Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Sempena muka masuk sokkabar sebab suka membaca katanya kan (ptuii!!)..So, saya dengan cargasnya membeli Koleksi Buku Bacalah Sayang (nama lama dia Tidurlah Intan) apabila dioffer oleh member saya Encik Iwan. Harga yang Encik Iwan jual ialah RM80. Kalau harga pasaran pulak ialah RM180. so, memang berbaloi-baloi!

Sape kecik-kecik dulu pernah baca buku Tidurlah Intan ni? Rasanya sume pernah baca kot. Koleksi Tidurlah Intan ni diterbitkan oleh DBP melalui anak syarikatnya Dawama. Cover dia tak silap saya kaler biru, pastu ada budak pompuan ngan mak dia atas katil tengah pegang buku cerita. Pastu ada tingkap terbukak nampak bulan ngan bintang. Ni kalau tak silap la..

So untuk versi baru ni, cover dia dah jadi lain. Dalam satu set tu, ada 12 jilid buku yang mengandungi cerita moden, cerita klasik, puisi, teka-teki dan lagu. Best jugak mengimbau kenangan lama ni. Kalau dulu-dulu, memang tak mampu la nak beli. Kita bukannya orang senang. Dok pinjam je lah kat perpustakaan sekolah. So, sekarang masa untuk membalas dendam. Kalau boring-boring baca novel Ramlee Awang Murshid, bolehla saya mengadap buku cerita kanak-kanak ni pulak.

Koleksi Ceritalah Lagi pun best. Tu saing-saing dengan Tidurlah Intan la tu. Haii.. Andai dapat ku undurkan masa, kan bagus. Nak kompol sume-sume buku yang lama. Cakap pasal benda-benda lama ni, saya ada simpan lagi baju saya masa darjah satu dulu. Baju gaun corak petak-petak. Elok lagi. Nasib baik tak muat. Kalo tak, haruslah mak pakai, uols! Nanti saya nak buat entry pasal baju tu..

Ok, berbalik pada Koleksi Bacalah Sayang ni, ni la rupa bentuk dia. Saya malas nak amik gamba buku saya. Saya Google je.

So, kalo korang nak buat koleksi gak, bolehla contact saya. Nanti saya bagitau Encik Iwan. Stok adalah terhad. First come, first serve okeh..

8 Comments

  1. nak beli,nak beli… brape harganyaaa…?

  2. eh,, silap.. mcm mana cara nak belinye…

  3. auntie anis
    8:57 pm on October 9th, 2011

    ada lg ke stok dgn harga yg begitu? klu ada nak gek..

  4. Ujie
    12:23 am on October 10th, 2011

    Ada satu set lg.. Bolehla kalo nak..

  5. hanna
    5:09 pm on April 10th, 2012

    nak tanye, buku ni ade lagi tak?sangat berminat. TQ!

  6. shangker
    3:09 pm on February 13th, 2013

    nak beli satu set

  7. noor azreen
    11:56 am on June 9th, 2013

    salam, nak satu set… anak tgh suka membaca ni.. ada lg tak?

  8. Jazman
    1:41 am on September 5th, 2021

    Kalau saya nak mintak cik kongsi dengan saya kisah sebiji epal emas boleh tak…