Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Pheww!!! Penat betul badan nyawa. Semalam, saya berjalan merata tempat dalam satu hari.

Pagi-pagi dalam pukul 7, rakan saya Ammal dah kutip saya di rumah. Singgah sarapan di RnR Sungai Buloh dan terus bertolak ke Perak. Ammal minta saya menemankan dia ke rumah saudaranya di Kuala Kangsar. Ammal memandu dan saya melayannya berborak dan bergosip liar. Keadaan berjerebu sampaikan pemandangan Lata Kijang yang biasanya sangat cantik, hanya nampak sipi-sipi sahaja. Kabur dan kabus!

Sampai di Kuala Kangsar lebih kurang jam 10.30 pagi. Selepas urusan Ammal selesai, kami singgah makan di tepi Sungai Perak, di Bandar Kuala Kangsar. Makan ikan bakar dan ulam-ulaman. Sempat juga saya ambil gambar orang yang sedang memancing di sungai ini.

ch1
Orang tengah memancing

ch2
Dari dalam kereta

Dari Kuala Kangsar, kami bergerak balik ke KL lebih kurang 1.30 petang. Ammal memberi cadangan supaya kami naik ke Cameron Highlands. Yelah, alang-alang dah lalu situ kan. Kami naik ke Cameron Highlands tak naik melalui Tapah, sebaliknya melalui Simpang Pulai. Kali ini saya mengambil giliran memandu.Kali terakhir saya ke Cameron Highlands pada tahun 2005, bersama-sama Ammal juga dan Bakal-Roomate-Tak-Jadi. Huhu…

Alhamdulillah, jalan melalui Simpang Pulai agak besar. Keadaan jalan cantik dan baru. 3 lane. Tidak seperti melalui Tapah yang agak sempit dan curam. Sekiranya kita ke Cameron Highlands melalui Tapah, kita akan sampai ke Ringlet, Tanah Rata,  Brinchang dan seterusnya puncak Cameron Highland iaitu Kampung Raja. Biasanya mengambil masa sehingga 2 jam untuk sampai ke Tanah Rata kerana keadaan jalan yang sempit dan sekiranya banyak kereta yang ingin naik, mungkin lebih lama. Tetapi sekiranya melalui Simpang Pulai, kita akan sampai ke puncak Cameroh Highlands dulu iaitu Kampung Raja diikuti dengan Brinchang, Tanah Rata dan kemudian barulah ke Ringlet.

Kami sempat singgah ke gerai-gerai tepi jalan yang sememangnya menawarkan hasil tani seperti strawberry, limau, jagung madu dan bermacam-macam lagi dengan harga yang murah. Ammal memborong sakan dengan kaktus, jagung madu, bunga-bunga, limau, berkotak-kotak strawberry yang dijerukkan.

Selepas tangan dah naik lenguh, kami bergerak turun untuk singgah ke ladang teh yang terkenal iaitu Bharat Tea Cameron Highlands. Di sini, ada cafe yang menyediakan segala macam jenis teh daripada yang asli, teh tarik sehingga teh yang dicampur dengan perisa Blackcurrant, Strawberry, Lemon dan sebagainya. Saya cuma beli teh yang berperisa Blackcurrant dan Green Tea untuk kakak saya. Mak saya tak minum teh. Dia hantu kopi. Hiks!

Di ladang teh tu, sesi mengambil gambar (aktiviti wajib) berlatarbelakangkan ladang teh yang saujana mata memandang dilakukan terlebih dahulu…Enjoice!!!

ch3
Gambar terselit kat pokok mesti ada..

ch4
Ammal nak meniru aksi terselit kat pokok

ch5
Lihat perutku..ramping kan?? Terima kasih Tummy Trim…Ahaks..

ch6
Saya masih single..nak berkenalan, sila hubungi Ujie untuk mintak no telefon..:D

ch7
Pak Gad Nepal telah didera untuk ambil gambar kami..

Selepas sesi bergambar, kami pun bergerak turun. Kali ini terpaksa melalui Tapah. Jalan yang memang sempit ditambah dengan lori dan bas yang selamba badak dipandu laju, saya beberapa kali ter’opocot’ sebab terkejut dorang nak masuk lane saya. Masa turun pun, saya mengoffer diri untuk drive sebab saya tau, kalau saya yang duduk di bahagian penumpang saya akan pening dan rasa nak muntah. Kesian Ammal, sampai tetido-tido sebab pening dan mual. Hee hee…

Sampai di RnR Tapah, kami bertukar tempat. Ammal memandu hingga sampai ke rumah semula. So, inilah saja karangan saya pada hari ini. Dari Kuala Lumpur-Kuala Kangsar-Cameron Highlands-Kuala Lumpur dalam satu hari. Ad hoc plan!

One Comment

  1. salha
    10:38 am on June 18th, 2009

    cantik2 gamba u…