Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Dah masuk 2 bulan, baru terhegeh-hegeh nak bercerita tentang trip CWA (CIMB Wealth Advisors) ke Hokkaido, Jepun bulan Mac hari tu. Trip CWA ke Hokkaido (yang ditanggung sepenuhnya oleh CWA) ini ada 3 batch kesemuanya. Saya batch ke-2 dan bertolak dari Kuala Lumpur pada 25 Mac dan kembali semula ke KL pada 31 Mac (7 hari 5 malam).

Harus over ambik gambar sebelum naik flight

Kami bertolak dari KLIA jam 11.30 malam. Perjalanan memakan masa 6 jam setengah dan kami tiba di Lapangan Terbang Narita, Tokyo untuk transit pada jam 6 pagi (Waktu Jepun) atau jam 5 pagi (Waktu Malaysia). Waktu Jepun adalah sejam awal dari Malaysia.

Kami perlu menaiki flight domestik untuk ke Hakodate, Hokkaido di Haneda Airport. Sedikit masalah berlaku semasa kami nak check in flight. Orang yang beratur punyelah ramai tapi kaunter check in yang dibuka hanya 3 kaunter. Orang Jepun ni berdisiplin sangat. Tak bolehlah nak bertolak ansur sikit. Akhirnya tourist guide kami gertak pegawai Imegresen tu – kalau kami ketinggalan flight, dorang kena tanggung! Akhirnya dorang bukak kaunter khas untuk kami. Yeay!

Kami berlepas dari Haneda Airport jam 9.30 pagi dan tiba di Hakodate pada jam 11.55 pagi. Selepas itu dibawa makan tengahari di Restoran Saranotsuki. First time tengok ketam bapak besar, excited sangat. Jakun pun iye. Selesai makan, kami pun bergambar di taman di belakang restoran tersebut. Kesan-kesan salji masih terdapat di situ. Apa lagi, macam budak kecik kami main baling-baling salji.

Selesai makan, kami dibawa bershopping di Kanemori Red Brick Warehouse. Daripada cenderamata sampai ke makanan, semua ada kat situ. Setiap gedung menjual barang-barang yang berlainan. Sempatlah kaut 3-4 jenis keropok beras berperisa udang, sotong, rumpai laut dan sebotol pati jus berperisa rasberi. Kat sana je dah habis lebih kurang ¥5000 (¥100 = RM3.70)

Selepas bershopping, kami check in di Kokusai Hakodate Hotel. Dari tingkap bilik, pemandangan pelabuhan Hakodate yang cantik dapat dilihat. Biliknya boleh tahan besar dan selesa. Bukak TV je, tentulah rancangan berbahas Jepun kan? Saya buka rancangan masakan je. Tak paham pun takpelah, asalkan makanannya nampak sedap-sedap.

Lebih kurang pukul 6 petang, kami dibawa makan malan di Hakodate Tei Restaurant. Walaupun baru pukul 6 petang, hari dah pun gelap. Macam dah pukul 8 kat Malaysia. Sampai-sampai saja di restoran tersebut, salji turun dengan lebatnya. Dengan keadaan menggigil, gigih kami bergambar-gambar sampailah dipanggil masuk untuk makan.

Selesai makan, kami dibawa pula ke Mount Hakodate untuk melihat pemandangan seluruh bandar Hakodate pada waktu malam dari atas gunung. Dari stesen ke atas Mount Hakodate, kami menaiki Mt. Hakodate Ropeway lebih kurang cable car.

Selepas besejuk-sejuk kat atas gunung dan menghabiskan beberapa ribu yen lagi, kami balik ke hotel dan tido.

Nantikan sambungan Part 2..