Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Kami check in di Noboribetsu Mohoroba Hot Spring Resort. Pemandu pelancong menasihatkan kami supaya membawa barang-barang yang minima sahaja kerana kami hanya menginap satu malam di hotel ini. Barang-barang selebihnya ditinggalkan sahaja di dalam bas. Selain tempoh menginap yang singkat, lif untuk naik ke bilik hotel pun sangat sempit. Boleh muat 4-5 orang saja satu-satu masa. Kang kalau bawak semua beg, memang berjam-jamlah nak tunggu lif untuk naik ke bilik.

Masuk saja ke bilik hotel, terus terkesima dibuatnya. Macam rumah Jepun dalam cerita Doraemon dan Atasinchi. Hehe. Tapi bilik tu tak ada katil. Hanya ada meja minum teh (kena duduk bersila) dan satu kerusi rehat. Lepas tu ada satu ruangan bertutup menyerupai almari (macam tempat Doraemon tidur). Di dalamnya ada tilam dan selimut. Ingatkan kena tidur dalam tu. Rupa-rupanya kena bawak keluar tilam tu dan tido atas lantai berlapikkan tilam.


Ingatkan bentang camni

Yang uniknya, lapik tilam tu kena sarungkan kat tilam tu macam pakai baju. Cemana ye, susah nak cakap..


Rupenya macam ni..lapik dia, disarungkan kat tilam macam pakai baju

Selain itu, kami juga dibekalkan dengan Yukata (Kimono Jepun untuk musim panas). Biasanya Yukata dibuat dari kain kapas. Satu hal nak pakai menda alah tu. Lilit-lilit je asalkan tak terburai sudah..


Kumpulan nasyid Jepun yang bakal memberi saingan sengit kepada kumpulan nasyid al-Jawaher..ni dia..al-Japanher..haha

Makan malam di hotel tersebut sangatlah best. Kaki ketam sepanjang satu kaki pun kami bedal. Saya paling suka kalau ada disediakan tempura sebab tekak saya dah tak boleh nak masuk sup,sup dan sup.


Makan secara tamak haloba

Lepas makan, ada yang ambil kesempatan untuk mandi di kolam hot spring. Saya tak join sebab malu. Huhu. Tapi dorang kata lawa giler pemandangan dalam sana. Bukan ‘pemandangan’ orang-orangnya tapi pemandangan di luar kolam. Saya berjaya meng’Google’ gambar di kolam hot spring tu. Memang cantik..


Cantekkan?

Airnya dicampurkan dengan sulfur yang disalurkan dari bekas gunung berapi Hell Valley yang terletak berdekatan dengan hotel tersebut. Jadi, airnya agak panas dan sesuai untuk melancarkan perjalanan darah. Tapi pemandu pelacong sudah menasihatkan supaya berendam tidak lebih daripada setengah jam untuk mengelakkan degupan jantung menjadi terlalu pantas dan akan mengakibatkan penyakit lain pula.

Ok, sambung Part 4

Ok, sambung balik..

Hari kedua di Hakodate. Kami bersarapan pagi di hotel saja. So, ape sangatlah yang boleh dimakan kan? Buah-buahan, cornflakes, roti, macam tu ajelah. Ade salad tapi bila tengok, dia campur dengan daging vavi..Huhu

Masa ni, salji masih turun. Apa lagi, masa ni lah nak amik-amik gambar. Pemandangan yang memutih di sekeliling hotel sangatlah mendamaikan mata memandang. Pokok-pokok yang dilitupi salji, sangat sesuai untuk dijadikan background memoyokan diri..Hee hee

Lepas dah bergambar-gambar, destinasi kami pagi itu adalah Hakodate Morning Market. Memula terfikir, hmm..jalan jejauh sampai ke Jepun, nak gi pasar je? Haha, ye saya keji. Sekali, sampai kat pasar pagi dia, macam bukan pasar. Takde air menjejeh-jejeh. Takde lecak-lecak. Bau busuk ikan sotong jauh sekali. Takde bising-bising “Ikan, ikan kak..sotong sekilo 15 ringgit..mari..mari”. Takde okeh..Pasar dia teratur je. Kalaulah pasar-pasar kat Malaysia macam ni, harus mak datin-mak datin Malaysia pegi pasar sendiri beli ikan.

Dan, kat pasar pagi Hakodate jugaklah kami semua amik gambar paling banyak. Ye, kat pasar borong Selayang tak kuasa nak amik-amik gambar kan?


Tengok harga ketam dia. 10,000 yen. 1,000 yen = RM37. Tak menangis ko nak makan?



Bersih kan? Yang basah-basah tu sebab salji cair

Lagi satu yang saya kagum, ketam-ketam dia pun berdisiplin je. Takyah nak ikat kaki ketam tu dengan getah macam kat tempat kita. Bila kita angkat baru ketam tu terkapai-kapai nak lepaskan diri. Kalau kita letak balik, dia dok diam je.

Selepas lebih kurang sejam di pasar pagi, destinasi seterusnya adalah Tasik Onuma. Perjalanan memakan masa 3 jam. Dengan keadaan jalan yang licin, pemandu bas terpaksa memandu bas dengan perlahan dan berhati-hati. Tapi yelah, dia dah biasa kan, so takde masalah sangat.

Welcome to Onuma Park


Cantek kan?


Kontrol macho padahal sejuk nak mampos

Masa untuk mempoyokan diri

Kami makan tengahari di Friendly Bear Restaurant. Sebelum tu, sempat juga bergambar kenangan kumpulan.

Bergambar kenangan satu group

Makan time..makan bersila

Lepas puas bergambar-gambar dan membeli souvenir di Tasik Onuma, kami meneruskan perjalanan ke Noboribetsu dan akan tidur satu malam di Noboribetsu Mohoroba Hot Spring Resort. Sepatutnya sebelum check in hotel, kami akan melawat Jigokudani atau lebih dikenali Hell Valley (bekas gunung berapi) terlebih dahulu. Tapi, dah lewat sangat, jadi lawatan kami akan ditangguhkan ke keesokan harinya.

Sambung Part 3. Penat menaip..