Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Seperti yang dijanjikan, mehla akak sambung lagi cite Aku Ada, Kau Ada? : Skyline Jakun Edition Part 1 tu. Ok, kitorang dah plan nak pegi Padang Besar besoknya tu (Ahad). Alang-alang dah dekat dengan Arau kan… Lebih kurang setengah jam berkereta.

Janji dengan Syahir nak gerak dari hotel jam 11 pagi. Kelempung kelempang, sudahnya dekat pukul 12 gak kitorang bergerak.

Jom tengok cemana akak terpenyet sekali lagi bila dok kat belakang. Walaupun pada hakikatnya seat belakang tu luas yang mana boleh memuatkan 3 orang, tetapi disebabkan kehadiran batang-batang besi, maka hanya seorang je yang sesuai dok kat belakang tu. Tu pon kena redha bila sakit belakang dan berkemungkinan berlaku keguguran peranakan. Hiks!

 

Nampak itu batang paip berkeliaran dalam kereta??

Di bumbung, di dinding..

Protes!!!

Muka atak senyumm..

Marah balik..

Jalan nak ke Padang Besar ni akak rasa dah buat baru. Tak silap masa pegi 10 tahun lepas, jalannya tak elok lagi. Belum cantik bertar macam sekarang. Walaupun dah cantik membangun, tapi kehijauan pokok dan gunung ganang masih dapat disaksikan di kiri kanan jalan. Ladang tebu (menurut Syahir kepunyaan Felda) pon saujana mata memandang. Patutla Felda kaya *tetiba

Takde benda nak cite, tengok jela gamba okeh..

 

Nuuuun, kelihatan gunung ganang

Ke Padang Besar

Berhenti untuk pemeriksaan

Babai Abang Ashkarr..

Gunung-ganang

Sempat lagi kitorang singgah kejap kat menara tinjau yang didirikan di ladang tebu tu. Saje amik-amik gambo..

Hello… I’m Suzie Lopez

Model Skyline tak perlu..

Syahir yang biasanya kelihatan hensem telah bertukar menjadi rupa Samseng Siam.. Hik hik..

Ladang tebu menghijau

Saujana mata memandang

Poyosing


Facebook.. Facebook.. Facebook..

Menara tinjau yang tak berapa menara

Pompan di sebalik semak samun

Arrgghhh!! Malaslah nak cite pasal pompan nih.. Hiks!

Hanya mampu telan air liur bila tau harga rim ni..

Hampir pukul 1, akhirnya kami tiba di Padang Besar. Bas-bas pelancongan pun banyak yang kelihatan kat situ. Pastu kedai-kedai kat situ, adala beberapa perubahan daripada 10 tahun lepas. Melampaulah kalau sama je, ye tak?


Dah ada mercu tanda uols!

 

Memula tatau nak beli apa. Nak round-round je dulu kononnya. Masuk je dalam, kitorang round satu pusingan. Lepas round tingkat bawah, naik pulak tingkat atas. Tak puas hati lagi kat tingkat atas, pusing lagi sekali tingkat bawah. Sempat sambar jersi Harimau Malaya. Padahal bukannya minat bola pon. Nak minat pasukan negara mana pun tak reti. Tapi saja nak mengambik semangat EUFA kan.. Beli jela, walaupun jersi yang dibeli Harimau Malaya.. Kah kah!

Baju bajan

Orang boleh tahan ramai. Maklumlah hari Ahad

Intan berlian, emas permata

Lepas dah dapat jersi, beli pulak brooch untuk bonda tercinta. Memula sebelum pegi Arau tu, mak akak dah pesan “Dik! Kalau ko pegi Padang Besar, ko tak payah beli apa-apa dik. Mak tanak apa-apa“. Oke, fine.. Tapi bila dah sampai Padang Besar tu, akak saja call lagi sekali, nak tanya kotlah mak akak nak ape-ape. Mana tau dah bertukar fikiran. Tetiba seperti yang sudah dijangka.Β  “Dik, kalau ko jumpa brooch berjuntai-juntai tu, ko belikan mak, dik. Pastu ko belikan bantal kecik yang boleh duduk tu. Pastu kalau ada blouse-blouse tu, ko belikanlah barang sehelai ke..” Kan? Agaknya dah tak boleh tahan dah tu.. Mak sape lah ni.. Hehe..

Dah setel barang-barang mak akak, akak nak carik pulak barang untuk rumah.. Akak soh Syahir bawakkan akak kedai periuk belanga..

Taraa… Sekelian macam periuk belanga

Kat kedai makcik tu, akak sempat sambar kuali kecik, periuk kecik, penajam pisau dan termos nasik. Mak-mak sangat kan? Selain tu, kat kedai lain, akak beli jugak Toto sehelai. Senang kalau orang datang rumah, bentang je Toto buat tido. Lain yang akak beli, pelapik kaki dan jugak karpet kecik. Heehee..

Lepas habes bershopping, tibalah masa untuk mengisi perut. Syahir orderkan sup perut yang sedap gilerr.. Pastu nasik putih dengan paprik. Pastu order pulak makanan yang wajib dimakan bila sampai kat Padang Besar iaitu Pulut Mangga. Tapi tak makan pun, sebab dah kenyang. Tapau bawak balik je..

Sementara tunggu sup perut sampai..

Lepas makan, mulalah menyusun barang dalam boot keta. Keta tak agak-agak. Skyline kononnya. Tapi penuh dengan periuk belanga, toto, baju bajan, jerukla apela. Haha.. Terus hilang ke’macho’an Skyline lantas bertukar menjadi kereta makcik-makcik. Nasib ko lah Skyline oii…

Lebih kurang pukul 3.30, kami pun bergerak balik ke Arau. Hantar Syahir dan terus gerak balik ke KL.


Gunung-ganang berbalam-balam

Berhenti lagi sekali..

Sempat ditegur oleh Abang Ashkar “Amboiii! Kereta..”

Sorryla, Suzana merempit, habes bergegar-gegar gamba akak..

Batang besi lagi..

Dan lagi..

Nampak tak apa yang ditulis kat signbod tu?

Haa, kawasan terpanas di Malaysia katanya!

Dalam 4 lebih, kami sampai semula ke Arau. Lepas dah babai-babai dengan Syahir, kami pun gerak balik ke KL.

Babai Arau. Panjang umur, kami datang lagi..

Ruang dalam Skyline

Sampai kat Plaza Tol Sungai Dua, kitorang tunggu owner Skylinne sampai. Dia ajak makan Mee Udang pulak kat Sungai Dua. Rejeki jangan ditolak.. Sempat la berpoyosing kejap..

Nak jugak poyosing

Lagi sekali plis!

Lempang nak? *begitu akak memarahi diri sendiri

Dah arr tu… Boring dowh!

“If You Rich, I’m Single” – Suzana, 2012

Bila owner Skyline sampai, kita follow dia dari belakang…

Owner Skyline.. Bawak M5 plak.. Nak pinjam woii…

Kami sampai di warung Mee Udang Sungai Dua tu dah dekat pukul 8 malam.. Selain Mee Udang, owner Skyline tu order gak Mee Goreng. Belasah je la..

Ni Mee Goreng.. Mee Udang akak malu nak amik. Kang apa plak kata owner Skyline tu kalo dia tau akak amik gambo.. Huhu..

Lepas makan, lebih kurang jam 10 malam, kami betul-betul gerak balik ke KL. Dah, jangan nak singgah mana-mana lagi.. Haha.. Suzana teruskan pemanduan. Dia drive sampailah ke R&R Tapah. Kitorang plan nak mandimandi, pastu akak plak kena drive sampai KL. Oh lupa plak nak cerita. Kan tayar sotong dah bertukar jadi tayar baru, so pemanduan ala minah rempit, berulang kembali. Walapun rempit, keselamatan hendaklah dijaga okeh..

Lepas mandi-manda dan minum kopi jap, akak telah mengambil alih tugas pemanduan. Akak cakap kat Suzana, soh dia reversekan siap-siap keta tu dan drive sampai hujung kawasan R&R, ngam-ngam sebelum masuk highway. Neves siot. Dahla keta orang.Β  Dahla gear ada 6, clutch panjang. Nak kena tekan minyak sampai bunyi mengaum, baru keta nak bergerak. Memang neves!

Sebaik saja nak masuk highway, akak start drive. Nak bawak laju? Memang tak la.. 120km/j je. Tu pun kadang-kadang jadi 100km/j je. Tiba-tiba, ada malaon mana entah, ikut rapat keta kami. Kejap-kejap dia potong akak. Bila akak dah nak sampai kat dia, dia sengaja bagi jalan, dan dia dok belakang pulak. Suzana pulak jadi batu api. “Laju lagi beb, laju lagi! Kuang hajo! Dia potong sayur beb!” Memang nyaris nak eksiden bila keta tu terus pancung akak padahal ada lori kat lane kiri akak. Masalahnya haku ni rabun malam!! Silau plak tuh.. Dahla hiway dari utara ke KL tu, jalannya bergelombang. Memang agaknye kena maki je dengan keta lain sebab bawak terkedek-kedek.

Sampailah Suzana dah tak boleh tahan. Dia soh akak masuk mana-mana hentian. So, kitorang berhenti kat Hentian Behrang. Dan, yang paling tak sangka, keta tu ikut kami masuk kat Hentian Behrang tu. Keta Proton Iswara. Lelaki Melayu. Akak dah cuak dah. Kot penyamun ke, penjahat nak rompak kami ke. Sebaik saja berhenti, akak dengan baju tido maxi tu, terus kuar dari kereta beralih tempat dengan Suzana. Suzana pulak amik alih memandu.

Apa lagi. Pompan tu bila dah dapat stereng, terus pecut kejar keta Iswara tu. Kitorang pulak cucuk-cucuk dia. 140km/j. Naik lagi 160km/j. Akak dah mengucap-ngucap kat sebelah. Akhirnya kitorang dapat potong. Barulah buku bertemu ruas. Akak yang sopan santun ni nak dilawannya. Silap oranglah. Hambek ko race dengan Suzana. Bila dapat potong dorang, apa lagi, kita kasi kentut berapi satu!!! Lepas dah bagi kentut berapi, kitorang pecut, pastu sengaja slowkan keta sampai dorang dapat kejar balik. Pastu dorang pulak kat depan. Pastu kami potong balik. Camtulah bertukar-tukar sampai Hentian Sebelah Rawang.

Masa tu, Iswara tu dah ke depan. Kitroang saje bagi dorang blah dulu sebab kitorang nak berhenti kat Hentian Rawang tu. Agak-agak dorang dah nak terlepas hentian tu, Suzana bagi signal masuk. Lagipun akak nak terkench. Akan tetapi, boleh pulak mamat tu perasan signal kitorang, dah nak sampai hujung jalan masuk tu, dia cepat-cepat masuk hentian tu gak. Cinabeng!!!

Sampai je, akak terus pegi toilet. Kuar dari toilet, akak tengok Suzana kat luar kereta ditemani oleh 4 orang lelaki. Hampeh!!! Memang dorang follow kitorang dari Tapah rupanya. Sebab memula dia nampak Suzana yang drive (padahal akak soh reverse dan drive sikit ke depan). Masa akak start drive tu, mamat-mamat tu dah masuk highway. So, dia tak nampaklah kitorang bertukar tempat. Tu yang dorang pelik, kat Tapah tadi bukan main nampak rugged (Suzana la tu), tapi bila drive tehegeh-hegeh macam siput. Dorang tatau yang drive macam makcik gi pasar tu, akak. Hahah..

So, bila sampai Hentian Behrang tu dorang pelik, kenapa driver lain. Tu yang dorang terus cucuk-cucuk tu. Saje nak main-main. Pastu bila dah start borak tu, macam-macamlah dorang tanye. Sume ala-ala kagumlah kononnya. Kitorang bagitaulah keta pinjam je pon. Haha.. Lepas dari Hentian Rawang tu, kitorang drive macam biasa. Dorang menghala ke Jalan Duta, kitroang menghala ke Kota Damansara.

Sampai Kota Damansara, lebih kurang pukul 3 pagi. Tak sedar diri, besoknya tu akak ada kelas. Sabo jela..

So, berakhirlah Edisi Kejakunan akak terhadap Skyline. Sape peminat kereta laju, silalah beli. Tapi tolonglah jangan letak batang besi kat belakang tu. Sempit tau tak. Memang nak kena maki hamun je dengan mak bapak kalo korang beli. Kecuali korang dah ada keta lain yang boleh sumbat orang kat seat belakang. Hehe..

Sebelum akak pegi kelas pagi tu, sempatlah akak amik lagi sekali gambo Skyline yang diparking kat depan umah akak sebelum kembali ke tangan owner. Tengkiu Suzana! Tengkiu Skyline! πŸ™‚

Macho tak?

Vavaiii…

 

 

 

 

 

 

Haa!! Tajuk entry je dah menunjukkan riak dan takabbur. Biasalah orang Melayu. Baru dapat sikit, dah eksyen. Hiks! Yang penting – Aku ada.. Kau ada? Gittew konsep entry akak kali ni..

Apebenda yang akak merepek-repek pasal Skyline la.. Jakunla.. Riak la.. Kan? Cenggini ceritanya. Bestfrench akak si Suzana tu, dia cite kat akak yang dia naik Skyline member dia. Akak memang la pernah dengar pasal Skyline ni. Biasalah, kereta laju. Nama pun dah best. Pastu glamer pulak sebab digunakan dalam cite Fast & Furious. Tapi rupabentuk, isi dalam semua tu akak tak bape nak tau sangat. So, bila asyik dipasak-pasak cerita pasal Skyline ni, akak pon macam “Eh, nak naik gakla“. Camtu..

So, masa ex-hosmet akak nak kawen kat Batu Pahat awal bulan aritu, akak ajak Suzana pegi. Sambil tu akak cakap kat dia “Beb, cuba ko bayangkan.. Kita pakai kebaya, pakai tudung, pastu pakai kasut tumit tinggi, spek mata hitam letak atas kepala, pastu kuar dari Skyline beb.. Perrghhh!!! Caraaaaa dowh… Pompan plak tuh yang drive Skyline. Cuba ko cakap kat member ko tu nak pinjam Skyline dia nak bawak gi Batu Pahat. Bleh tak?” Huhu.. Keji tak imaginasi akak? Tapi jangan terkejut uols! Suzana hampir berjaya memuaskan nafsu serakah akak. Tetapi malangnya sehari sebelum nak pegi Batu Pahat tu, tayar belakang Skyline tu ada problem. Kebetulan pulak akak tak jadi gi Batu Pahat, so kensel nak naik Skyline dan akak pasrah serta redho je *padahal kuchiwa!

Selang seminggu (Sabtu lepas, 16 Jun), agaknya memang rezeki akak nak naik Skyline. Akak nak gi Arau melawat budak sekolah iaitu Syahir kat UiTM Arau dan nak join event yang dia organize untuk warga Arau. Sekali lagi akak menchoba nasib cakap dengan Suzana mintak dia pinjam Skyline member dia tu. Dapat okeh! So, selepas beberapa masalah domestik seperti bateri, lampu dan tayar berjaya diselesaikan, akhirnya kami vrrommmm vrrooommmm meluncur laju dari Kotadem ke Arau dengan Skyline! Woooohoooooo!!!!

Lepas member dia anto keta tu ke Kotadem, Suzana bawak keta tu ke rumah akak. Yelah, nak letak barang-barang, beg dan segala macam yang nak dibawak ke Arau.

Nur (cahaya lampu) yang mengiringi Skyline di depan umah akak..

Vontots Skyline

Ko hengat ko chantek posing cam nih??

Gedik sana gedik sini

Skyline GTR 34

Semasa nak mengemas barang-barang yang nak dibawak ke Arau dalam keta, akak tengok, apekejadah batang-batang besi macam paip ni berselirat dalam keta tu. Ohhh! Rupanya owner keta tu dah siap modified jadi keta racing sebab dia selalu gak join racing-racing ni. Dengar je enjin mengaummm!! Vrrrooommm.. Memang terujalah nak naik!

Sorry, gelap uols.. Tapi kalo perasan, tu la dia palang-palang besi tu

Kami bergerak ke Arau pada tengah malam Sabtu, lebih kurang 12.50 pagi. Dengan anggaran 4 jam, kami bajet akan sampai di Arau pada jam 5 pagi camtu. Hotel di Arau dah siap dibooking oleh Syahir. So, kira setel la. Bila duduk je dalam keta tu, akak pun macam orang jakun. Padahal apa bestnya Skyline pon akak tatau lagi. Maklumlah takde pengalaman. Terpengaruh sebab bila dengar Suzana citer je. Nampak sangat mudah diperdaya. Hihi..

Bila keta start gerak je, akak pun menjerit “Wooohooooo!! Aku naik Skyline!! Tengkiu beb sebab memuaskan napsu serakah aku“. Begitu akak mengucapkan terima kasih kat Suzana. Pompan tu tergelak-gelak je. Kong ajo! Haha.. Kami masuk hiway dari Tol Kotadem dan bermulalah perjalanan dan pengalaman mendebarkan akak bersama Skyline membelah malam…

Memula Suzana drive rilek lagi. Biasalah dalam 120km/j-140km/j camtu. Lagipun lori agak banyak. So, tak bleh nak pecut sangat. Lepas je dari Bukit Beruntung, pompan tu mula meroyan. Akak jeling meter jadi 160km/j. Pastu naik 180km/j. Pastu naik lagi 200km/j. Selamba tak gegar! Kat corner pon rilek je. Satu point untuk Skyline! Syabasss!! Pastu setiap kali tukar gear, rahim akak rasa nak gugur sebab tersentak-sentak. Apebenda tu? G-Force eh? Entah, tak retilah haku.. Hah! Dah nak naik sangat kan.. Hambek!!

So malas nak layan kecut perut ni, akak rilek je sambil borak-borak dengan Suzana. Bunyi enjin memang mengaum jela. Kejap-kejap bunyi turbo keluar bila Suzana drop gear. Cemana akak nak tulis bunyi dia pon tatau. Camni kot – “Huuuuuuuvoooompsssssssssssshhhhhhhh” Hihi.. AtauΒ  pun bila keluar spark atau akak panggil kentut berapi dari ekzos, kitorang akan terjerit-jerit gembira macam orang hilang akal. Ye arrr!! Ingat senang ke nak kasi api tu kuar? Pastu sebok “Beb, mesti keta belakang nampak api kita kan?” Ya Allah, memang jakun gila la.. Haha..

Dengan transmission 6-speed manual, ditambah pulak dengan 400hp, setakat naik bukit pakai gear 5 tu memang no hal la. Belagak gila dowh! Honda ke, Toyota ke, sila makan asap kami!

Tapi kegembiraan tersebut tidak lama uols. Bayangkan dengan kelajuan 240km/j, akhirnya kami melintasi R & R Tapah lebih kurang 1.30 pagi. Hilang akal ke tak hilang akal dari Kota Damansara sampai Tapah 40 menet? Ko dah cukup amal ibadat ke hape? Kan? Sebaik saja kitorang lintas R & R Tapah tu, tetiba akak dengar satu bunyi macam keta melanggar kayu. Pluk! Pluk! Pluk!! Tetiba bau macam bau getah terbakar. Suzana pun slowkan keta. Pastu kitorang berhenti kat lorong kecemasan. Sekali….. Tayar depan bahagian pemandu pancit uols! Macamana ni.. Kitorang masuk semula dalam kereta dan bergerak ke depan sikit untuk cari tempat terang nak periksa sekali lagi.

Bila cek, konfem tayar pecah! Apalah nasib. Huhu. Pastu kitorang call pihak PLUS untuk mintak bantuan. Dalam 20 minit lepas tu, dorang sampai. Siap bawak segala kelengkapan la. Nampaknya kenalah kitorang pakai tayar sotong.Β 

Abang PLUS datang menyelamat. Dorang park kat opposite side menghala ke Rawang

Tengah longgarkan nut tayar

Kesian ko…

Setengah jam lepas tu, tayar pon siap ditukar. Abang PLUS sempat nasihatkan kami supaya bawak tak lebih dari 80km/j je.. Dah setel semua, kami pun meneruskan perjalanan. Hah!! Hambek ko! Dari 240km/j, merasalah ko terkedek-kedek bawak 80km/j je. Setakat Viva, memang selamba jelah potong kitorang. Kitorang hanya mampu melambai-lambai dari kejauhan. Maluuuuuuuuu!!! Haha… Mana-mana keta yang kami bagi makan kentut berapi dari Kotadem tu, akhirnya kami yang makan asap dorang *nanges..

Sampai R & R Gunung Semanggul kami berhenti untuk isi minyak. Uiiiiiiyaaiiii!!! Memang kuat makan minyak keta ni. Tapi mungkin jugak sebab pecut sampai tak sedar diri, minyak pun cepat abes. Lepas dah isi minyak tu, kitorang pun gerak. Nak keluar dari stesen minyak tu, berselisih pulak dengan pakcik-pakcik lori yang sama-sama isi minyak. Agaknya bila dengar bunyi enjin vrrrooommmm vrrrooommm tu, dorang siap tegur “Amboii! Bukan main lagi kereta ko nak…” Hihi.. Kitorang senyum je.. “Keta pinjam pakcik.. Tak nampak kami pakai tayar sotong ni?” kata kami dalam hati sambil berlalu pergi. Huhu…

So, dengan kadar kelajuan 80km/j yang bolehlah dikeji oleh kereta-kereta lain seperti mungkin “Bawak Skyline, tapi slow macam sipot!! Apadaaa???!!” atau”Ek elleh, orang nak bawak Skyline, dia nak bawak gak. Kalo tak berani tekan minyak, tak payah bawak lah woiii!!“. Begitu akak bermonolog sendirian. Hiks.. Tapi lagi sekali – Aku ada, kau ada? *tetap nak riak dan takabbur nih.. Hihi! Bila keta lain melintas je, kitorang pun mengeji dorang pulak “Takpe, kitorang bagi chance je. Saje je pakai tayar sotong ni. Tunggulah nanti bila kitorang tukar tayar, siaplah korang!!!” *matila mengugut tanpa dipeduli..

80km/j je yang mampu…

Pukul 4 pagi baru sampai Ipoh

Akhirnya kami sampai ke R & R Gurun pada jam 6.30 pagi. Ada 2 jam lagi nak sampai ke Arau. Dahlah event start pukul 8 pagi. Memang tak sempat sampai lah… Lepas solat Subuh, kitorang balik ke kereta. Ada 3-4 orang berkerumun kat keta tu. Puaslah Suzana diinterview. Dari situ akak dah menambah satu point lagi untuk Skyline. Orang memandang tinggi terhadap Skyline. Lebih-lebih lagi kalau pompan yang drive! Cool beb…

Lepas dari R & R Gurun, Suzana sudah tidak boleh bersabar. Tanpa memperdulikan nasihat abang PLUS supaya bawak keta yang pakai tayar sotong hanya boleh pegi maksimum 80km/j je, Suzana pecut gak 120km/j sebab bila kira-kira balik, kalo maintain bawak 80km/j, silap-siap sampai Arau dah pukul 10 pagi. Gedebak-gedebuk, akhirnya kami sampai ke UiTM Arau hampir jam 9 pagi. Alhamdulillah! Selamat semua.

Yang lagi best, bila masuk je padang UiTM tu, boleh dikatakan semua mata memandang. Dengan bunyi bising enjin macam hape. Pastu bumper nak masuk ke padang, tinggi pulak tu, memang tersagatlah skirting Skyline tu yang labuh menutup aurat iaitu hanya seinci dua je dari permukaan jalan. Sopan kan Skyline ni? Hihi.. Hambek ko! Sorry Encik Owner, keta uols tersagat..

Kebetulan kat padang tu akan diadakan autoshow dan drift. Kebanyakan yang kelihatan ialah kereta-kereta Proton yang dah dimekap dan dimodifiy untuk acara tu. Bila organizer tanya yang Skyline bertayar sotong tu join sekali ke acara dorang. Kitorang gelak je sambil bagitau tak join pun. Dah lah pakai tayar sotong. Buat kena gelak je. Kitorang datang sebab nak bukak booth je pon.

Sementara akak tunggu kat booth, Suzana try jugak carik tempat nak tukar tayar. Kebetulan ada sorang budak ikut dia tunjukkan kedai yang ada jual tayar keta-keta macam tu. Nun!! Sampai ke Alor Star tu dorang pegi.Β 

Tayar yang pecah

Hancur!!!

Tayar baru yang harga sebijik sama harga dengan 4 bijik tayar dan sport rim Kelisaline akak..

Akak kat booth ni dah macam mata Panda. Mengantuk gilerrr… Sudahnya selesai acara lebih kurang jam 1 tengahari, Syahir cakap dia akan hanta akak gi hotel dulu. Nak menunggu Suzana, entah pukul berapa siapnya. Cuma akak sempat SMS dia tanye baper harga sebijik tayar. Suzana bagitau RM1,450 sebijik! *Koma. Sekali dengan nat la, apentah lagi total siap pasang semua RM1,530. *Koma sampai mulut berbuih

Booth yang ada

Sempat dorang main frisbee kat sini..

Sampai je kat hotel, akak terus tido. Beg baju semua masih dalam keta. So tak bolehlah nak mandi ke ape. Kenalah tunggu Suzana balik.. Syahir pun balik berehat sebab kitorang dah janji nak keluar makan malam nanti.

Hotel kami – Metro Inn..

Lebih kurang jam 5 petang, Suzana sampai ke hotel dan bercerita sebab apa dia lambat. Masa dia hantar budak yang tunjukkan kedai tayar tu balik ke UiTM semula, rupa-rupanya dia kena interview dengan budak-budak UiTM dan peserta-peserta drift yang masih ada kat padang tu pasal Skyline. Dorang tanye dah bape lama Suzana berkecimpung dengan sport car. Lepas ni nak pakai keta ape. Macam-macam soalan. Ada yang nak amik gamba dalam keta. Ada yang nak amik gamba kat luar keta. Terus pompan tu jadi model sekejap. Pastu pompan tu penuh konfidensi cite pasal Skyline kat budak-budak tu. Kesian budak-budak tu kena kenshing dengan Suzana. Hiks! Kalau tau keta pinjam, mau kena kutuk. Hihi..

Lepas dah mandi solat sume, akak dan Suzana pon tido sementara nak tunggu lepas Isyak untuk keluar makan dengan Syahir kat Jeti Kuala Perlis. Makan seafood katanya.

Lepas Isyak, Syahir datang semula ke hotel kami. Oleh kerana naik bertiga, maka akak kena duduk kat seat belakang. Bermulalah penderitaan akak duduk terpenyek dengan batang-batang paip tu semua. Dah la Suzana bawak laju merempit tak hengat. Kesian akak terlambung-lambung kat belakang.

Akak yang terpenyet bersama batang besi..

Ni bukan hotel kami. Ni hotel yang ada kat Medan Selera Jeti Kuala Perlis

Selepas berpusing-pusing mencari tempat makan, akhirnya Syahir bawak kami ke sini – Lynda Ikan Bakar


Aikkk tetiba ramai pulak kat meja kitorang?

Selain kitorang bertiga, Suzana dah roger geng-geng dia yang dok kat Penang, Kedah semua tu join sekali. Alang-alang dah lama tak jumpa. Dok la lepak sekali. Kitorang order macam-macam. Ikan bakar, sotong goreng tepung, tomyam, sayur, air bergelas-gelas. Total 9 orang makan, tak sampai RM150 kot. Humang aiiii murahnya!

Makanan yang diorder

Suzana & Frens

Lepas masing-masing dah kenyang, mohle kita balik ke hotel. Sempat gak amik gamba dengan kereta kuda yang boleh disewa kat situ..


Perjalanan balik, Syahir pulak yang drive. Riang gembira budak tu. Akak jugak yang masih terpenyet kat seat belakang. Redho..

Balik dari makan, ingatkan nak berkarok! Tapi malam tu, fullhouse. Boleh tahan gak ye warga Arau ni berkaroke. Heeehee.. Sudahnya akak naik bilik, tido sementara Suzana sambung lepak dengan kawan-kawan dia. Besok dah bagitau Syahir nak gi shopping kat Padang Besar. Apa yang akak shopping? Nantikan episod Aku Ada, Kau Ada? : Skyline Jakun Edition yang seterusnya. Hiks..

Daa..

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Trivia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nissan Skyline GT-R generasi R-34.

Nissan Skyline GT-R merupakan kereta sport Jepun berasaskan keluaran Nissan Skyline. Digelar “Godzilla” oleh majalah Wheels di Australia ketika dikeluarkan di sana pada 1989, ia dinilai oleh kebanyakan majalah kereta, sebagai menawarkan prestasi dan pengendalian sama seperti ikon Eropah seperti Porsche 911 dan Ferrari Testarossa, tetapi pada harga jauh lebih rendah. Sejak Skyline GT-R menjadi kereta popular bagi lumba jalanan di Jepun, ia telah muncul berkali-kali dalam permainan video, bermula dengan permulaan 1994 bagi permainan SNES Zero 4 Champ R dan paling terkenal siri Gran Turismo, termasuk juga penampilan sekali sekala dalam filem feature, anime, dan manga.

Sejarah jenama

Nama Skyline bermula dengan syarikat kenderaan Prince Motor Company yang memajukan dan menjual barisan sedan Skyline sebelum bergabung dengan Nissan-Datsun. Singkatan GT-R mewakili Gran Turismo Racer sementara GT-B bagi Gran Turismo Berlinetta. Orang Jepun memilih memberi nama Inggeris – kerana kebanyakan kereta yang dihasilkan di Jepun masa itu menggunakan singkatan Amerika β€” bagi menggalakkan jualan.

Versi terawal GT-R, S54 2000 GT-B, mendapat tempat kedua dalam perlumbaan pertamanya pada 1964 di belakang Porsche 904 GTS yang dibina khas untuk perlumbaan. Versi seterusnya GT-R, PGC10 2000 GT-R empat pintu, mendapat 33 kemenangan dalam tempoh setahun setengah berlumba, dan apabila tiba masa untuk mencapai kemenangan ke-50 berturut-turut, ia dikalahkan oleh Mazda Savanna RX-3. bagaimanapun, kereta ini telah berjaya memenangi 1000 perlumbaan sebelum dihentikan pengeluarannya pada 1972.