Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Sambungan dari Jejak Kembara Tanah Rencong : Episod 1

Kami tiba di Pelabuhan Balohan, Sabang jam 4 petang. Macam biasa gak, mesti ada yang approach punye. Ada sorang mamat ni persistent sangat mengekor Syahir. So, mamat ni berjaya menawan hati kami untuk memilih beliau. Pram namanya. Kami minta dia hantar ke Pantai Iboih, salah satu pantai yang terdapat di Pulau Weh selain Pantai Gapang. Bila tengok keadaan van yang bakal kami naiki tu, agak kecut perut gakla. Dalam van tu dah ada sorang makcik dan seorang lelaki lain.

Peta Pulau Weh, Sabang

Opss sebelum terlupa, sebenarnya di kalangan pelancong sahaja Sabang ni dikenali sebagai Pulau Weh manakala bagi rakyat tempatan, ia dikenali sebagai Sabang. Pulau Weh ke, Sabang ke, sebenarnya merujuk kepada pulau yang sama.

Yeay! Sampai akhirnya..

Kat Sabang ni kes malaria masih tinggi

Haa.. Tak reti-reti?

Dalam perjalanan ke Iboih (nampak tak dalam peta tu?), sempatlah Pram berhenti isi minyak kejap. Harga seliter Rp4,500 atau RM1.50.

Isi minyak jap

Pastu bila sampai kat satu tempat tu,  kami boleh nampak laut yang terbentang luas kat sebelah bawah. Cantik gilerrr pemandangan. Pram berhenti lagi untuk kami ambil gambar. Saya pulak gatal turun jauh sikit dari van. Kononnya nak amik view lagi cantiklah. Nyaris nak kena kejar dengan beruk. Yang si Syahir, hangen je menengok perangai saya. Haha..Sorry bro!

Lawa sangat..

Uzur dah pintunya

Masing-masing muka dah penat. Lapar plak tuh

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 45 minit dari pelabuhan Sabang ke Iboih saya rasa macam tak sampai-sampai. Kejap-kejap saya tanya Pram berapa lama lagi nak sampai. Rupa-rupanya dia terlebih dahulu nak hantar makcik yang sorang tu dengan lelaki tu ke satu kampung. Agak mengerikan jugaklah keadaan jalan nak masuk ke kampung tu. Bukan jalan tar okeh! Cuma serpihan batu-bata pecah yang ditabur menjadi jalan. Curam pulak tuh. Bila van kami melalui atas serpihan batu tu, saya tanya kat Pram tu. Tayar van dia tak bocor ke? Tajam kot.. Dia kata tak pecah pun. Terer gile! Kalau keta saya agaknya tetiap minggu kena tukar tayar.

Cer tengok jalan dia

Sepanjang perjalanan tu, kiri kanan kami dipenuhi dengan hutan sekunder yang tak berapa tebal. Lopak air hujan bertakung sana sini. Nampak jugaklah kambing dan lembu berjalan-jalan waktu petang. Ayam itik pun ada. Memang damai je rasa. Saya tak berapa sure nama kampung tu. Tak silap saya, Ujung Kareung camtula lebih kurang bunyinya.

Bebek atau itik

Dalam kampung tu kelihatan banyak pondok besar yang berbumbungkan atap nipah. Rupanya itu adalah tempat dorang membuat batu-bata. Kiranya kalau kat Malaysia ni kilang batu-bata lah..

Tempat bikin batu-bata

Lepas keluar dari kawasan kampung tu, kitorang lalu pekan kecik. Nampak budak-budak tengah main, balik sekolah dan sebagainya. Kat situ gak banyak saya nampak surau/masjid dan pesantren. Dorang kat sana mungkin lebih kepada sekolah agama kot.

Selepas menempuh 1 jam lebih perjalanan, fuh akhirnya kami tiba di Pantai Iboih hampir jam 6 petang. Mak aii lawanya engkau… Laut membiru terbentang dan pulau-pulau hijau menghiasinya sebagai latarbelakang. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Alhamdulillah cuaca elok, tak hujan. Sempatlah amik gamba sana sini. Posing atas bot bagai sementara menunggu Syahir menguruskan chalet.

Subhanallah!

Bot-bot tengah parking

Kedai runcit dan cenderahati

Kami memilih untuk menyewa di di Jelita Bungalows. Yang bestnya, bilik kami ni bebetul menghadap pantai. Best..

Jelita ke kau nak dok sini??

Kami ambil dua bilik bersebelahan yang berharga Rp250,000 satu malam. So, dua bilik Rp500,000 atau RM170.

Jelita ke uols? Puii!! Ni la rupa banglo kami. Haha banglo la sangat..Bilik kami hujung sekali sebelah kiri. Bilik Syahir tengah-tengah

Dalam setiap bilik ada sebuah katil besar, TV, aircond (bilik Syahir pakai kipas), bilik air, water dispenser. Kira lengkap dan murahla. Siap ada disediakan sejadah lagi. Tapi yang sedikit keji, takde sabun! Motippppppp???!!!

Katil queen. Motip tema cadar pun ikan lumba-lumba..

Bila dah boleh masuk bilik, teruslah saya dan Suzana naik ke atas bilik nak mandi dan bersolat. Saya nampak Syahir masih di bawah tengah berborak dengan beberapa orang lelaki.

Sambil-sambil mandi (tanpa bersabun), Syahir datang  ketuk bilik kami. Dia nak ajak ikut brader tadi tu pegi memancing. Memula macam malas sebab nanti kesian dorang nak tunggu kami nak bersiap la hape. Lagipun takut dorang lama nak memancing tu. Tapi dorang kata kejap je. Pukul 7 pegi, pukul 8 malam kang baliklah. Lepas dengar janji manismu itu, so lepas bersiap solat sume, kitorang pun turun.

Nak ke lokasi memancing tu kena naik bot. Wahhh!! Asyik bangat pabila wajahku dipuput bayu laut sambil melihat kocakan air laut beralun-alun. Hak hak.. Klasik gitu. Matahari pun dah nak terbenam. Tinggal sipi-sipi je lagi nak gelap.

Peace..

Redho kena ikut memancing

Feeling tengah buat video klipkah?

Tekong – Abang Rahmad

Mentari merah di ufuk timur..eh barat..

Damai dan mendamaikan

Hero Pulau Weh

Lepas bot bergerak lebih kurang 200-300 meter dari pantai, bot berhenti dan sauh pun dilabuhkan. Ohh, lupa nak bagitau. Kami ni menumpang 3 orang lelaki yang Syahir dok bersembang kat bawah tadi tu lah pegi memancing. Yang mengemudi bot tu namanya Abang Rahmad. Dia lah yang paling terror memancing. Dua orang lagi tak ingat pulak namanya. Salah seorang tu (baju merah), tuan punya diving centre kat situ, tapi dia bagitau dia pekerja je. Yelah tu..

Abang Rahmad memancing tak pakai pancing pun. Dia sumbat je umpan kat mata kail, turunkan tali tangsi, nah!! Hambek ko selamba ikan diangkat naik ke bot satu persatu. Ikan kerapu, ikan apetah lagi saya tatau nama. Merah menyala kaler dia. Sambil memancing kami ditemani dengan alunan lagu dalam bahasa Acheh yang dipasang di henpon brader baju merah. Dorang mintak dengar lagu Malaysia tapi sorrylah uols. Dalam henpon weols sume lagu Omputeh.. *larikkk..

Kau mampooo? Kata Abang Rahmad di dalam hati

Tak lama lepas tu, Suzana pulak nak try. Memula macam susah nak dapat. Sekali dah dapat, terus 5 ekor ikan yang pompuan tu dapat naikkan. Lepas seko, seko.. Dapat je ikan, terus amik gambar. Bukti bahawa beliau adalah protege nelayan yang baru! Kah kah!

Ikan pertama

Ikan kelima

Saya tak kuasa nak mengail-ngail ni. Ahkak pose-pose pegang kamera je. Syahir pun ada try jugak, tapi sekor ikan pun tak lekat. So, kami membuat tuduhan bahawa semua ikan yang ada dalam laut tu ikan jantan! Sebab tu dia nak kat Suzana je. Hik hik..

Geli sebab cara nak pegang ikan tu, kena pegang kat mata dia. Saya dapat rasa mata dia bergerak-gerak..

Berlakon pegang ikan bolehla

Hasil tangkapan

So, memula tadi janji manismu pukul 7-8 malam je kan? Lepas Suzana dah galak sangat memancing, akhirnya jam 9 malam baru kami bergerak balik ke pantai. Perut dah berkeroncong sebab dalam feri tadi kami hanya makan kuih dan minum air je. Sesampai semula ke pantai, Abang Rahmad tanya nak makan ke. Ofkos lah nak tapi kami nak mandi-mandi dulu. Abang Rahmad pun nak balik dulu rumah dia. So, kami berjanji jumpa semula lepas setengah jam.

Sebelum naik ke bilik, kami singgah dulu beli sabun dan makanan apa-apa yang patut kat kedai runcit yang ada kat situ. Mamat yang jaga kedai tu pernah duduk kat Bangsar selama 10 tahun. So, cakap orang KL la dia. Kellasss ko kan?

Lepas tu terus kami naik untuk mandi semula (bersabun!!) dan siap bersolat semua. Saya dah siap dulu dan terus lepak kat beranda. Tak lama lepas tu Abang Rahmad pun sampai. Dia join saya lepak dan seperti mamarazi saya pun bersembang dengan dia dan bertanyakan kisah tsunami yang berlaku lapan tahun lepas…

* Mainkan lagu Ombak Rindu please….

Masa kejadian tsunami, umur abang berapa? *sambil pegang pen dan buku nota.. Haha gila, takdelah..ingat wartawan ke..

–> Umur Bang Rahmad masa tu 28 tahun

Ada keluarga yang terlibat?

–> Ada, adik saya seorang bidan dan mamak (ibu) saya. Adik saya hilang terus tak dapat dikesan. Mamak pula saya berjaya temui selepas puas mencari dalam timbunan mayat-mayat lain. Bapa saya Alhamdulillah selamat kerana sempat berpaut pada buah kelapa selepas dinaikkan oleh ombak tsunami sehingga sampai ke puncak pokok kelapa..

Abang Rahmad menyambung lagi…

–> Masa kejadian, Bang Rahmad dengar orang riuh rendah beritahu air laut naik. Bang Rahmad bilang sama mamak supaya pergi menyelamatkan diri ke Rumah Acheh (mungkin tempat ni tinggi kot). Entah bagaimana mamak boleh ditimpa musibah. Mungkin dia cuba nak menyelamatkan orang lain. Bang Rahmad ketika itu, sempat berpaut pada tiang rumah dan air naik sangat cepat. Akhirnya terpaksa naik ke atas bumbung. Bang Rahmad cubit-cubit pipi. Mimpikah aku ni? Terasa sakit bila dicubit. Bang Rahmad tarik-tarik pula telinga. Sakit juga. Ini bukan mimpi nihh…

Sayu je saya dengar masa tu..

–> Akhirnya selepas air agak surut, kami mulai mencari saudara masing-masing. Kami berhati-hati berjalan sebab takut terpijak mayat. Kebanyakannya semua bertelanjang. Selepas beberapa jam mencari, akhirnya Bang Rahmad jumpa mamak Bang Rahmad. Ketika itu air masih di paras dada. Jadinya Bang Rahmad pegang tangan mamak dan peluk badannya sambil menarik mayatnya mengharung air. Mujur juga ada air, kalau tidak harus dikendong.

Di Sabang ni terkena tsunami tak?

–> Ada juga tetapi tidak seteruk di Banda Acheh kerana di sini lautnya dihalang dengan pulau-pulau.

Hmm.. macam tulah lebih kurang perbualan saya dengan Bang Rahmad. Walaupun tragedi yang meragut ratusan ribu nyawa tu sudah berlalu lapan tahun lalu, saya percaya kenangan itu tak mungkin dapat dilupakan dalam lipatan kenangan beliau. Oh ya, ayah Abang Rahmad pula meninggal 4 tahun selepas tragedi tsunami kerana dipercayaai terminum air laut yang dah bercampur dengan sulfur gunung berapi yang meletus bawah laut tu. Menurut Abang Rahmad, kebanyakan yang ditemui selamat semasa tragedi tsunami tu, ada yang meninggal dua hari kemudian dan ada juga yang meninggal seminggu kemudian. Kebanyakannya sebab terminum air laut yang dah beracun tu selain disebabkan oleh ajal yang memang sudah dijanjikan tiba.

Selepas dah berborak, kami pun terhegeh-hegehlah nak pegi makan malam. Masa tu dah pukul 10 malam. Ni bukan makan malam lagi dah. Kira supper dah ni. Kami ingatkan kena jalan kaki ke, naik kereta ke. Sekali, naik moto daaa… Syahir naik dengan brader tuan punye diving centre manakala saya dan Suzana membonceng Abang Rahmad. Gila kau naik moto 3 orang! Sayalah yang jadi mangsa duduk kat tengah-tengah. Hahaha gila jadi minah rempit. Kelakar pon iye. Macam katun..

Mat rempit Syahir

Minah rempit. Hahaha..

Kedai makan yang dorang bawak kitorang tu terletak di Gapang, lebih kurang satu kilometer dari tempat penginapan kami. Jalannya pulak memang turun naik bukit. Dahla gelap gulita. Sejuk pulak tu. Belasah je lah..

Warkop atau Warong Kopi Naguna

Kami sampai, lauk pun dah tak banyak yang tinggal. Maklumlah dah pukul 10 kan. Kami ambil nasi berlaukkan ikan goreng dan ayam. Lepas makan nasik, belasah pulak makan pisang salai. Total harga makanan dan minuman kami Rp65,000 atau RM21.

Pisang salai

Lepas makan, Abang Rahmad dan kawannya menghantar kami pulang ke chalet. Banyak kodok melintas dan beberapa kali Abang Rahmad terpaksa mengelak. Tapi ada la seko tu kena gak langgar. Sorry Encik Kodok. Rupanya Sabang memang terkenal dengan amfibia tu. Saya dan Suzana dah menjerit-jerit sambil angkat kaki takut kodok tu melompat ke kaki kami. Eeeeiiiiiii geli!!!

Sampai je kat chalet, terus tukar baju dan apa lagi.. Tido….

Nantikan sambungan hari kedua kami bersnorkeling dan menyelam di Pulau Rubiah dalam Jejak Kembara Tanah Rencong : Episod 3.. Daaa..

5 comments on “Jejak Kembara Tanah Rencong : Episod 2

  1. saad on said:

    hoi.. bila nak sambung ke episod 3?

  2. Ujie on said:

    Motip engkau rakus Saad oiii??!!

  3. seronok btl membaca, pttlah lama x de cerita terkini, berjalan jauh rupanya….ah…ambik ko……berepisod2 nk membaca…..apapun mmg teruja membacanya…..

  4. oit update la cepat..ko nak aku g bakor rumah ko ke?..

  5. Ujie on said:

    Woiii samseng. Tak padan yang kecik. Hahha aku kepit ko celah ketiak baru tau. Hiks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.