Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Banyak kali gak keyword search yang sampai ke blog akak ni pasal “Tat Bengkulu”. Owhhh!! Ramai peminat rupanya kuih tradisi kampung akak ni ye. Heehee. Ada yang carik resepi la. Ada yang tanya macamana nak buatla. Macam-macam lagi..

Kuih ni biasanya dijumpai di Kampung Sungai Choh. Ada gak kat Behrang dan Gemas (penempatan kaum Bengkulu kat Malaysia). Kuih ni asalnya, ofkoslah dari Bengkulu, Indonesia. Bila nenek moyang kami datang sini, dorang bawakla sekali tradisi membuat kuih tat ni. Kalau ikutkan dulu-dulu punya versi, besar gedabak wooi! Besar pinggan kot. Akak pernah tengok kat rumah orang kawen kat kampung akak tu. Tapi seiring dengan masa, dorang ubahla jadi kecik comel-comel. Senang nak makan. Senang nak masak.

Kuih ni kat bahagian luarnya tepung, dalam dia isi inti kelapa yang dah digoreng siap-siap dengan gula merah. Sama macam inti kuih ketayap atau kuih koci. Tapi sekarang ada gak yang bubuh inti nenas dalam dia. Ada yang bubuh inti kelapa durian. Tapi akak lebih suka rasa yang asli.

Resepi dia akak tak sure sangat. Aritu dah tanya mak. Tapi tak salin (bajet genius boleh ingat kat kepala je. Choiii!). Nanti akak salin, akak tepek kat sini okeh..

Ni ada beberapa keping gamba yang sempat akak amik masa mak akak and the geng membuat kuih tat seminggu sebelum raya haji aritu. Sorrylah, step awal-awal menguli, menggentel, isi inti semua tu akak tak sempat amik sebab sampai lambat (padahal sengaja tanak tolong. Hampeh punye anak!)..

Nak buat kuih ni memang agak hazab. Bab menguli, goreng inti sume tu oke lagi. Yang tak tahan tu masa nak gentel-gentel jadi bebola kecik. Pastu nak kena isi inti. Pastu nak jadikan bentuk daun ke ape. Pastu nak kepit-kepit bagi ada corak daun atas dia. Pastu nak kena bakar. Aduiiinyepun!! Sebab tu harga dia 60 sen sebijik orang tak kisah nak beli, sebab dorang tau kehazaban nak membuat kuih ni. Pastu makan panas-panas dengan air kopi. Pehhhh!!! Tapi makan masa sejuk pon oke jugak..

Ni la rupa inti dia. Ala.. Macam inti kuih ketayap je..

20121101-092300.jpg

Ni pulak rupa bila dah isi inti, dah jadi bentuk daun dan dikepit jadi corak daun..

20121101-085410.jpg

Telur yang dah dicampur pewarna kuning untuk disapukan atas dia. Bagi berseri bila bakar nanti

20121101-085447.jpg

Ni yang dah disapu. Sorry sebab gelap so tak nampak beza sangat

20121101-085458.jpg

Proses pembakaran bermula. Kuih tat tadi diletakkan dalam periuk. Ditenggek atas bara api. Pastu kat mulut periuk tu, diletak zink dan jugak bara api sebab nak bagi effect pembakaran atas bawah. Api besar tu eksyen je. Nanti kita kecikkanla dia. Heehee..

20121101-085509.jpg

Mak akak and the geng. Akak tataula kalo dorang dah takde nanti. Mampu ke akak meneruskan legasi Tat Bengkulu ni.. 🙁

20121101-085519.jpg

Taraaaa.. Dah siap untuk dimakan..

20121101-085527.jpg

Nampak macam biasa je. Tak hazab kan? Cer try datang tengok.. Pengsan! Sebab tu akak selalu mengelat. Haha. Sakit pinggang duduuuuuuk je. Makan je tau! Keji!!

Okla. Bai..

Cemana sambutan raya uols tahun ni? Bergaya tak?  Hiks.. Akak punya baju raya tahun ni ada 5 pasang tapi yang sempat digayakan dua pasang je. Sebab? Sebab raya ketiga dah pakai baju biasa. Tapi takpelah, baju kurung. Bukan basi pon. Boleh pakai pegi keje..

So, mari teruskan dengan cerita raya akak untuk tahun ni. Macam tahun sudah-sudah, pagi raya tu memula kenalah bersalam-salaman dengan mak dan kakak akak.. Dah tu, kenalah amik gambo sekeping dua buat kenang-kenangan..

Dah sudah tu, cepat-cepat akak dan mak akak bergerak ke Sungai Choh. Memang tetiap tahun kitorang solat raya kat Sungai Choh. Tak feel la nak solat kat masjid Bukit Beruntung.

Hi Mommy!

Akak & bespren  – Ammal

Lepas je solat raya kat Sungai Choh, rumah pertama yang menjadi destinasi persinggahan akak dan mak akak adalah rumah arwah nenek. Walaupun nenek dan atuk akak dah takde, pakcik akak masih tinggal kat situ.

Dah bujang-bujang dan anak dara semua anak pakcik akak (termasuk 3 orang anak arwah makcik yang pakcik akak bela). Yang anak lelaki, pakcik akak hantar belajar tahfiz dari dorang kecik-kecik. So sekarang umur dorang dah 17-18 tahun. So, masa bulan Ramadhan lepas, 3 orang bujang ni bergilir-gilir jadi imam solat Isyak, imam solat Terawikh dan bilal. Seronok je dengar pakcik akak cerita. Kalau dulu, surau kat area rumah nenek akak tu tak berapa meriah masa bulan puasa, tapi tahun ni nampaknya meriah sebab makcik-makcik, pakcik-pakcik yang solat kat surau tu suka sebab yang imamkan dorang terawikh, semua imam muda. Heehee..

Kat umah pakcik akak, merasa makan rendang ayam kampung. Pakcik akak memang banyak bela ayam. Dia cerita selama ni dia sayang je ayam-ayam tu. Pastu ada yang mati la. Sakit la. Sekarang, dia cakap tak payah sayang sangat. Raya je dia sembelih buat makan. Huhu..

Lepas dah beraya kat rumah pakcik akak, akak dan mak akak, terus pulak ke kubur. Kubur dah bersih dah sebab pakcik akak tu dah datang bersihkan kubur arwah abah akak (abang dia) dan kubur-kubur saudara mara yang lain. Dia siap tanam pokok mawar lagi kat setiap kubur tu..

Lepas ke kubur, ingatkan nak beraya kat rumah geng mak akak. Tapi dorang takde pulak. Walaupun tuan rumah takde, tetaplah jugak akak nak amik gamba kat rumah dorang bertemankan bubu.. Hik hik..

Dah semua rumah takdee orang, akhirnya kami terus balik Kuala Selangor. Akak ikut LATAR, masuk ikut Templer Park. So tak sampai sejam, dah sampai kampung. Lagipun tol dapat diskaun. Kalau selalunya bayaran tol RM2, tapi masa raya tu RM1.60 je. Diskaun 20%! Alhamdulillah..

Sampai kampung apa lagi. Isi perutlah. Lepas tu, berehat dan tido sampai petang… Keji btol!

Tetiba tersama pulak kaler baju dengan anak buah akak ni.. Nama je anak buah, tapi sebaya.. Bleh?

Lepas Asar, makcik akak ajak gi makan kat pekan Kuala Selangor. Tau makan kat mane? Opkosla mamak. Raya-raya pon tetap carik mamak. Dah sume kedai Melayu tutup.

Mak akak dan kakaknye..

Malam takde aktiviti. Tido!

Hari raya kedua pulak, kami 4 kereta dari kampung, dan tiga kereta dari Shah Alam berjalan raya ke Putrajaya pulak ke rumah makcik satu lagi.

Bergamba dengan anak-anak buah sambil tunjuk kasut masing-masing kat Hentian Rehat Putrajaya.. Berani theyols nak lawan makcik dorang!

Mak akak dan adik beradiknya yang masih tinggal..

Kucing makcik akak yang obesiti hari tu nampaknya dah kurus sikit. Sepupu akak cakap dia diet.

O-O yang berat 11 kg.. Taik mata berselepet! Eee yekkk..

Besar kambing!

Lepas dah beraya ke rumah makcik akak, akak ajak pulak dorang beraya kat umah akak kat Kotadem. Akak dan anak-anak buah akak gerak awal sikit dari kereta-kereta lain sebab akak nak masak. Dalam perjalanan sempat call Nandos. Soh hanta ayam dua ekor. Pastu akak masak bihun dengan spagethi goreng. Dorang sampai je, teruslah makan. Gamba makan takde. Gamba masa nak balik ada.. Haha.. Mak akak dengan makcik akak sempat amik gambo kat playground depan rumah akak nih..

Lokasi seterusnya ke rumah pakcik akak pulak. Tapi ujan lebat masa tu. Kena stay sampai hujan reda sikit baru bergerak ke rumah pakcik akak kat Padang Jawa.

Kat rumah pakcik akak, kami dijamu dengan nasi kerabu. Wallah! Sedap. Beraya kat sana sampai Maghrib.

Lepas Maghrib akak ajak dorang pegi I-City. Sebab mak akak dah azan kat telinga akak start dari bulan puasa lagi  “Dik, jomlah pegi I-City. Mak dah mintak peta dari member mak“. Mak korang ado macam mak akak nih? Hehe..

Sampai i-City, punyelah hazab nak carik parking. Lama gak kitorang pusing tingkat-tingkat parking lot tu. Dapat jugaklah parking akhirnya. Sekali masuk bayar RM10.

Dah park kereta, kitorang pun berjalan lah tengok lampu-lampu. Akak pon first time jejak kaki kat situ. Mak akak punyelah happy dapat pegi. Sume angle dia amik gamba. Siap record video pakai handphone dia lagi. Sekali lagi nak tanye. Mak uols hado? Haha..

Happy giler mak akak dapat pegi sini.. Akak pun happy tengok dia happy.. Huhu..

Kami gerak dari Shah Alam hampir jam 11 malam. Tu pun sebab hujan dah start nak lebat. Sampai Kuala Selangor lebih kurang 11.30 malam. Ada pulak tetamu datang. Akak sempatlah masak bihun goreng untuk dorang. Pastu tak larat dah, tido la jawabnya..

Raya ketiga pulak, akak tak gi mana-mana sebab ada sedara sepupu akak nak datang beraya. So, pagi tu kitorang pegi beli barang kat Pasar Pasir Penambang. Pastu akak nampak ada aci jual cili giling. Giling kat situ jugak.. Rare!! Haha..

Raya keempat pulak, akak pegi beraya ke Sungai Choh semula. Pegi rumah geng mak akak yang kitorang tak sempat pegi masa raya pertama tu. Sebelum tu amik sepupu akak kat Batang Berjuntai. Rumah pertama yang kami singgah, ialah rumah bespren akak, Dekda. Akak kawan dengan Dekda ni dari umur 3 tahun. Masa kecik-kecik dulu, pagi-pagi lagi akak dah merayap pegi rumah dia main-main kat situ. Masa sampai tu, akak nampak Dekda dan adik dia tengah gelak-gelak tengok album lama. Dalam album tu, gamba akak pun ada. Uols nak tengok? Janji jangan gelak!!

Chanteque ke??

Teka mana satu akak? Haha.. Opkos la yang baju hijau rambut kerinting tu.. Ada kes rambut kerinting ni.. Masa tu rambut kerinting Ramlah Ram memang tengah IN. Akak pon ape lagi.. Melalak-lalak kat mak akak nak rambut kerinting, nak rambut kerinting!! Amekkaww!! Mak akak bawak pegi buat rambut. Feeling-feeling lawa hagaknye masa tu.. Tak sedar rupa sakai pun ada.. Sampai sekarang akak kena gelak dengan member-member akak!! Kah kah..

Mandi kat Templer Park

4U2C tu tiru kitorang tau.. Hak hak..

Akak berambut topi keledar..

Haaa.. Ni anak-anak alaf baru.. Anak-anak Dekda dan anak buahnya

Lepas beraya kat rumah Dekda, beraya pulak kat rumah geng mak akak sorang lagi. Kat situ, sempatlah akak jumpa jiran yang duduk sebelah rumah mak akak masa kitorang still duduk Sungai Choh. Rasanya dah tak jumpa makcik tu lebih 10 tahun dah.

Mak akak dan jiran lama – Cik No

Rumah lama akak kat Sungai Choh.. Ada orang sewa..

Lebih kurang pukul 4.30 petang, kitorang beraya pulak ke Rasa rumah sedara mara kat situ. Makan lagi…

Kitorang lepak kat Rasa, sampailah pukul 6 macam tu. Dah tu, kami bergerak balik ke Kuala Selangor semula.

Raya kelima, akak dan mak akak balik semula ke Sungai Choh sebab mak akak tak puas beraya kat sana. Akak pulak balik Kotadem. Sampai umah, mandi-mandi, terbongkang tido..

Camtula raya akak tahun ni. Hihi *malas nak buat penutup..