Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Okeh, sementara roh rajin ni dah meresap, baik akak sambung… Di Mogliano Veneto, kami menginap di Hotel Move. Lepas brekpes, saje la lepak-lepak kat luar hotel Sejukkk… Walaupun takde salji.

Cam biasala.. Poyosing..

So hari kelima ni nak ke mana pulak? Yezzah! Ibu kota cinta – Venice.. Woohoooo!!!

Di sekitar pelabuhan untuk naik feri ke Piazza San Marco, Venice.


Ni la rupa ferinye..

Jom naik..

Cantik gilzzz pemandangan bangunan-bangunan atas air ni..

Rasanya dalam 30-45 minit jugaklah nak sampai ke Venice tu..

 

Yeayyy! Sampai dah..

Kami diberi masa sampai pukul 5 petang kat sini. Amekkawww, merayaulah dari pukul 10 pagi sampai pukul 5! Kat sini kami akan dibawa melawat St. Mark’s Square, Casanova’s Bridge of Sighs, Doges’ Palace dan St. Mark’s Cathederal. Sejarah setiap tempat tu akan diexplain oleh tour guide.

Penuh orang

Kak Liza comel

Hanjeng!

Cafe-cafe tempat lepak

Nampak tak tudung akak kedut-kedut?

Yezzahh! Hotel kat Italy, seketul sterika pon takde. Bleh? Kejih! So, ada aku kesah?! Belasah jelah pakai tudung kedut-kedut tu.. Hihi..

Patung Cendana

Kat obersi memang ada je pertunjukan camni. Jadi patung cendana. Salah satu cara untuk dorang carik rezeki. Ni pakai baju ala-ala pengantin ke Cinderella ntah. Sape nak amik gamba dengan dia, kena bayar..

Panas tapi sejuk. Bleh? terang benderang sampai sakit mata. Tapi sejuk..


Lepas kat cafe atas air. Kau mampooo?


Pengangkutan utama kat bandar ni – bot

SONY DSC
Casanova’s Bridge of Sighs kat belakang akak tu. Kenapa nama dia camni? Nanti akak cite..

SONY DSC
Casanova’s Bridge of Sighs dengan lebih clear..

Casanova’s Bridge of Sighs atau Jambatan Keluhan ialah satu-satunya jambatan di Venice yang bertutup sepenuhnya. Ada lubang kecik je yang membenarkan cahaya masuk. Jambatan ni menghubungkan antara istana dan penjara.

Nama dia Bridge of Sighs sebab kat sinilah laluan terakhir banduan-banduan yang didapati bersalah, berjalan dari mahkamah sebelum disumbatkan ke dalam penjara. So, mana-mana banduan yang rasa tak bersalah tu, akan mengeluh dan merayu minta dilepaskan. Mesti sayu kan? Dahla gelap, rasa macam dunia dah nak kiamat.

 

Lagi patung cendana

Tour guide tengah explain pasal sejarah bangunan-bangunan kat Venice ni. Ada aku kesah? Hahhaha

Stress dia kitorang tak dengar dia cite sampai pejam-pejam mata.. 


Shantek, kan?

St. Mark’s Square

Casanova’s Bridge of Sighs

Kumbang 3 ekor mengapit sekuntum bunga. Gituh..

Sempat belikan T-Shirt Hard Rock yang member kirim


Pakcik Gondola

Harga untuk naik gondola ni 80 euro untuk 4 orang. 80 euro time akak pegi dulu, lebih kurang RM320. Tapi takde sape nak naik. So akak takde kawan nak naik. Akak pun kempunan.

 


So untuk melepaskan kempunan, kita amik gambo je..

Lebih kurang jam 12.30 tengahari, kami ke Taverna del Dogi S.A.S Restaurant untuk makan tengahari. Seperti biasa, menu ada seafood. Sape ada gout, hazab! Hahhaa..

Gellato


Ala-ala manjanya..

Lepas makan, sambung lagi merayau kat sekitar Venice tu sampai dah tatau nak pegi mana.. Wakaka…

Kami berjalan kat celah-celah rumah orang. Rumah-rumah kat situ dihubungkan dengan jambatan-jambatan. Takpun boleh juhak kalau nak naik bot. Akak terbayangkan kalau hari raya, senang je bebudak situ kutip angpow. Hehe…


Takde pulak yang menjenguk kitorang kat luar ni. Kalau tak, boleh jugak singgah minum teh kat rumah dorang kan? Hihi..

Lomentiknye Kak Zack & Encik Razlan

Salah satu stesen untuk naik gondola

Lepas dah tatau nak pegi mana, kami pun lepak kat salah satu cafe kat situ. Cafe kat sana, kalau kita duduk berempat, kena order air empat jugak. Tak boleh nak share-share. Kejam tau. Dahlah mahal! So, marilah kita pilih air paling murah iaitu Espresso. Tapi mendapatlah ko. Pahit nak arwah! Air nye setengah kawan kecik je..


Espresso je 11.50 euro. Cer kali dengan RM4! Tak ke sechewen tu akak bayo 44 hengget!??

Owh lupa, sebelum lepak makan tu, kitorang temankan Kak Zack beli handbag Gucci kat sana. Murah banyak lah dari KL. Jimat dalam RM4,000 ada kot.. Huntong kan?


So, mari kita menyamar macam kita punye..


Nak jugakkk… Ok, amik gambo pon jadile..

Dah pukul 5 tu, tibalah masa balik ke daratan balik.. Jom!

Sampai kat pelabuhan semula, sempat lagi bershopping.. Biasalah… Orang pompan.. Hehe…

Mana bas ni??

Destinasi seterusnya, balik semula ke Mogilano Veneto untuk dinner di Da Bepi Vensian Restaurant. Elok sangatlah tu.. Hihi..

Memang kat Italy ni dorang suka makan kupang kot. Mesti ada je dalam menu..

Lepas makan, balik ke Hotel Move semula untuk berehat.