Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Sorry uols!! Dah lebih dua bulan, barulah terhegeh-hegeh macam penagih nak sambung balik cerita trip ke Hong Kong hari tu. Heehee.. Biasalah, faktor usia.. Untuk membaca siri yang lepas, sila klik sini (Day 1 : Part 1).

Ok, sambung.. Sebelum tu, mehla kita belajar Geografi Hong Kong sikit ye..

Klik sini untuk tumbesaran gambar

Apa yang kita boleh tengok kat peta ni, Hong Kong sebenarnya terdiri daripada Hong Kong Island, New Territories dan juga Kowloon selain daripada ratusan pulau lain yang mana pulau terbesar ialah Lantau Island.

Airport pulak terletak di Chek Lap Kok, berdekatan dengan Lantau Island. So, sebaik saja sampai ke Hong Kong, kami dibawa ke Prudential Hong Kong (IFC Hong Kong) yang terletak di kawasan Central, Hong Kong Island.

Lepas dah melawat Prudential Hong Kong, kami dibawa pula ke Masjid Ammar di Wan Chai. Masih terletak di Hong Kong Island.

Selepas solat, kami dibawa pula ke satu tempat yang sangat menarik di Hong Kong. Di mana? Tunggu…..

Dalam perjalanan ke situ, akak nampak pasar malam Kat Hong Kong, meriah sangat. Best pulak nampaknya..

Tak lupa juga bangunan pencakar langit dan sistem pengangkutan..

Tak lama tu, sampailah kami tempat istimewa tersebut. Mana lagi kalau bukan Avenue of Stars! Avenue of Stars terletak di sepanjang Victoria Harbour di Tsim Sha Tsui, Kowloon. Ia dibina dengan mengambil contoh dari Hollywood Walk of Fame sebagai penghargaan kepada bintang-bintang terkenal dari dunia Industri Perfileman Hong Kong. Di sini, pelbagai pose yang tak ingin dilihat dapat disaksikan.. Haha.. Lets!

Dari Avenue of Stars ni, kita boleh nampak bangunan-bangunan pencakar langit di Hong Kong yang terletak di Hong Kong Island termasuklah Prudential Hong Kong di dalam bangunan IFC Hong Kong. Eh beghape punye banyak Hong Kong daa… Huhu.. Kira opposite jela dari Victoria Harbour tu. Kalau kita nak ke seberang Hong Kong Island tu, selain naik bas, MTR dan teksi, kita boleh jugak naik feri.

Sume pun berduyyyuun tiba nak berpoyosing di Avenue of Stars

Chanteekkkk ke kau nak berposing camni ha??!!

Nak jugaaakkkk…

Feri

Feri laju

Tongkang! Yeayyy!! Tercapai jugak hasrat akak tengok tongkang depan mata. Kekecik dulu selalu tengok dalam kamus bergambar je.. Hiks!

Cubaan membuat aski Gwiyomi. Lempang nak?

Haa.. macam biasa, marilah kita saksikan tapak tangan artis-artis terkenal Hong Kong. Akak amik gamba artis yang akak kenal je..

Jackie Chan

Eh! Dato Michele Yeoh pun ada

Bruce Lee, Chow Yun Fat, Jet Li, Stephen Chow

Bruce Lee

Ni dah macam harimau

Eh! Vavi pun ada??!!

Kami diberi masa tak lama sangat kat situ. Oleh kerana asyik berpoyosing, nyaris akak nak kena tinggal bas. Cepat-cepat lari kat tempat bas menunggu. Tapi sebelum tu, sempat lagi snap 2-3 gambo.. Kih kih!

Tetaappp!!!!

Tak masuk pun dalam Sogo ni..

So, kami bergerak dari Avenue of Stars lebih kurang jam 7.10 malam. Destinasi berikutnya adalah.. MAKAN! Laparrrr dah wehh…

Sampai kat restoran – India Club lebih kurang pukul 7.30 malam. Macam biasa, ada Gala Dinner, ucapan alu-aluan dari Mr. Muthu – Head of Agency dan sedikit sambutan Hari Jadi untuk agent-agent yang lahir dalam bulan Mei. Termasuk akak la tu.. Kui..kui..

Makanan dihidang secara buffet

Masing-masing kelaparannn

Happy birthday to us..

Cubaan menutup dagu tapi hujung jari akak hilang dalam dagu. How???!!!!

Dah selesai majlis, barulah kami dibawa ke hotel. Kami menginap di Hotel Panda yang terletak di Tsuen Wan, New Territories..

Sampai hotel dalam pukul 9.30 malam. Fuh!! Memang penat berjalan seharian.. Jom tengok apa rupa Panda Hotel ni..

Takde panda pun! Tunggu next entry akak bawakan panda untuk tatapan uols! Ni pulak view dari tingkap bilik hotel akak..

Ok, sehingga bertemu di next entry.. Adios!