bukan sahaja kepada pengunjung tempatan malah di serata dunia.

Kelip-kelip & Pohon Berembang


Kelip-kelip atau firefly

Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang. Specis jenis ‘Pteroptyx tener’ adalah sepsis yang terbanyak sekali terdapat di Kampung Kuantan. Keunikan yang ada pada Kelip-kelip ini adalah pada ekornya, yang mengeluarkan kelipan cahaya. Yang menjadikan Kelip-kelip ini lebih unik lagi ialah kelipan cahaya yang dikeluarkan oleh serangga ini adalah serentak pada setiap masa iaitu pada kadar 3 kelipan sesaat. Dalam ribuan Kelip-kelip ini cahayanya bagaikan satu rentak yang bercahaya.

Kelip-kelip berukuran cuma 6mm panjang. Kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya yang lebih terang berbanding yang betina untuk tujuan menarik perhatian Kelip-kelip betina. Jangka hayat Kelip-kelip ialah selama 2 hingga 3 bulan.

Pokok Berembang atau ‘Sonneratia Caseolaris’ adalah sejenis pokok bakau yang tumbuh liar di tebing Sungai Selangor. Ia memerlukan keadaan cuaca yang lembap dan persekitaran berpaya. Pokok berembang penting kepada Kelip-kelip sebagai sumber makanan. Selain daripada itu, pokok Berembang juga penting sebagai habitat serta bertindak sebagai penapis kotoran dan racun dan mengeluarkan air bersih untuk hidupan yang terdapat di dalam sungai.


Rupa pokok berembang

Kampung Kuantan

Kampung Kuantan adalah sebuah perkampungan kecil yang dikelilingi oleh pohon-pohon kelapa dan kelapa sawit. Kampung ini terletak kira-kira 56km dari Kuala Lumpur dan 9km dari Kuala Selangor.

Kampung yang indah dan permai ini sangat sesuai untuk mereka yang inginkan suasana tenang untuk beristirehat and melapangkan fikiran, jauh daripada hiruk-pikuk dan kesibukan kota. Di kawasan berhampiran, terdapat beberapa tempat pelancongan yang menarik seperti Bukit Malawati yang bersejarah dan Taman Alam Kuala Selangor yang mempunyai pelbagai spesis burung-burung. Terdapat juga sebuah pekan kecil untuk persinggahan iaitu Sri Segambut yang dikelilingi oleh kawasan sawah padi. Akhir sekali, terdapat juga kawasan pantai iaitu Pantai Remis yang terkenal dengan keindahan pantainya yang cantik dan kepelbagaian makanan lautnya yang lazat.

Sistem Pengangkutan ke Kampung Kuantan

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampung Kuantan mengambil masa selama 45 minit. Terdapat juga beberapa agensi pelancongan mengadakan pakej perjalanan dan lawatan ke Kampung Kuantan serta kawasan pelancongan di persekitaran Kuala Selangor.

Perkhidmatan teksi juga ada disediakan dari bandar Kuala selangor ke kampung Kuantan dengan kadar RM40.00 untuk satu perjalanan (4 orang). Walaubagaimanapun, beberapa tempat penginapan ada menyediakan kemudahan pengangkutan untuk ke Kampung Kuantan.

Kemudahan Awam

Pihak pentadbir kawasan Kelip-kelip menyediakan kemudahan tempat letak kereta secara percuma, gerai-gerai makan dan gerai cenderahati. Terdapat juga taman permainan khusus untuk mereka yang membawa bersama anak-anak.

Menyusuri sungai dengan menggunakan cara tradisional boleh memberi kepuasan kepada pengunjung disamping melihat keindahan Kelip-kelip yang menakjubkan. Penggunaan sampan juga dapat mengelakkan pencemaran bunyi dan asap yang boleh mengganggu habitat Kelip-kelip.

Tempahan & Pertanyaan

Pengunjung boleh membuat sebarang pertanyaan dan tempahan dengan menghubungi :-

Majlis Daerah Kuala Selangor
Jalan Semarak
45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan
E-mail : ydp@mdks.gov.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it / sumd@mdks.gov.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it / msaad@mdks.gov.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Tel : 03-32891439 / 1549 Fax : 03 3289 1101

Kadar Bayaran

Sebuah sampan termasuk insurans dan jaket keselamatan (Maksima 4 orang)

RM 40

————————————————

Mungkin next visit, I bawak u memancing udang dan melawat Bukit Melawati pulak ye yang…:-)