Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Maafin yaa… Bapak-bapak, ibuk-ibuk. Karna baru sekarang saya sempat ngobrol-ngobrol di ruangan maya tanpa suara ini. Biasalah jetlag (la sangat!). Bapak sama ibuk sihat nggak? Kalau saya, Alhamdulillah sihat aja dong!

Gitteww akak memulakan bicara Indon. Untuk yang belum tau, akak pegi Bandung 13-15 haribulan lepas.

Cakap banyak pun tara gunnaa… Mari kita teruskan dengan cerita pengembaraan akak ke Bandung baru-baru ini. Hiks! Alhamdulillah, akak telah mengqualifykan diri sekali lagi ke trip PruBSN. Destinasi kami kali ni ialah ke Bandung. Apa pasal dalam banyak-banyak tempat, Bandung yang menjadi pilihan? Tak lain dan tak bukan adalah kerana pihak pengurusan PruBSN tau sangat pe’el dan kehendak ejen-ejennya yang suka bershopping. So, Bandung yang dikenali sebagai Paris van Java dan merupakan pusat fesyen terkemuka di Nusantara telah menjadi destinasi trip kami untuk kesekian kalinya.

Trip ke Bandung ni serupa jugak macam trip ke Bangkok bulan Mei aritu iaitu trip Free & Easy. Konsepnya, teket kapal terobang dan hotel, PruBSN bayar. Pastu pandai-pandailah ko bawak diri berjalan dan menjalankan aktivitas di sana.

Penerbangan kami melalui Garuda Airlines dari KL ke Jakarta dijadualkan pada jam 8.10 pagi dan kami dikehendaki berada di KLIA seawal jam 6 pagi. Kenapa KL-Jakarta, tak terus ke KL-Bandung? Pertama, sebab Garuda Airlines takde penerbangan terus dari KL ke Bandung. Yang Air Asia pulak seatnya tak cukup untuk menampung kami semua seramai lebih kurang 90 orang ni. Kalau ada pun, muat untuk 30 orang je. Seat lain, semua dah kena book dengan penumpang lain. Sama ada penuh dengan warga Indonesia yang nak balik kampung atau rakyat Malaysia yang gila nak bershopping ke Bandung juga. Kan!

Teket

Peramugari Garuda Airlines

Jejaka-jejaka Indon yang nak balik kampung

Final Call

Akhirnya pesawat yang kami naiki berlepas pada jam 8.30 pagi. So, penerbangan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit ini, tiba di Bandara Soekarno Hatta, Jakarta pada jam 9.15 pagi waktu tempatan. Macam kejap je terbang dah sampai. Padahal, Indonesia kan lambat sejam.

Sejam patploh menet nak sampai ke Jakarta

Garuda bebas di angkasa!

Cun awek peramugari ni. Stock pelakon sinetron aja!

Cer teka?

Ya, ni dia omelette

Sebaik tiba di airport dan segala urusan bagasi, kastam dan imegresen selesai, kami yang telah dipecahkan kepada 3 kumpulan menaiki bas masing-masing. Akak naik bas bersama-sama kumpulan C atau Charlie.. *nama tanak kalah

Sementara tunggu bas sampai, kami berkeliaranlah dekat airport tu. Bolehlah dikatakan yang KLIA jauh kehadapan dari segi binaan dan kemudahan yang ada jika nak dibandingkan dengan Bandara Soekarno Hatta, Jakarta ni. Proud to be Malaysian!

Yeayyy!! Dah sampai!!!

Papabunz! Adik badik Paparich kah?

Dua orang jejaka sewel

Dah ghope Indon dah semua.. Ngiah ngiah..

Moteeep mu Mek Na? Nak caras akak ke? Mek Na bersama Tuan Haji Ramlan dan isteri


Akhirnya bas yang dinantikan pun tiba. Sebaik sahaja naik ke dalam perut bas, kami dibekalkan sekotak makanan untuk melapik perut. Ada roti-roti, buah limau, kacang dan air. Jadilah kan.. Alhamdulillah..

Sekotak makanan

Roti dan buah

Bas bergerak meninggalkan airport lebih kurang 11.30 pagi dan bermulalah episod penderitaan kami menempuh 6 jam macet (traffic jammed) perjalanan dari Jakarta ke Bandung. Takdelah macet sepanjang-panjang jalan tu. Jem teruk masa nak keluar dari pusat bandar Jakarta dan masa nak masuk pusat bandar Bandung.

Haaa.. Sukalahh.. Korang tatau nasib korang pasnihh!!

Hai bang.. Baru naik dah tido?

Jarak Jakarta – Bandung yang cuma 180km sepatutnya hanya mengambil masa 3-4 jam. Oleh kerana jem yang teruk, perjalanan tadi dah jadi hampir 6 jam. Ilang akal ke tak? Macam nak gi Arau tuhh… Mujur juga di tengah perjalanan tu kami berhenti rehat di Rest Area, lebih kurang macam R & R kita kat sini le.. Boleh gakla melonggarkan otot-otot pinggang yang tersimpul!

Mehlah akak bawak uols melihat-lihat pemandangan dalam perjalanan dari Jakarta ke Bandung..

Padat!


Setinggan kah?

Macam melekat-lekat je rumah dorang

Masjid di celah rumah

Ingatkan UNITAR tadi

Universitas lagi

Tarumanagara.. Shopping complex rasanya

Tol


Taksi!


Terurailah sangat kan?

Kalau drive sorang-sorang kat sini kena saman. So, apa yang dorang buat, upah 2 orang penumpang untuk tunggu dalam kereta sementara dorang settlekan urusan kat kawasan ni. Bleh camtu? Iya, di Jakarta kok boleh aja!

Jangan terbang bang….

Hiyakkkkk!!

CIMB Niaga

Haa.. Nampak dah signbod Bandung


Walaupun dah nampak signbod Bandung, pada hakikatnya, jauh lagi perjalanan kami nih. Akhirnya lebih kurang jam 1.15 tengahari kami sampai di kawasan rehat Chikarang untuk makan dan solat.

Iya, gratisnya cuma 2 jam ya pak!


Ko mampooo? Surau kat RnR dia bukan main lawo lagik..

Signbod toilet pun bukan main beso! Ni sape yang tak nampak gak mana toilet, memang tataula.. Hiks!


Banyak gerai-gerai jualan kat sini

Lengkap & Terpadu katanya..

Bakso Malang


Bumbu Kalasan

Ko dah kenapa Din?

Balik-balik muka mamat ni.. Haha


Teh Botol Sosro

Akak sempat masuk dalam toilet dia kejap..

Sopan je nak masuk toilet. Pakai tudung oke

Haa.. Baca betul-betul. Kalo “airnya kecik”, tekan button Economy. Kalau “airnya besar” kena tekan button Powerful! Kah kah.. Memang seswaiii la moto dia Lengkap & Terpadu tu..


Lebih kurang 40 minit kemudian, kami meneruskan perjalanan. Kali ni, akak dah penat. Dengan cuaca panas boleh tahan, lalu akak menidurkan diri. Masa ni perjalanan lancar. Maklumlah, highway kan..

Tak lama tu terjaga. Tengok-tengok, dah start nak masuk area Bandung. Kalau yang pernah sampai Bandung direct dari KL, mungkin tak berapa perasan yang sebenarnya Bandung ni terletak di kawasan tanah tinggi macam Cameron Highlands. So, jalan nak ke Bandung tu agak berbukit-bukitla. Seram gak kalo driver tu bawak laju masa turun bukit. Masa nak naik pulak kadang-kadang jem sebab satu, berat dan slow. Pastu ada pulak orang tengah buat jalan. Memang terbaik lah jem dia.. Jom tengok gamba lagi..

Jambatan ketapi. Masih digunakan sampai sekarang.. Ngeri wooo..

Dalam pada tu, sempat gak tourist guide kami buat promosi kek lapis dorang..

Yezzah!! Saksikan pulak tahap kesesakan bila dah sampai dalam bandar.. Amekkaww!!

Brownies kukus paling terkenal di Bandung. Sedap nak Innalillah..Brownies kukus Amanda..

Macam janbatan kat Federal Highway, Kelana Jaya.. Hiks

Rumah tepi jalan ala-ala kat Bangsar.. Siap ada maid 2-3 orang..

Ni pulak ala-ala Jom Heboh

Serius nak muntah tengok sesak camni

Kehidupan tidak pernah berakhir..

Asalkan dapat makan. Alhamdulillah.. Kan?

Kami sampai ke hotel hampir jam 5 petang. Sebelum bilik berkecah, meh amik gambo dulu..

Nama hotel tempat kami menginap ialah Hotel Amaroosa yang terletak di Jalan Aceh, Bandung. Harga satu malam RM550. Hotel 4 bintang je.. Yang penting bukan akak yang bayar. Hehe..

Selepas berehat sekejap dan membersihkan diri, kami diminta turun ke lobi hotel pada jam 6 petang. Aktiviti seterusnya ialah makan malam. Tema pakaian malam tu ialah BATIK.. Siap ada hadiah untuk pakaian terbaik. Melilau akak carik baju yang berunsurkan batik. Mujur ada..

Perkarangan Hotel Amaroosa

Taraaa.. Ada macam rupa Nyonya  Mansor dalam filem Ibu Mertuaku?

Tempat untuk kami makan malam tu adalah di Restoran Kampung Daun. Jarak antara hotel dan restoran ni boleh tahan jauh. 45 menet gakla nak sampai.

Dalam perjalanan hujan renyai-renyai

Ahli Gigi.. Tukang buat gigi palsu ke klinik gigi? Huhu

Akhirnya dalam pukul 7 malam kami sampai Kampung Daun tu….

Pintu masuk

Tempat nak makan sebenarnya jauh kena jalan naik ke atas. Bertangga batu bagai. Tapi akak jalan terkedek-tedek punyelah slow. Dengan high heels siap. Takut tersembam ke tanah. Dah la jalan tak rata. Kiri kanan punyela cantik pokok-pokok yang ditanam. Siap ada air terjun buatan, sungai buatan. Memang sejuk je suasananya. Tapi oleh kerana dah kebulur macam hape, dah tak lalu nak amik-amik gamba. Fokus utama memang nak makan je. Sampai Chief Agency Officer, Encik Wan Zam berucap pun akak dah tak boleh nak bagi tumpuan. Ngap-ngap ngan makan je sampai dia mintak cuma dua minit supaya kitorang berhenti kejap. Keh keh..

Encik Wan Zam tengah bagi ucapan

Makanan semua sedap-sedap. Alhamdulillah…

Ni pulak ucapan alu-aluan dari tokey restoran (agaknyela..)

Sambil makan, kami dihiburkan dengan tarian kebudayaan oleh penari-penari restoran tu..

Mek Na lagi… Sape nak amik takaful area Pahang, bleh contact Mek Na okeh..

Mu lagi ke Mek Na oiii… Hhehee


Kasi Nyonya Mansor plak poyosing plis!

Eh, kata ada hadiah untuk pakaian terbaik kan? Haa.. Ni la pemenangnya… Drum roll!!!!!!!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Nyonya Mansor menang uols!

Bersama pemenang pakaian terbaik lelaki “Wak Brahim”. Hiks!

Lepas makan, barulah bertenaga nak amik gambo. Saksikan…

Sebenarnya dari pintu gerbang masuk sampai la ka tempat nak makan kat atas tu, banyak disediakan pondok-pondok jualan. Ada jual kuih la, alat-muzik tradisional, ada gak pondok untuk sape-sape nak lukis potret muka dan macam-macam lagi. Memang meriah!

Bersama Memey

Lebih kurang jam 9 malam, kami bergerak balik ke hotel. Dan sampai hotel apa lagi.. Tido le. Penat dalam bas siang tu.. Apa aktiviti akak siang esoknya? Tunggu…..

One Comment

  1. mamajajie
    2:00 pm on July 30th, 2012

    BS..sorang agent PRU tu zabiha eh? sekiranya btul, ckp ngan dia Ggirl adik ipau tak jadik kimsalam eh?! rindu ngan dia, lama tak contact!!! thanks BS !!!