Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Kesian blog ni.. Dah lama betul akak abaikan dia. Entah ape akak bizikan pun tatau. Trip PruBSN akak ke Hong Kong dah selamat balik dah pun tapi cite trip Swiss tak abes-abes lagi.. Keji betol..

Baiklah, bagi sesapa yang masih nak mengikuti cite perjalanan akak kat Swiss tu, silalah sambung baca..

Imbas kembali episod terdahulu : Kami menaiki keretapi laju dari Montreux ke Gstaad untuk merasai pengalaman di atas puncak Glacier 3000.

Sedikit info tentang Glacier 3000 :-

Glacier 3000 merupakan salah satu tarikan pelancongan di Switzerland yang terletak di pergunungan Alps. Di atas puncak tersebut, kita akan dapat melihat pemandangan 24 puncak gunung dari ketinggian lebih 4,000 meter, termasuk Gunung Matterhorn, Jungfrau dan Mont Blanc. Ia juga menjadi tempat tumpuan peminat sukan salji seperti ski.

Sebaik sampai di stesen cable car tu, masing-masing dah teruja dan tak sabar nak tengok apebenda yang ada kat atas Glacier 3000 tu. Cable car kami dijadualkan berlepas pada jam 11.30 pagi dan perjalanan dari stesen ke atas puncak mengambil masa lebih kurang setengah jam.

Memasing dah tak sabar

Belum sampai puncak lagi.. Ni baru tempat beli teket

Rupa teket cable car ittew

Rupabentuk cable car

Mamat omputeh yang baru lepas main ski kat atas puncak Glacier 3000.
“Apsal kanda tak tunggu dinda?”

Haa, inilah dia rupa dalam cable car

Cable car ni boleh memuatkan 125 org pada satu-satu masa. Masa ni cuaca 2 darjah celcius. Dengan angin kuatnya. Marilah sama-sama mengucap Syahadah di dalam hati. Hiks!

Akak gigih berebut dan menyelitkan diri duduk depan sekali semata-mata nak tengok panorama salji. Gitu..

Hoihhh lawanya lah view…

Akhirnya, sampailah sudah kami kat atas puncak tu. Apa kata kita tengok pulak view dari atas…

Lawa gilsss!!! Kaler biru plak tuh..

Sampai kat puncak tu lebih kurang pukul 12 tengahari. Terus kami dijamu dengan makan tengahari dulu. Memang canteklah kan. Perut pon tengah lapo..

Ni la dia rupa makanannya..

Ko mampu makan nasik atas puncak salji?

Askrem

Ni pulak view dari dalam restoran..

Keputihan di mana-mana

Lepas makan tengahari, kami solat dulu di bilik yang disediakan. Kehazaban melanda sebab nak amik wuduk tu bukan main sejuk hoiii!!

Lepas solat, kami dibenarkan merayap-rayap kat atas tu lebih kurang sejam. Takdelah sampai berski bagai. Cuma kami dibenarkan naik kenderaan salji yang dipandu oleh pekerja kat atas tu..

Sementara nak sampai giliran akak naik keta salji tu, akak pun snap-snapla gamba dulu. Masa tu, Ya Allah! Punyelah sejuk sampai ke sum-sum tulang! Akak balut muka dengan mafla sebab angin terbangkan salji sampai pedih-pedih muka akak kena bantai dek salji tu. Kiranya kalo kena tampar pun tak rasa laa.. Sebab dah kebas.. Haha..

Cam dalam cite Hindustan plak.. Heehee..

Yes! Akhirnya sampai turn akak!

Tunggu batch sebelum tu turun dulu

Haa, ni lah rupa dalam keta salji tu.. Bersempit-sempit. Rasanya muat dalam 15 orang je kot

Keta salji ni agak scary gak. Naik bukit, turun bukit.. Dah la macam licin. Seriau je kat dalam tu. Tapi tak lama pun kitorang dibawak berjalan-jalan. Dalam 15 minit je camtu . Sempatlah akak amik gamba dari dalam keta salji tu..

Bergoyang-goyang daa..

 

Lepas dah jenjalan dalam keta salji, kami diturunkan semula kat stesen tadi. Bolehlah sambung amik-amik gamba lagi. Memang kat atas tu kejenya amik gambo jela. Tahan jelah sejuk tu.. Suhu kat atas tu -7 darjah celcius!! Ko tak gila menahan kesejukan??!!

Kan best kalau boleh naik cable car tergantung ni.. Tapi apakan daya, boleh posing-posing je

 

Yeayyyyy!!

Aksi kanak-kanak Ribena

Sape la yang candid gamba akak ni?

Lebih kurang 2 jam je kami kat atas sana. Nasib baik tak lama. Kalau siap berski bagai, akak tataulah akak jadi apa kat atas tu. Kerepek kot. Telinga dengan hidung semua keras je. Pastu tourist guide dah bagitau, kalau duduk kat atas tu dalam jangkamasa yang lama, dinasihatkan pakai sunglass sebab pantulan cahaya dari salji tu, boleh menyebabkan mata jadi buta. Scary kan?

Lepas dah tak tahan sejuk tu, akak dan beberapa orang lagi tunggu kat depan lif  nak turun ke cable car. Sambil-sambil tunggu kawan-kawan yang lain bergamba-gamba, kami berborak la dengan pekerja kat atas tu. Kitorang cakap dengan dia, kitorang sejuk. Sejuk sangat-sangat. Dia gelak-gelakkan je. Dia cakap, waktu sekarang (Mac) tak sejuk sangat. Baru -7 degree. Kalau Januari suhu boleh cecah -21! Gilo!!!

Bila dah semua berkumpul, kitorang pun turunlah balik ke bawah dalam pukul 2.45 petang.. Lega gila rasanya dapat rasa panas-panas sikit. Masa tu dah dalam pukul 3 lebih.

Destinasi kami seterusnya ialah Interlaken. Kami naik bas je dan pemandu bas kami memang dah tunggu kat bawah tu. Interlaken bermaksud DI ANTARA DUA TASIK kerana kedudukannya diapit oleh Tasik Thun dan Tasik Brienz di tengah-tengah Switzerland. Jarak antara Gstaad ke Interlaken 68.5 km dan mengambil masa lebih kurang 1 jam 10 minit perjalanan.

Babai Glacier 3000!

Dalam perjalanan ke Interlaken, masing-masing semua mata dah kuyu je. Bahana main salji kat atas tu. Memang penatlah rasa badan. Nape ntah.

Dalam perjalanan tu, memang nampak tasik yang terbentang luas. Tapi tatau la mana satu Tasik Thun, mana satu Tasik Brienz. Cam sama je. Ahaks!

Tasik tatau mana satu.. Hhuhu..

Lebih kurang pukul 5,30 petang, sampailah akhirnya kami di Interlaken. Masa ni tak terus check-in hotel pun. Kitorang dibawak dinner dulu kat salah satu restoran kat situ. Ada Award Presentation dan Gala Dinner sekali.

Hoiii! Merusuh ke?? Haha.. Sebenarnya masa ni masing-masing mamai baru bangun tido dan baru turun dari bas

Dari tempat kami diturunkan tu, kenalah berjalan sikit untuk sampai ke restoran tu.. Sampai-sampai je.. Wahhh!!! Lawa je decoration dalam restoran tu akak tengok.. Dengan lampu-lampu bergantungan..

 

Majlis dimulakan dengan ucapan dan kata-kata aluan CEO kami, Mr. Azim Mithani..

Lepas tu, ada award presentation.. Bukanlah piala ke ape. Just sijil dan sedikit cenderahati daripada PruBSN. Hehe..

Yours truly..

Gamba ramai-ramai

Pastu ada potong-potong kek pulak.. Ni khas untuk meraikan agent-agent yang lahir dalam bulan Mac.. Untunglaaaaaaa…

Tak lama tu, hidangan makan malam disediakan.. Masa ni semua dah tak larat nak makan nasik dengan ikan steam berkuah krim lagi dah.. Haha. Akak pun apelagi, terus keluarkan sambal ikan bilis yang akak bawak siap-siap dari KL. Haha, sambal tu jugak yang jalan..

Uwaaaaa…. Tak larat.. Opsss!! Sila bersyukur ye..


Sup!

Askrem..

Sambil makan, kami dihiburkan dengan persembahan kebudayaan masyarakat Switzerland. Takdelah mamat-mamat atau minah-minah yang ganteng-ganteng. Semuanya taraf atuk dengan makcik-makcik je. Hehe.. Seb baik best. Suara pon sedap..

Sekali.. Trumpet gajah daaaa….

Atuk, nenek dan makcik-makcik tengah perform!

Lepas dorang buat persembahan, dorang jemput pulak kitorang tiru apa yang dorang buat. Hahaha nasiblah sape yang kena tarik tu. Akak duduk menyelit kat tepi dinding. Selamat!

Lepas tu, dorang datang pulak dari meja ke meja soh kita try salah satu persembahan dorang iaitu menggelekkan duit syiling dalam mangkuk. Layan….

Overall, memang fun lah. Tapi bab makanan, jangan banyak bunyi. Tu bukan Malaysia ko nak makan sedap-sedap, kan? So, sila redha dan bersyukur! *marah akak kepada diri sendiri

Makan malam dan persembahan selesai lebih kurang pukul 8.30 malam. Sambil berjalan dari restoran ke bas, sempat lagi amik gamba depan restoran tu.. Huhu..

Akhirnya kami dibawak ke hotel. Dalam bas semua dah tak larat. Rasa macam panjang betul perjalanan dan banyak sangat aktiviti pada hari ketiga tu. Memang masing-masing tak sabar nak carik bantal dan tilam je..

Akhirnya lebih kurang pukul 9 malam, sampailah kami kat hotel – Lindner Hotel & Resorts, Interlaken. Kami akan menginap satu malam di Interlaken sebelum bertolak ke destinasi seterusnya keesokan harinya.

Kat hotel ni, dalam bilik takde WiFi, so sebelum naik bilik, memasing online lah dulu kat lobby.. Sebelum check-in bilik, kita check-in FB dulu. Hiks..

Masuk je bilik, kat atas meja kopi dalam bilik tu ada kad untuk kami..

Roomate akak – Kak Rosliza

Interlaken ni tak berapa bandar, so hotel kat situ pun tak berapa moden. Ala-ala hotel lama gitu.. Tak kisahlah, asalkan boleh tido. Tak moden pun, rate satu malam untuk hotel ni ialah CHF299 atau lebih kurang RM1,000 gak! Fengsan! Dan akak nak declare ni. Akak tido tanpa mandi.. Hahaa.. Punyelah penat!

Zzzzzzzzzz..

Sekian dulu entry untuk hari ketiga. InsyaAllah lepas ni akak akan menggigih dan menggagahkan diri untuk sambung episod seterusnya. Daaaa….

No Comments :(