Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Sorry uols.. Lambat pulak nak abeskan entry Bandung ni.. Pasni entry ke Brunei pulak.. Koma akak…

Okla, jom sambung.. Hari kedua akak di Bandung, opkosla dimulakan dengan bersarapan kan.. Meh tengok ape yang istimewa..

Haha.. Tak istimewa pun.. Nasi goreng je pon..



Roti-rotian


Kak Zabiha dalam cubaan meminum jamu

Bukan main seksa nak mengabeskan


Stall jamu

Berebut nak try jamu gak

Mbak yang bersiap sedia menyeksa anda dengan ramuan jamu beliau

Kupat tahu

Ya, theyols memasak secara live. Gittewww… Apekejadah ketan bakar tu akak dah lupa. Tapi yang pasti bukan ketam! (Akak baru Google. Ketan tu pulut rupanya..)

Macam budak sekolah kan? Akak tanye umo bape.. Dia cakap 17 tahun. Masih di dalam latihan (praktikal kot). Dia tengah amikkan akak cekodok tempe.. Sedap uols!

Ya, ittew dia cekodok tempe dan sebelah tu kalo tak silap Mongolian BBQ apentah dah lupa..

Ok, seperti yang sedia maklum, trip kali ni pun Free & Easy kan? Lantak kitoranglah nak jalan pegi mana. Nak bershopping ke, nak ke tempat-tempat lain ke. Sukati. Pandai-pandailah nak naik teksi ke. Bas ke.. Tapi Alhamdulillah, dorang bermurah hati gak, bawak kami dengan tour bas ke tempat shopping. So, lepas makan pagi, kitorang pun tunggu bas sampai. Sambil-sambil tu, ada je mamat-mamat yang berjualan sekitar perkarangan hotel.

Tunggu bas

Beli pak! Murah-murah aja..

Akak ada beli satu beg bentuk kasut tu. Kaler merah!

Lebih kurang jam 8 pagi, kami memulakan perjalanan untuk bershopping. Pit stop pertama untuk bershopping adalah di Pasar Baru dan tempat shopping kedua ialah factory outlet. Tapi ada syaratnya. Kalau nak ikut dorang ke factory outlet, kena shopping kat Pasar Baru tu sampai pukul 12 je. Lebih daripada tu, sorry! Naiklah transport sendiri.

Akak memang dah plan baik punye. Shopping sikit-sikit kat Pasar Baru, pastu pukul 12, ikut pulak bas ke factory outlet. So jimat dah. Tak payah nak susah-susah pikir nak amik transport lain ke ape kan..

Pencari-pencari rezeki yang gigih menjual Koran (sokkabar)

Signbod Prudential ada di mana-mana 😉

Stesen minyak Pertamina

Tak lama lepas tu, kami sampai ke Pasar Baru. Pasar Baru ni sebenarnya kompleks membeli belah. Daripada kain baju, tudung, kasut, aksesori, dan sekelian macam barang lagi. Ha, telekung. Kain ela, perfume. Memang gila la dibuatnya. Pastu tingkat atas sekali ada foodcourt. Ada surau sume. Memang sehari suntuk duduk kat situ, konfem abes duwet!

Dah mula sesak sekitar Pasar Baru

Oleh kerana tak nak ada sape-sape yang tertinggal bas, maka kami diberi briefing terlebih dahulu. Kami diberi amaran, kalau lepas pukul 12.30 tak berkumpul kat tempat yang ditetapkan, drebar bas anggap kitorang nak balik sendiri, tak nak ikut pegi factory outlet sekali. Baiklah!

Mendengar briefing


Lepas dah dengar briefing semua, mohla kita mulakan sesi shopping mopping. Akak dah berazam, tanak terpedaya. Sebab tujuan asal nak beli telekung dengan kain ela je. Sama ada azam akak ni berjaya atau tidak, lets cekidaut!

Start berkeliaran bershopping

Moteeeep vontots sapakah innew..

Oh, ya! Kat Pasar Baru ni, akak gerak berdua dengan member akak, Roza. Senang kalo jalan berdua je. Kang kalo ramai-ramai, banyak kepala nak kena ikut. Ha, nampak tak beg balik kampung yang akak kelek kat bahu tu? Haa.. Planning beb, planning. Sebab dah ada pengalaman kawan-kawan yang terpaksa beli beg baru akibat tak muat nak isi barang masa bershopping kat Bangkok aritu, akak pun dah siap-siap bawak DUA beg balik kampung masa bershopping kat Pasar Baru ni. Yelah, malaslah nak pegang plastik banyak-banyak. Bubuh je dalam beg, senang. Tarik je.. Satu akak bawak. Satu lagi akak bagi Roza bawak. Oleh kerana kitorang diberi kebebasan bershopping kat sini dari pukul 9 pagi-12 tengahari, maka akak dah pesan kat Roza siap-siap. Jangan terpedaya dengan nafsu. Kena plan masa betul-betul. Takut tertinggal bas.

Usha dulu

Sume ada! Mak bapak kita je takde kat sini.. Mak bapak dorang ada kot.. Huhu

Perlbagai corak, pelbagai warna. Kaut saja!

Batik-batikan

Lagi batik

Telekung pelbagai corak dan kaler

Telekung lagi

Dah rupa Indon

Ko mampooo pakai baju batik cap MU?

Putih berseri

Lagi telekung cantek-cantek


Akhirnya tukang bagi nasihat tumpas terlebih dahulu! Uwaaaa.. tak menahan tengok telekung cantek-cantek ni, akak ajak Roza singgah! Hasilnya, akak rembat telekung LIMA helai!!! Macam nak berniaga je lagaknya.. Telekung siap berkerawang-kerawang lagi..

Ustanyah Sujilah

Tolong.. Aku gila..

Total LIMA pasang telekung berkerawang tu ialah Rp750,000.. Lebih kurang RM260 kot.. Ko tak koma?

Pastu singgah beli baju batik yang member akak pesan pulak..

Pastu singgah pulak kat kedai jual kain ela..

Nampak dua beg balik kampung hitam dan merah tu? Haaa, amacam? Penuh tak?

Eksaited sampai tertonggeng-tonggeng

Uwaaaa.. Lawa…

Hoihh!! Penat tengok kain-kain ni..

Roza kepenatan

Kain ela

Perfume

Kain pasang… Masa ni Parkinson akak semakin menjadi-jadi sebab tengok banyak sangat pilihan..

Uwaaaa… Nak pegi lagik!! Kat KL ni jual RM120 dowh!! Sana Rp120,000 ~ RM40!!


Ya… Akhirnya selepas memborong macam-macam, akhirnya jam melepasi 12.30 tengahari!!! Kami amik keputusan tanak ikut tour bas pegi factory outlet. Sebab tak puas lagi bershopping kat Pasar Baru. Bley? Sanggup ni dua ekor manusia tadi amik transport sendiri. Haha dasar!!

Kami sambung lagi shopping sampai perut berkeroncong mintak diisi. So akak dengan Roza naik ke fudkot di tingkat atas untuk makan tengahari. Umang aaaiiii.. Pelbagai pilihan sampai tatau nak makan apa. Kami akhirnya pilih kedai ni..

Jago Timbel & Seafood

Sume pon lapar..

Roza pilih ni. Nasik dengan ayam goreng

Lazatss sekali!

“Eh bro! Cepat sikit boleh tak? Gua lapar ni”, kata akak dengan muka bengis

Akak punye.. Ikan gurame atau ikan kaloi.. Akak amik gurame bakar. Sesuai makan sambil berdialog “Mak.. Timbullah mak”. Pastu nyanyi pulak “Nasi melukut.. Dengan sayur keladi.. Untuk bondaku si ikan kaloi…” *matila kalo mak akak dengar.. Hiks..


Total makanan akak Rp54,000 atau RM18 camtu.. Mahal gak kan? Takpe, sekali sekala.. Tetiba masa tulis entry ni aku rasa geli pulak makan ikan kaloi. Haha.. Padahal rupa dia macam talapia je pon.. Lepas dah makan, sekali lagi akak warning Roza, dah tak payah nak shopping lagi. Jom blah. Kitorang memula nak naik lif. Sekali bila tunggu punya tunggu, asyik penuhhhhh je. Sudahnya naik escalator.

Tapi tu yang benci bila naik escalator tu. Nanti kita akan lalu kat kedai-kedai yang ada kat situ lalu akan terjebak membeli lagi. Akak la punye perangai tu. Adoinyapunnn! So akak terbeli pulak baju kat bawah ni…

Akak amik yang tengah-tengah kaler ijau askar tu.. Tantek kan?

Dan akhirnya, akak bertobat lalu cepat-cepat ajak Roza blah dari Pasar baru tu..

Lautan umat. Setakat Chow kit tu, memang kalahlah derr…

Yang macam junjung keranda pon ada..


Akhirnya lebih kurang jam 2.30 petang, berjaya juga kami tinggalkan lubuk penghisap duit tu. So, takde maknanya azam akak nak bershopping sikit-sikit dan ala kadar ittew. Selagi boleh nak dibeli, sume nak. Akak nyaris nak abeskan duit kat situ tapi memandangkan lepas tu nak pegi factory outlet pulak, maka akak pendamkan saja hasrat di hati.

So, langkah seterusnya, kami cari pengangkutan untuk ke factory outlet. Hasil pembacaan akak di Internet, factory outlet terkenal kat Bandung ialah Rumah Mode yang terletak di Jalan Setiabudi. Lepas dah tanya-tanya cemana nak pergi kat abang polisi, akhirnya kami naik pengangkutan awam paling terkenal di Bandung yang dinamakan Angkutan. Dia macam bas mini tapi van. Boleh memuatkan lebih kurang 12 orang pada satu-satu masa. Tapi 12 orang yang berhimpit-himpitlah. Kalau tak kisah, berkepam ramai-ramai dalam tu, naik je Angkutan. Murah! Tapi sorry uols, no ekon. Memang agak bersaunala dalam tu.

Oleh kerana jalan yang sangat jem di Bandung, no point akak dan Roza nak naik teksi. Dahla mahal, pastu sama gak kena menempuh jem. Walaupun teksi ada ekon, takdelah kisah sangat pun. Janji sampai..

 

Dalam pengangkutan utama di Bandung yang diberi nama “Angkutan”

Akak terselit kat hujung

Makanan yang dijual ditepi jalan yang dipanggil Cilok

Student kolej kat Bandung yang sempat kami interview.. Amik course chemical engineering..


Jalan yang tak baper sibuk

Akak ni stress kot. Dengan panasnya..

Ni la rupa angkutan tu..

Hey uols! Nak gi mana tu?

Asal dapat makan sudah…

Mat rempit. Pandai je akak pitnah

Brader yang jaga parking

Masa Angkutan berhenti kat trafik light, akan ada je artis realiti yang datang dekat Angkutan kami dan menyanyi. Sedap-sedap pulak tu suara dorang. Kalo ikhlas, bagilah duwet sikit kat dorang..

Selepas bertukar dua kali Angkutan (sebab takde angkutan yang direct dari Pasar Baru ke Jalan Setiabudi), akhirnya selepas hampir dua jam dalam Angkutan, kami pun sampai ke Rumah Mode. Jom tengok apa yang menariks..

Perkarangan Rumah Mode

Salah satu landskap di Rumah Mode

Partner in crime akak – Roza

Gumuk-gumuk ikannya


Fennat sampai tetido

Siap ada band yang menghiburkan pengunjung yang penat bershopping kat perkarangan Rumah Mode tu


Bila masuk je dalam Rumah Mode tu, akak mula rambang mata. Segala macam jenama terkenal pakaian ada dalam tu. Pakaian dewasa dan juga kanak-kanak. Akak borong beberapa helai T-shirt dan baju budak. Akak cari jugak jeans Levi’s. Malangnya takde. Punyelah akak berjimat-cermat kat Pasar Baru tu semata-mata nak simpan duit sebab nak beli jeans. Kechewa!!

Melepas lelah..

Java Bean – cafe yang terdapat di Rumah Mode

Kira duwet bape dah habes

Amekkawww!! Bershopping dari hari cerah, sampailah hari dah gelap. 70% sales!

Lampu bergantungan

Baru pukul 6.35 masa ni

Akak dan beg balik kampung yang sarat dan berat. Nasib baik ada roda, boleh tarik je


Lepas puas bershopping kat Rumah Mode, akak dan Roza pun merayap kat tempat lain sebab kat Rumah Mode takde pilihan jeans yang menarik. Akak nak carik jeans Levi’s tapi bila tanya orang kat situ, dorang bagitau kalau nak carik jeans Levi’s bukan kat Rumah Mode. Ada yang suruh akak pegi Jalan Cihampelas. Kat situ ada mall besar katanya. So, akak dan Roza pun amiklah angkutan untuk ke sana.

 

Dalam angkutan menuju ke Cihampelas Walk


Gerai makan

Anak muda membuat persembahan nyanyian tepi jalan

Masa tu walaupun belum pukul 7, hari dah gelap gulita. Selepas meredah jem yang tak berkesudahan, kami pun sampai ke Jalan Cihampelas. Oleh kerana angkutan tu tak lalu betul-betul depan Cihampelas Walk, kami kena jalan kaki lebih kurang 100 meter dari tempat kami diturunkan. Dengan mengendong dan menyeret beg balik kampung masing-masing, agak mengecutkan perut jugaklah bila kena lalu kat tepi jalanraya sambil berjaga-jaga takut kena libas dengan motor atau kereta. Fuhh!!

Di sepanjang jalan, memang banyak pusat-pusat fesyen yang boleh menjadi pilihan. Tapi disebabkan matlamat utama akak nak carik jeans, akak tak berhenti pun kat kedai-kedai lain..

Senarai kedai yang ada di Jalan Cihampelas

Kat tengah-tengah deretan kedai, tetiba ada tempat solat. Cool kan?

Maskot Spiderman

Ya.. Nama kedai dia Spiderman

Selepas berpeluh ketiak, akhirnya kami sampai ke Cihampelas Walk. Wow!! Meriah! Macam Wangsa Walk pun ada. Tapi shopping mall dia lebih open air. Jom tengok apa yang ada kat situ..

Salah sebuah kedai gadget yang ada di Cihampelas Walk

Cihampelas Walk shopping mall

Masa kami sampai, ada persembahan nyanyian kat situ. Rasanya artis baru Indonesia. Sedap lagunya. Tapi tataulah dah keluar ke belum. Tajuk pon akak tak ingat. Dah usha-usha sekejap, akak dan Roza pun masuk dalam shopping mall tu. Tetiba nampak Roti Boy. Rasa lapar pulak.. Singgah la kejap..

Beratur


Tersusun cantik dan kemas

Akak beli dua ketul Roti Boy dan dua kotak Teh Botol Sosro. Harga seketul Roti Boy Rp8,000 dan sekotak Teh Botol Sosro Rp5,000.

Kedai-kedai yang terdapat dalam Cihampelas Walk

Kalau nak disenaraikan, banyak jugak kedai dalam Cihampelas Walk tu. Ada Adidas, Fila, Sony, Crocs, Elle dan macam-macam brand lagi. Panggung wayang pun ada..

Ramainya..

Tapi pusing punya pusing, tak jumpa pun kedai Levi’s. Adakah akak tertipu? Walaupun begitu, selain Roti Boy, akak dapat beli kasut sepasang. Heehee..

Dah boring kat dalam, kami round kat luar pulak. Banyak cafe dan restaurant ala-ala kat The Curve. Ada ruangan open air.

Akak dan beg balik kampung. Dah takde rupa orang dah.. Punyela berlengas..

Uols mampooo ke hulu ke hilir tarik beg balik kampung jalan kat KL? Hahaa.. Tak kan?

Meriah giler!

Kiosk yang menjual aksesori

Roza

Misi mencarik jeans Levi’s tidak kesampaian. Duit akak ada lagi Rp800,000 nih.. So, plannya nak sambung shopping keesokan harinya pulak (hari terakhir di Bandung). Bila dah tak larat lagi nak berjalan, akak dan Roza pun amik keputusan balik hotel semula. Orang lain tataulah dah sampai mana. Maybe ada yang dah balik ke hotel. Mungkin jugak ada yang masih bershopping. Kitorang tak jumpa pun budak-budak lain kat Cihampelas Walk tu.

Nak balik ke hotel, kami bercadang naik teksi jela. Penatlah nak pikul beg masuk dalam angkutan. Lagi pun angkutan tu tak boleh masuk area hotel. Kena jalan jauh dari tempat berhenti. Kalau naik teksi, dia akan hantar betul-betul sampai depan hotel. Huhu.. Sementara nak carik teksi tu, kami berjalan lagi menyusuri kedai-kedai yang kami nampak masa mula-mula sampai tadi. Sempatlah singgah dalam kedai Spiderman kejap. Pastu singgah lagi kat beberapa kedai kot tetiba ada pulak terselit jeans Levi’s (tetapppp nak carik tuh!!). Nampak pulak gerai menjual Brownies Kukus. Akak borong 5 kotak! Sekotak Rp30,000. Antara brownies kukus paling popular kat Bandung ialah Brownies Kukus Amanda dan Brownies Kukus Kartika Sari. Sedap uols!! Sebab orang kata kalo pegi Bandung tapi tak beli brownies kukus, memang tak sah.

Rupa Brownies Kukus Amanda. Ni gamba Google

Tak lama lepas tu, akhirnya kami berjaya tahan teksi. Lega!

Dalam teksi

Sempat snap dari dalam teksi. Penjual kaki lima


Lagi Factory Outlet


Kawasan 7 titik

Hasil dari Google, maksud kawasan 7 titik ni ialah kawasan-kawasan di Kota Bandung yang menjadi contoh kawasan-kawasan lain di Bandung dari segi perlaksanaan ketertiban, kebersihan dan keindahan. Menurut website itu “Di kawasan ini harus bebas dari pedagang kaki lima, becak, papan reklame, gelandangan, pengemis anak jalanan dan pedagang asongan”. Sila translate sendiri.. Hehe

Motip rambu? Rambu-rambakah?

JCo

Akhirnya lebih kurang jam 10 malam, kami sampai ke hotel. Punyela penat, terus akak masuk bilik walaupun nampak ramai kawan-kawan lain lepak kat lobby hotel berkarok dengan liveband hotel tu.

Sampai bilik, apa lagi, kasi punggah barang-barang yang dibeli. Nak tengok?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Hasil shoppingan

Dah macam hape. Lepas tu ada la dua tiga orang member lain yang singgah kat bilik akak. Dorang pun cerita yang dorang beli jeans, kasut kulit lawa-lawa. Apsal akak dan Roza tak jumpa pun kedai tu?? Pastu, boleh tak akak baru tau, besoknya tu, dah takde masa nak shopping! Pukul 7 pagi kami dah kena bergerak ke Jakarta semula dah. Sebab nak kejarkan flight balik KL. Abes, apa akak nak buat dengan Rp800,000 akak nihhhh?? Menyesal akak tak abeskan kat Pasar Baru!! Arrrrggghhhh!! Stress!! Lepas tu, baru jugaklah akak tau kalau nak beli jeans Levi’s tu, kat Factory Outlet Toko Tiga! Bukan di Rumah Mode, bukan di Cihampelas Walk! Stress berganda! Dahla agak membuang jugak masa lepak kat Cihampelas Walk tu.. Cimpreng betol!

Takpe Bandung, akak akan kembali lagik!!! Ko tunggu!!

3 Comments

  1. ke bandung pada 19 mac 2009, rasa nak gi lagi

  2. aris rinaldi
    12:36 pm on February 7th, 2013

    heboh juga blognya ^^v

    salam kenal
    http://arishms.com

  3. Kita Holidays Travel&Tour
    2:21 pm on April 16th, 2013

    Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.