Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Akak tak sabar nak abeskan cepat-cepat entry Swiss ni. Hoiii stress.. *sendiri carik penyakit..

Ok, sambung lagi…

Pagi tu bangun dengan perasaan berbunga-bunga sebab nak pegi air terjun paling tinggi di Eropah – The Rhein Falls. Teruja!!

Macam biasa, sarapan dulu. Yang bestnya pulak, dari cafe tempat kami bersarapan tu boleh nampak landasan MRT. Nampak la MRT lalu lalang sebab hotel yang kami duduk ni dekat dengan station MRT.


Nampak tak landasan tu? Kalau tak nampak, lagi dua Jumaat.. Huhu

Suasana dalam cafe

Oh lupa nak tunjuk, best sangat ke hotel ni sampai ada welcome chocolate bagai. Kan?

Ulang tayang gamba cekelat

Memula, ni lah rupa view dari dalam bilik…

Katil tempat untuk meniduri diri sendiri

Bolehlah nak berendam-rendam

Area dalam bilik dari pelbagai sudut.. Gituhh..

Ni pulak view luar tingkap…

Haha. Takle lawa benor viewnya. Sebab tengah bandar kan? So bangunan-bangunan jelah yang ada. Takdelah nampak gunung salji ke, sungai-sungai ke.. Okey.. Jom turun lobby pulak…

Sila lempang pompan gedix di atas

Haaa.. Ha… Nak mencharot la tu…

Glitter-glitter gitu..

Hublot satu! Ada brannnn??

Kan? Ujie Situ Sana Sini sangat… Sorry, muka akak bersepah-sepah dalam entry ni.. Kesah ke aku? Haha..

Haaaa cantik kan lobby dia? So, jom tengok luar pulak..

 

Ya.. Swissotel Zurich namanya.. Harga satu malam lebih kurang CHF200 (RM700). Koma! Seb baik PruBSN yang bayo.. Huhu..

Access card bilik

So, ke mana kita hari ni? Ye, The Rhein Falls.. Bila semua dah ready, bas bergerak pada jam 9.20 pagi. Perjalanan dari hotel ke Rhein Falls mengambil masa lebih kurang 40 minit dan jam 10 pagi kami sampai..

Dari dalam bas lagi dah nampak air terjun tu. Perrrggghh!! Lawanya ciptaan Tuhan! Tak sabar nak pegi dekat-dekat. Masalahnya, boleh ke?

Boleh uols!!

View dari kejauhan…

Ada bot yang akan bawak kami dari jetty ke menara tinjau dekat dengan air terjun tu.. Jarak jetty ke situ taklah jauh sangat. Rasanya dalam 10 minit je naik bot camtu.

Sementara tunggu bot sampai, amiklah dulu gamba kat area jetty..

Spesis-spesis ikan yang ada dalam sungai tu

Besar lengan kot ikan dia..

Itik pon ada

Bila bot sampai, kami dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut bas masing-masing. So, satu trip, satu kumpulan..


Memasing muka tak sabar dah

Ya, semakin mendekat

Yeahhhh!! Sampai akhirnya….

Sedikit info tentang The Rhein Falls:-

Rhein Falls merupakan air terjun terbesar di Eropah. Lebarnya 150 m (450 kaki) dan tingginya 23 m (75 kaki).

Aliran air terjun paling deras pernah diukur adalah 1,250 m³/saat pada tahun 1965; dan paling rendah 95 m³/saat pada tahun 1921.

Air terjun ini tidak boleh didaki oleh ikan kecuali ikan belut yang boleh menyusur melalui arus air naik ke atas batu-batuan.

Turun je dari bot, dah terdengar bunyi air terjun menderu-deru. Ditambah pula angin bayu berpuput lembut, membuat hatiku lebih tidak sabar.. *ada macam ayat novel? Kih kih..


Turun dari bot, semua pakat amik gamba dulu, sebelum naik ke puncak menara..

Bahagian bawah air terjun

Makk aii.. Tingginya… Serremm..

Atas jeti tu, dia macam ada tangga naik ke atas kalau kita nak tengok air terjun tu dengan lebih dekat. Tangga dia boleh tahan sempit dan basah-basah. Memang agak scarylah nak naik ke atas. Kena berhati-hati jangan sampai jatuh gedebuk macam air terjun pulak. Haha

Yeayy!! Sampai atas dah..

Sempit kan? Sampai kena behimpit-himpit

Dah naik tangga tu, sampailah area paling atas. Kat atas tu lagilah seram. Dahlah sempit. Rasanya dalam 2m x 2m je kot. Nak amik gambo pon kena berhimpit-himpit. So, tak boleh ramai-ramai dalam satu-satu masa. Sape dah naik, dah amik gamba, sila blah. Bagi chance kat orang lain pulak..

Kat atas menara tu, akak pon telah memoyokan diri lalu menginstagramkan gambar innew..

Rumah sape lah kat belakang tu kan? Siap kat dalam fridge magnet pun ada gambar rumah tu..

Alang-alang dah ada atas menara tu, mari kita mengambil gamba secara rakus…


Breathtaking!

Rasa macam nak terjun mandi berkelah je kat sini.. Mesti sejuk nyaman kan..

Tengoklah tu. Keliling air terjun ni ada bangunan-bangunan yang agak tinggi jugak. Tak surela rumah ke, bangunan opis ke. Memang air terjun dia kat tengah-tengah bandar. Ko hado?

Dari view lain pulak..

Rasa macam nak buat terjunan summersault je.. Hiks..

Dah puas amik gamba kat atas menara, kitorang turun untuk bagi chance kat orang lain. Sambung pulak lagi amik gambo kat bawah..

Jetty tempat kami memula naik bot boleh nampak dari jeti kat menara tinjau..

Nampak pulak bot yang bawak trip kedua..

Kumpulan kedua sampai, kumpulan pertama, silalah balik ye.. Babai Rhein Falls…

Sampai semula kat jetty sebelah memula naik tu, nampak ada kedai souvenir. Singgahla kejap tengok ape yang ada.

Akak beli fridge magnet yang ada tulis Rhein Falls sebagai kenang-kenangan sebab duit shopping semalam ada balance bape sen lagi. Hehe..

Kan? Siap ada rumah orang yang atas bukit tu.. Rumah sapelah agaknye..

Dah sudah shopping tu, kitorang naik semula ke bas untuk ke destinasi seterusnya. Ke mana kami akan dibawa? Stay tune.. *poyo gilerr… Huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.