Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Kami mulakan hari kedua di Paris dengan bersarapan pagi. Saya amik cereal je. Yelah, benda lain mana boleh nak dimakan. Ada jugak disediakan bubur tapi daripada was-was, baik tak payah amik, kan?

Balik-balik, muka ni ajelah yang ada dalam kamera saya

Sementara tunggu bas sampai, kami mengambil kesempatan bergambar di sekitar hotel.

Di bahagian belakang hotel

Kumpulan Etnik Tradisional Paris. πŸ˜€

Dengan lori pun jadi

Ni lah rupa hotel kami menginap

Selepas bersarapan, aktiviti pertama lawatan kami pada pagi itu ialah menyusuri Sungai Seine dengan menaiki cruise. Di sepanjang sungai ini, kami dapat melihat dan mengetahui sejarah, kebudayaan dan keindahan Paris kerana di persisiran sungai inilah terletaknya Eifel Tower, Notre Dame, Arch de Triomphe, muzium, hotel-hotel dan sekian banyak lagi bangunan-bangunan bersejarah di Paris. Perjalanan dengan cruise ini mengambil masa sekitar 70 minit.

Kami menaiki cruise di jeti Bateaux Mouches dan tiketnya, saya tak pasti sebab semua dah disediakan.

Eifel Tower dari jeti

Naik-naik je, kena amik gamba dulu

Management team PruBSN Takaful yang turut serta

Kompius dengan aksi sendiri

Ini teket

Nama bangunan ni Gare d’Orsay. Dulu stesen keretapi. Bila dah tak dijadikan stesen keretapi lagi pada tahun 1939, bangunan ni jadi tempat parking. Pernah jugak jadi lokasi penggambaran, pusat teater dan pusat penerimaan banduan perang. Tapi akhirnya sekarang dah jadi muzium

Weeeehooooo!!!

Cubaan memegang Eifel Tower secara ghaib

Waktu siang macam besi buruk je rupa dia

Tangah azan

Selepas menaiki cruise, kami dibawa ke sebuah dataran untuk bergambar kumpulan yang mana di dataran tersebut, Eifel Tower dapat dilihat dengan jelas. Dalam perjalanan ke sana, pemandu pelancong kami menunjukkan lokasi terowong di mana Puteri Diana dan Dodi al-Fayed menemui ajal dalam kemalangan apabila dikejar oleh paparazi.

Terowong lokasi kejadian. Sebenarnya terowong ni pendek je. Sebab boleh nampak hujung ke hujung, kan? Tapi yelah, benda dah nak jadi..

Eifel Tower yang kelihatan macam dekat sangat dari dataran tu. Padahal kalau jalan kaki tu, jauh jugak jaraknya

Satu euro, 5 bijik..Minah ni mungkin dia tak panggil Fatimah atau Normah, tapi dia panggil Oshin kot. Haha

Penuh kaum dia aje

Orang tengah beratur nak naik Eifel Tower. Mujur kami pergi sebelah malam

Penuh gila

Selepas bergambar di dataran tersebut, kami dibawa makan tengahari. Sempatlah saya mengambil beberapa gambar di sepanjang perjalanan dari dalam bas

Bas kami melintas je bawah Eifel Tower ni

Lawa je tempat tunggu teksi dia

Ni rupa apartment kat sana. Tapi kebanyakannya, memang tutup je tingkap dorang. Sejuk kot

Parking basikal. Yang tepi basikal tu, charger basikal

Stesen Metro a.k.a LRT

Akhirnya, kami sampai di New Jawad Restaurant. Kalau malamnya kami makan di Old Jawad, siangnya pulak di New Jawad. Agaknya adik beradik macam Alam Maju, Ali Maju, Awwal Maju kot. Motifff sangat..

Yang macam samosa ni, masin nauzubillah. Agaknya memang dorang ni jenis makan masin-masin. Yang sebelah tu, haruslah ayam tandoori

Yang ni memang pelik. Salad bawang. Memang semata-mata bawang besar, cili hijau dengan limau. Kau mampu makan macam ni kat KL?

Tatau la nak cakap kari ke ape..

Telur kari

Aiskrim yang berperisa halia, serai dan entah. Tak boleh masuk tekak. Yang sebelah macam kuih lopes tu, manisan kot. Tak lalu gak nak makan

Jejaka-jejaka Terlampau

Pole dance kah? Keji!

Best je tengok dorang naik benda alah ni. Pakai bateri

Lepas makan, sekali lagi kami berhenti untuk berposing. Kali ni diLes Invalides.

Berlatarbelakangkan Bangunan Les Invalides yang dibina pada tahun 1679. Bangunan ini terdiri daripada kompleks muzium dan monumen yang berkaitan dengan sejarah ketenteraan, hospital dan rumah untuk pesara tentera

Bersama tourist guide -Bannon

Yang ni saya amik dari dalam bas je

Selepas bergambar sekitar Les Invalides, kami dibawa membeli belah di pusat bandar. Saya beli souvenir je. Kami juga dibenarkan untuk lepak minum di cafe. Minum di cafe-cafe di Paris ada beberapa cara dan harga. Misalnya, kalau kita beli minuman dan tidak minum di cafe, harga minuman tu murah sikit. Mungkin sekitar 1-2 euro. Kalau kita minum di cafe, tapi tak duduk, hanya berdiri di kaunter, lain pulak harga. Kalau minum dan duduk, mahal sikit sebab ada pelayan yang datang ke meja untuk ambil pesanan. Harga mungkin dalam 7 euro.

Dalam bangunan ni banyak jual souvenir dan kraftangan

Antara cafe di Kota Paris. Cool kan?

Nak jugak amik gambo ngan basikal

Kat escalator stesen keretapi bawah tanah – Metro

Panggung wayang

Hanjeng dia macam serigala

Bersama minah-minah Peranchis

Ni salah satu pintu masuk apartment kat Paris.

Bayangkan kiri kanannya adalah kedai-kedai. Lepas tu tetiba ada pintu macam ni. Kat tepi pintu tu ada button untuk tekan nombor pin untuk masuk. Saya sempat mengintai bila dorang masuk. Nampak ada ruang yang luas dan terbuka kat sebelah dalam. Mungkin dalam tu ada lif untuk naik ke tingkat atas. Macam selalu dalam cerita-cerita omputeh tu

Lepas dah membeli belah tu, kami dibawa pula melawat ke Louvre Museum. Di sini terletaknya Glass Pyramid yang menjadi pintu masuk utama muzium. Glass Pyramid ini dibina oleh arkitek Amerika tersohor iaitu I.M. Pei. Idea pembinaan Glass Pyramid ini adalah supaya cahaya matahari menembusi ruang bawah tanah muzium tersebut.

Ni ruang bawah tanah yang menempatkan laluan pejalan kaki

Glass Pyramid

Louvre Museum

Pintu masuk utama

Handsome tak pakwe France I?

Selepas lebih kurang setengah jam di Louvre Museum, kami dibawa melawat Place Charles de Gaulle. Ia merupakan persimpangan jalan yang besar dan merupakan titik pertemuan dua belas jalan di sekitar Paris.

Beca moden

Ha, nilah rupa charger basikal tu

Mesin ni adalah mesin bayaran untuk parking basikal

Lebih kurang jam 7.30 malam kami dibawa makan malam di La Table Libanais, restoran yang menyediakan makanan Lebanon. Macam-macam rupa makanan yang ada kat sini. Rupa tempoyak ada, rupa sambal belacan ada. Rasa pun pelik-pelik je

Tengokla rupa dia. Nak terangkan rasa dia pun tatau cemana

Dalam banyak-banyak benda dalam pinggan ni, sate kambing (tatau nama) ni jelah yang sedap

Pencuci mulut ni tatau la apa namanye. Agak manis

Saya bukan tak bersyukur dengan makanan-makanan yang dihidangkan, tapi yelah, ada makanan yang kita boleh terima, ada yang tak boleh. Bukan berniat nak membazir, tapi memang tak masuk. Tekak Melayu. Balik hotel malam tu, saya belasah makan Maggi. Keh keh

Lepas makan, balik hotel dan tido….. Besoknya, hari last di Paris dan sebelah petang akan ke London pulak. Nantikan update seterusnya lapan tahun lagi. Hiks

4 Comments

  1. Haniamieyra
    10:43 am on March 24th, 2011

    Sila bagi aku muntah asyik tgk pic perempuan ituhh.

    Haha mode jelesi.

    Btw, nice pic and macam baca majalah pelancongan

  2. Ujie
    10:46 am on March 24th, 2011

    Hahaha… ada aku kesah??? hihi

  3. ainul
    2:36 pm on April 11th, 2013

    pencuci mulut tu bakhlava…mmg manis
    yang kuah di atas tu hummus…

  4. Ujie
    7:46 pm on April 25th, 2013

    Oo ye ke. Lupa nama dia. Hehe