Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Gitteww… Badan cergas, otak cerdas katanya. Cemana nak cergas, dah gemuk. Naik tangga tingkat 3 pun dah termengah-mengah. So, apa kata kita pegi gym!

So, saya pun register gym True Fitness yang dekat dengan rumah saya kat Sunway Giza tu. Bulan-bulan bayar RM175 dan untuk Personal Trainer, saya bayar RM120 satu sesi. Tak kurus jugak lepas ni tatau la.. Oleh kerana gym ni dekat dengan rumah, saya rajin la jugak pegi gym. Seminggu 3 kali macam tu. Lagipun, selain saya, hosmet saya dua orang tu pun join sekali. So, takdelah pegi sorang-sorang.

Kadang-kadang saya join jugak kelas-kelas menari yang ada. Hip hop la. Body combat. Body balance. Nampak macam enjoy je, padahal boleh tahan hazab jugak seksa dia. Kalau training dengan Personal Trainer, memang masak la! Dia dera macam-macam.

Bersedia untuk bersenam. Yeahhh!!

Berat saya sebelum pegi gym, 58kg! *Ni badak ke orang? Hiks. Berat idaman saya dan memang ideal untuk ketinggian saya ialah 53kg. Huiii.. Macam 5 kilo beras yang nak dikurangkan. Harapnya bulan puasa ni bolehlah membantu sikit. Padahal siang malam membedal nasik. Berangan la ko di situ Suzilah!

Ni Personal Trainer I.. Jambu tak? Wakakaka.. Syahir nama dia..

Tujuan kitorang amik Personal Trainer sekali bukan saja-saja nak abeskan duit. Bila kita pakai Personal Trainer, dorang tau latihan mana yang sesuai untuk kita nak turunkan bahagian-bahagian tertentu badan kita. Bukan main lari-lari kat treadmill je. Ataupun suka-suki angkat berat. Kalau angkat berat tu, dorang akan bagitau, part mana yang patut sakit. Kalau kita main pandai-pandai sendiri je, mungkin yang patut sakit adalah lengan belah atas. Ni kita sakit lengan sebelah bawah. Kan dah salah. Boleh mendatangkan bahaya gak. Takut-takut otot lain yang cedera. Wah promote gitu.. Huhu..

Bulan puasa ni saya stop kejaplah tapi Syahir ada gak soh datang. Dia cakap training bulan puasa lain sikit. Takdelah berat macam bulan tak puasa. Tengokla, kalau naik bendera merah nanti, saya pegila jugak..

Satu perubahan yang saya rasa lepas dah pegi gym ni, saya naik tangga umah saya di tingkat 3, takdela termengah-mengah macam musafir di padang pasir dah. Kira rileks jugaklah. Lepas tu, saya dah boleh buat sit up 20 kali tanpa henti. Kalau dulu, nak angkat vontots pun mak tak larat okeh. Harap-harapnya impian saya nak turun 5kg akan tercapai. Aminn…