Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Alhamdulillah.. Berjaya jugak akak menjejakkan kaki di salah sebuah air terjun tercantik di dunia. The Rhein Falls.. *sauk tudung labuh..

So, ke mana pulak lepas tu? Ke mana lagi kalau bukan tempat mengisi perot. Huhu..

Kami bergerak dari Rhein Falls lebih kurang jam 11.45 pagi. Di hari kelima tu, PruBSN punyelah baik hati, bawak kami makan di Hot Wok – dimiliki oleh orang Malaysia yang menyediakan makanan Asian. Nikmatnya hidup ini rasanya.. Hehe..

Sampai kat tempat makan lebih kurang 1.30 petang. Menggelupur kelaparan dah sebenarnya. Jarak dari Rhein Falls ke tempat makan tu lebih kurang 55km. Biasanya boleh sampai dalam 45 minit camtu. Tapi jem. Sejam lebihlah jugak baru sampai..

Chef dia pun Melayu. Happy je dia jumpa kitorang. Kitorang pun happy dapat jumpa makanan Melayu. Hehe..

Deco dah lawa, makanan cemana pulak? Dipersilakan masuk…


Yeayy!! Satay paling sedap di dunia *tetiba

Mee, nasik goreng, rendang paling sedap di dunia gak

Makanan dihidang secara buffet. Apa lagi, memang berulang-alik jelah amik makanan..

Sume dah kelaparan

Akhir sekali, dihidangkan pencuci mulut..

Layan….

Alhamdulillah… Sedap.. Barulah rasa bernyawa.. Puiii!! Ha, kat Hot Wok ni, sambal ikan bilis tidak dikeluarkan.. Haha gila ko.. Mau kena halau..

Bila perut dah kenyang, barulah boleh buat benda tak berpekdah..

Matilah kena marah dengan orang dobi sebab menconteng saprah putih dengan kelopak mawar. Heehee..

Cubaan Ustaz Napi untuk menjadi kiut dengan memakai ear guard akak

Tak lama lepas tu, chef dia keluar..

Kawan-kawan cakap muka akak seiras dengan chef ni. Ye ke?

Noraini nama dia. Asal Durian Tunggal, Melaka. Dah bermastautin kat Swiss lebih kurang 14 tahun. Dia datang masa umur dia dalam 23 tahun camtu.. Biasalah, paling kepochi mesti nak tanya gaji. Kah kah. Dia cakap gaji dia dalam RM8,000 tapi insurans je dah RM1,000. Dia cakap insurans kat sana mahal. Hospital treatment mahal. Rumah mahal. Pendek kata semua mahal la. Dia cakap, dia balik Malaysia setahun sekali je camtu. Lama gak kitorang borak..

Ohh! Dalam restoran ni jugak, akak baru tau satu benda pasal Switzerland. Nak tau ape bendanya? Tapi rasa macam bengong je benda ni. Macam tak logik tapi memang itu hakikatnya.

Camni cite dia. Ada sorang brader ni. Dia pakai jersi bola Spain. Biasalah kan pakai jersi bola tu. So, dalam restoran tu, dia bukak sweater dia. So, tinggal jersi tu jela. Sekali, Sam (tourist guide) tegur brader tu. Dia cakap, kat Switzerland tak boleh pakai jersi mana-mana pasukan bola secara terbuka sebab nanti boleh menimbulkan kemarahan orang awam. Sam tegur dalam nada serius tau. Bukan bergurau ke ape. Kitorang tanyelah reason dia, apa pasal pulak tak boleh pakai. Poyonya. Sam bagitau, Swiss ni kan bersempadan dengan banyak negara. France, Italy, German. So, setiap kawasan yang bersempadan dengan negara-negara jiran ni, penyokong bola dorang sangat fanatik. Ada penyokong fanatik German. Penyokong fanatik France. So, kalo tetiba ko suka-suka pakai jersi Spain, nak carik maut? Haa, gitulah lebih kurang sebab dia. Mengada je.. Puiii!

So, abaikanlah pasal jersi tu. Hiks! Sambung balik..

Dah puas makan-makan, kitorang sembang-sembang pulak kat luar restoran.

Kak Nam sangat mulut akak kan? Sampai herot-herot..Hehe

Restoran dari luar


Bersama Chef Noraini

Perut pun dah kenyang, akhirnya kami balik ke hotel semula sebab petang tu aktiviti free and easy. So, gerak dari Hot Wok jam 3 petang. 3.15 dah sampai hotel. Tak jauh pon.

Lepas dah rehat-rehat kejap, dalam pukul 4 petang kami gerak ke bandar Zurich. Walaupun free and easy, sape-sape nak naik tour bas yang disediakan, bolehlah naik. Kalau nak naik tram atau MRT sendiri pun, boleh jugak. Oleh kerana akak kedekut, akak naik je tour bas. Lagipun bukan tau nak pegi mana pun kat sana tu. Kang sesat, tak pasal je. Tujuan keluar ke bandar Zurich pun sebab saje nak tengok sendiri apa agaknya rupa bandar kewangan dan antara kota yang mempunyai taraf hidup termahal kat dunia tu..

Sampai bandar dalam 4.30 petang. Kat Zurich pun kami boleh collect satu lagi sudu Rolex di Bucherer. Kali ni bertulis Zurich pulak. Akak rasa semua Bucherer kat Swiss ada sudu ni lah. Bila akak Google, rupanya ada tulis Geneve dan lain-lain. Best gak kalau dapat collect semua sudu-sudu ni kan..

Dah collect sudu tu, kami pun mula merayap kat kedai-kedai yang ada kat situ. Apa yang akak boleh cakap, rupa bandar dia macam kat Bukit Bintang. Deretan butik-butik mewah sedia untuk menerima kehadiran orang Ada-Ada.. Orang yang tak berapa nak Ada, sila shopping dari luar tingkap je ye.. Tapi yang bangga, Bata pun ada uols!! Mewahkah? Hehe..

Bandar yang bizibizibizi

Bata!

Sebagai salah sebuah pusat kewangan terkenal dunia, ofkoslah ada syarikat kewangan multinasional kat sini kan..

Jom bukak akaun kat CreditSuisse *ko hengat ko Sultan Brunei?

Masa briefing sebelum ke Swiss aritu, dorang bagitau, kat bawah tanah jalan yang kami pijak kat Zurich tu, tersimpannya entah berapa banyak jongkong emas. Trillion kot. Wahhh! Kan best kalo boleh tengok apa rupa bilik kebal bawah tanah tu.. Heehee.. Ala, bukan nak rompak pun, nak tengok je..

Ni pulak salah satu binaan yang ada kat tengah-tengah bandar tu..

Kami kat bandar ni, merayap-rayap je keluar masuk dari satu kedai ke kedai.. Takde ape sangatlah nak membeli kat sini. Sebab duit pon dah takde. Ada takde pun, akak carikan perfume untuk kakak akak. Dia kirim duit. So akak belilah perfume Roberto Cavalli untuk dia kat kedai duty free. Tu jelah pun..

Akhirnya, hari beransur gelap.. Hujan pulak tu..

Memikirkan yang malam tu kitorang memang tak disediakan makan malam, so marilah kita mencarik makanan untuk dikawankan dengan ikan bilis.. Kitorang masuk salah satu pasaraya kat situ untuk shopping makanan sikit..

Moteeep kosong dah?

Seb baik ada roti.. CHF1.15 (RM4)

Lepas dah takde nak membeli dah, kebetulan bas pun dah tunggu, terus jelah naik bas. Masa tu dah pukul 7.15 malam camtu. Tetiba dari dalam bas dengar orang menjerit-jerit. Riuh rendah macam tengah bergaduh. Rupanya Bersih 3.0!! Hahaha. Orang-orang Swiss ni memang suka buat tunjuk perasaan kot. Termasuk yang ni, 3 kali lah akak nampak tunjuk perasaan kat Swiss. Masa first day sampai, dorang buat perhimpunan kat The Broken Chair. Kali kedua kat dataran depan bangunan Curia Confoederationis Helveticae tu. Kali ni kat bandar Zurich pulak. Mesti bengang je menteri-menteri dorang sebab ada je benda yang rakyat dia tak puas hati. Kah kah.. Oppss!

Akak tanyelah kat kawan-kawan yang baru naik bas, tu tunjuk perasaan untuk apa pulak. Asyik merusuh je kejenya. Kawan-kawan cakap dorang buat perhimpunan sebab nak mintak naikkan gaji minimum kepada CHF4,000. Pengsan!! Kita kat Malaysia, gaji minimum RM900 pun macam dah happy eh? Dorang, gaji minimum je, 4k! Sian kita kan? Jom merusuh! *matilaaa…

Bayangkanlah, gaji cikgu je CHF12,000 (RM42,000) sebulan. Gaji kerani bank yang jaga kaunter tu CHF6,000 (RM21,000) sebulan. Orang tak keje pun dapat elaun sarap hidup CHF1,500 (RM5,000) sebulan. Kaya kaya kaya… Lantaklah dorang, negara dorang, kan.. Tapi walaupun gaji mahal, taraf hidup mahal, ofkoslah cukai pun mahal. Cukai 30-40%! So, kita dok kat Malaysia ni, jangan banyak komplen sangat. Tu nak free, ni nak mintak turun. Mentaliti rakyat Malaysia ni belum boleh lagi nak terima barang-barang free, tol free, apekejadah free sebab bila free, means cukai tinggi! Kang cukai tinggi, komplen lain pulak. Tak abes-abes. Opss! Melencong ke lain pulak.

Bila semua dah naik bas, geraklah kami balik hotel dan sampai hotel dalam pukul 8 camtu. Apa lagi nak buat, rehatlah sambil makan roti, Maggi dan minum Milo. Maklumlah, dinner tak disediakan. Hehe..

Sambil makan Maggi sambil tengok Germany’s Next Top Model. Perrrgghh!! Lagi lawa-lawa dari model American’s Next Top Model daa.. Tapi tak pahamlah dia cakap ape kan. Belasah jelah dengar dorang cakap German pun. Ni gambar yang sempat akak snap dari TV.. Hehe..

Tomel kan?

Dah sudah tu, mengantuklah pulak. Apa lagi.. Tido.. Besok nak balik KL dah… Daaaaa…

No Comments :(