Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Mamma Mia.. Italia!!!

Keji kan? Dah 3 bulan trip ni baru sebok nak cerita. Kalau ikutkan maaaalaasssss betul tapi kang mana tau dah tua-tua nanti akak Alzheimer ke (Nauzubillah), boleh jugak akak ingat balik momen-momen indah dalam hidupku. Gituhh..

Whateva, mehlah kita cerita-ceriti ye..

Ni destinasi ke-4 Elite Trip akak bersama PruBSN Takaful. Nak join Elite Trip ni ada cara dia. Achieve target tahunan, PruBSN akan bawak jalan free. Bahasa pasar dia yang agak keji  “Makan tanggung, berak cangkung“. Bawak diri dengan duit nak shopping je. Lain-lain, PruBSN cover. So, sape-sape yang achieve target pada tahun 2013, mohle kita ke Italy..

map_of_italy

Trip ni sebenarnya pada 9-16 Mac yang silam. Keji kan? Dah 3 bulan dah.. Hiks! Trip kali ni kami dipecahkan kepada dua group. Satu naik Qatar Airways dan satu group lagi naik Emirates Airlines. Akak group yang kedua, naik Emirates. Group pertama terbang dulu, pukul 9 malam dan akan transit di Doha. Emirates pulak pukul 1 pagi tapi pukul 10 malam dah nak kena berlonggok kat airport untuk urusan check in.

Alhamdulillah, tepat jam 1.10 pagi kami pun berlepas dari KLIA. Macam biasa, kalau naik Emirates, kena transit kat Dubai.. KL ke Dubai mengambil masa 7 jam. Lagi dua jam nak sampai Dubai, barulah kitorang dapat makan. Kira cam sahur pulak jadinya. Belasah jelah..Kami sampai Dubai lebih kurang jam 4.30 pagi. Waktu Dubai 4 jam lewat dari KL so masa kami sampai tu, kiranya KL dah pukul 8.30 pagi..

Baper jam pulak transit kat Dubai? Amikkaw 5 jam kat situ. So, disebabkan transit lebih 4 jam, dapatlah kitorang meal voucher untuk sarapan.

Kali ni akak pilih donat dengan sandwich. Giler besar donat dia. Memang tak abes makan!

Lepas makan, jenjalan kejap kat airport Dubai sampailah pengumuman dibuat untuk boarding.. Akhirnya pukul 9.30 pagi kami terbang meninggalkan Dubai menuju ke Rome..

Babai Dubai.. Dubai yang sempat akak snap. Padat!

Dubai ke Rome pulak mengambil masa lagi 6 jam lebih. So, cer bayangkan berapa jam akak tak mandi? Ok, jangan bayangkan. Kang tak lalu pulak nak makan.. Hua hua hua…

Hello Rome!

Kami tiba di Leonardo da Vinci Airport lebih kurang jam 12.40 tengahari atau jam 7.40 malam waktu Malaysia (Rome 7 jam lambat dari KL). Airport ni dekat dengan laut. Group yang naik Qatar Airways dah sampai pukul 7 pagi lagi. Syokla dorang dapat jalan lama-lama sket..


Dalam train menuju ke Arrival Hall

Masa ni sebenarnya dah penat gilosh. Rasa macam nak tido je. Nak menunggu luggage la bagai. Uiii, memang menguji kesabaran.


Ni tour guide tengah bagi briefing

Ada surau okeh kat airport Rome

Destinasi pertama kami ialah Colosseum iaitu stadium gergasi terkenal di dunia. Nama coach capten kitorang ialah Moritzio. Italian name sangatzz.. Haha.. On the way nak ke sana, kitorang singgah dulu kat salah satu RnR dorang yang dipanggil Autogrill untuk lunch.

Autogrill

Takdelah lunch beriya pun, ni ha je…

Alhamdulillah

Selesai makan, kami sambung perjalanan.. Ni la rupa serba sedikit Bandar Rome. Selain bangunan-bangunan lama dan bersejarah, ada jugak bangunan moden.. Tapi bangunan-bangunan kat Rome memang takde yang tinggi-tinggi.

Jem pon adalah biasa… Kebanyakan kereta kat Rome ni akak nampak semua compact car macam Jazz, Atos. Mungkin sebab jimat dan senang nak park kereta kot..

Banyak compact car je

Bila bas melintas kat satu padang, akak nampak ada sorang pompuan tengah lepak atas rumput. Akak perhatikan je perangai dia..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Bila dizoom, rupanya tengah korek jerawat. Bley??

Selain bangunan moden, opkos Rome ni dihiasi dengan bangunan-bangunan dari runtuhan kota lama. Menurut tour guide kami (tour guide Malaysia), Rome ni ada dua bandar. Satu atas tanah dan satu lagi bawah tanah dan kota Rome juga berusia lebih 3,000 tahun. Amazing kan?

Tetiba je terpacak kat sini..

Bangunan-bangunan lama sekitar Rome


Ni kota lama yang dah runtuh

Moteeep tong sampah pon akak nak amik. Heehee

Tak lama lepas tu, dalam pukul 3.30 petang, sampailah kami ke Colosseum. Mana bendanya?? Sabarrrr…

Ni ke? Macam bukan je…

Bersambung…

 

Eloooo.. Blog ni dah macam hidup segan mati tak mau. Kan? Bersawang siap! Adakah hidup akak tak gembira kebelakangan ni? Haha takde makna. Sedih ke gembira takde kena mengena dengan sifat pemalas diriku. Haha kantoi pemalas rupanya..

Oklah, daripada dibiarkan bersawang, mehlah akak cerita sikit pasal event PruBSN 11 Januari aritu. Macam biasa, setiap awal tahun pihak PruBSN akan buat kick off event. Ala-ala sepak mula gitu. Yelah, tahun baru, semangat baru, target baru..

Kali ni kick off 2014 dibuat di KL Convention Centre. Lebih kurang 600 orang agent yang hadir sama. Kali ni akak bawak 3 orang agent baru. 2 orang dari Johor yang akak jumpa masa karnival kerjaya kat PWTC tahun lepas dan sorang lagi anak buah akak..

Kitorang gerak dari Kotadem pukul 7.30 pagi dan sampai KLCC dalam pukul 8. Oklah, jalan pun tak jem.. Sampai je, setelkan urusan pendaftaran dan ambil T-Shirt event. Lepas tu cam biasalah, bergambo. Kah kah..

20140121-080345.jpg

Comelkan kitorang? Wakkakaa. Sempena World Cup tahun ni, tema kick off kitorang pon bola jugak.. GO FOR GOAL katanya.. Yeahh!!

20140121-081308.jpg

Event start dalam pukul 9 pagi. Seperti biasa, memula opening speech daripada CEO kami – Mr. Azim Mithani. Alhamdulillah, PruBSN masih mengekalkan kejuaraan sebagai penyedia takaful terbaik di Malaysia.

20140121-081000.jpg

Pastu tak sangka, tetiba akak naik pentas terima sijil dan hadiah sebagai salah seorang pengguna pertama PruBSN Mobility (ni entry lain nanti)

20140121-085059.jpg

Sebelum rehat untuk minum pagi, destinasi Elite untuk 2015 diumumkan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

20140121-081027.jpg

Yeah, destinasi kami seterusnya ialah Maghribi dan Sepanyol. Haha Maghribi katanya. Oklah, Morocco sedap sikit.. So, Morocco & Spain! Mu tunggu aku datang!

Selepas berhenti rehat untuk minum pagi, kami dihiburkan dengan keletah Prof. Izzi Haji Ali. Memang pecah perot dengan gelagat ala-ala cekpon dia tu. Sambil dia berlawak, sambil dia bagi semangat kat kitorang. Tapi, mesti CEO akak tak paham apa yang Prof. Izzi melawak dan kenapa kitorang gelak cam haramjadah. Haha.
CEO akak cakap Melayu pon pelat-pelat. Seksa betul bila dia try cakap Melayu. Hik hik.. Maklumlah, London mari..

20140121-082529.jpg

20140121-082617.jpg

Akak sempat snap kasut Prof. Izzi. Bukan main lagi. Baju pon dah macam M.Daud Kilau.. Hiks!

20140121-082737.jpg

Lepas dah puas ketawa berdekah-dekah, rehat untuk lunch pulak..

Lepas lunch, event kami digegarkan lagi dengan kehadiran motivator seterusnya iaitu..

20140121-085635.jpg

Dollah Salleh. Moteeeep? Ada kena mengena ke? Opkoslah ada. Kata tema bola kan? Hehe.. Kalau nak ikutkan, memanglah Dollah Salleh ni tak reti nak motivate agent-agent insurans ni tapi rasanya pendekatan dia sama je bila dia motivate anak-anak buah dia kat atas padang. Dia cakap, dia anggap anak-anak didik dia macam kawan. Biar dorang happy masa main bola. So, takdelah main bola dalam keadaan tertekan. Sebab tu tak hairan bila dia boleh bawak pasukan underdog macam MPPJ menjuarai Piala Malaysia. So, kalau nak relatekan dalam bidang insurans, leader-leader kena anggap agent bawah dorang macam kawan. Barulah kitorang semangat nak buat sales. Gitu..

Event berakhir lebih kurang pukul 5 petang. Patutnya boleh je terus balik tapi lepas tu menggedik ramai-ramai pegi minum kat fudkot KLCC. Dan hasilnya, parking yang kena bayo ialah….

20140121-090704.jpg

THORbaikk!!!!

Tu je.. Sekian. Eh dah habes? Dah arrr.. Haha. Adios!