Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Uols pernah rasa steamboat Bestari Celup tak? On the way balik dari Pahang malam tadi, akak dengan kawan-kawan singgah kejap makan steamboat. Biasalah, pengaruh rakan sebaya. Dia cakap sedap sangat. Tu yang nak rasa tu..

Steamboat ni bukan kat restoran ke ape. Dia masak sume dalam lori je. Pastu dia pacak kanopi dengan 2-3 meja untuk kita makan kat tepi lori dia. Lokasi? Bebetul depan stesen minyak Petronas Gombak menghala ke Karak yang ada Shell, Mc D, Burger King tu.. Oleh kerana akak dari Pahang, kenalah buat u-turn kat Jalan Gombak untuk ke sebelah sana tu.. Kalo kita dari Batu Caves/Selayang lagi senang. Boleh singgah je terus je. Cakap banyak pun tak guna. Nah tengok gamba!!

20121104-092147.jpg

20121104-092200.jpg

Dap tak? Dappp. Dengan kuah BBQ, memang steamboat ni lain dari yang lain. Ada yang bakar punye macam sotong, ayam dengan daging tu..

Total semua dengan air mineral sebotol, RM27.50! Makan 3 orang. Tu pun bertolak-tolak sape yang nak kena abeskan. Sabo jela..

Okla, kalo korang dah boring tatau nak makan kat mane, bolehlah singgah makan situ.. Ingat.. BESTARI CELUP. Daaa..