Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Gembira betul hati dapat jenjalan kat SCV. Selepas berehat dan solat Jamak Maghrib dan Isyak, saya minta Wal amik kami di hotel pukul 8.30 malam. Agenda malam ini akan diteruskan untuk makan Ayam Penyet di Kedai Raja Ayam Penyet. Acara malam ini tidak disertai oleh The Neneks. Sebab dorang berdua lepas solat je dah terbaring kepenatan. Maklumlah, seharian kepenatan di SCV. So, hanya The Daras dan The Teruna je.

Meskipun ada sedikit kontroversi tentang Raja Ayam Penyet tu (rasanya tak perlu saya ulas di sini – tak pasal aku kena saman kang. Huhu), kami tetap makan di situ. Sebelum masuk, mulut saya terkumat kamit baca segala Ayat Kursi dengan harapan takdelah apa-apa yang mengganggu. Hehe (*matila aku makan kencing setan…opsss)

Seperti kata Mirah, saya lihat gerai Raja Ayam Penyet ini memang tak henti-henti dikunjungi pengunjung yang ingin merasakan sendiri kesedapan makanan yang berasal dari Surabaya Indonesia itu. Gerai ini terletak berhampiran dengan Masjid Bahagian Kuching.

Satu set Ayam Penyet ini berharga RM7 yang terdiri daripada nasi putih, ayam berempah, sambal, sayur-sayuran seperti ulam raja dan kobes. Sambal dia nauzubillah, pedas gilerrr. Saya cuit sikit-sikit je. Memang makanan dia kering camni ye Mirah oii? Kami juga turut tapau sebungkus untuk The Neneks. Jadilah, sorang sikit merasa.


Rupa Raja Ayam Penyetcurik dari Google sebab gamba yang saya amik pakai henpon tak terang. Nyesal tak soh Wal bawak kamera dia..

Selesai makan, jeng jeng jeng…Aktiviti seterusnya ialah berkaraoke. Haha! Bak kata seorang rakan saya, “Aii..Trip 3 hari pun sempat ko berkaraoke?”. Haha, yelah..ape lagi nak dibuat malam-malam buta. Apa salahnya berjimba sekali-sekala kan?

Selepas beberapa kali berpusing-pusing (nampak sangat aktiviti ni tak diredhai Allah), akhirnya Wal menemui juga tempat karaoke. Dia ni nama je orang Sarawak, banyak tempat dia fail. Lagipun mamat ni baik. Tak pernah pegi tempat-tempat lagha macam ni. Bagus kalo dibuat menantu mamat nih. Heehee..

Yang menggeletek nak melalak cuma saya sorang. Ana memang dari dalam kereta lagi tak nak join nyanyi. Hampeh. Saya paksa-paksa jugak Wal. Macam-macam alasan. Suara tak sedaplah. Tatau nyanyi lah.. Sekali, haa…hambek ko. Lagu Gun N Roses ngan Metallica dibantainya. Siap head banging lagik.. Terus saya simpan mikrofon. Haha!


Di minit-minit pertama. Cool je nyanyi. Nyanyi pon sambil duduk


Roh Gun N Roses dah meresap sikit


Ohh wo wooo..Sweet Child of Mine…Ohh wo wooo..Sweet Child of Mine…Yeaahhh!!

Saya seperti biasa lagu wajib – Curiga (Ning Baizura), Setiaku di Sini (Ziana Zain) dan Laguku Untukmu (Meet Uncle Hussin). Stok lagu pilihan tak nak kalah. Sume high pitch. Bila tak sampai, budak-budak berdua tu jadi tukang gelak. Arrrgghh!! Fedullikkk!!

Oh, ya..Bayaran sorang? RM8 satu kepala untuk satu jam. So, 3 orang RM24 la. Okla tu kot. Bilik pon besar. Boleh masuk 6-7 orang kot.

Lepas melalak, kami balik ke hotel. Sampai hotel lebih kurang 11.30 malam. Besok, hari terakhir di Kuching, nak kena kemas-kemas beg. Malasnya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.