Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Halohaaa.. Ni cite lama. Awal bulan aritu punye cerita. Awal bulan aritu, sepupu saya meninggal. So, saya pun baliklah Sungai Choh untuk berziarah. Sebelum balik tu, saya amik mak saya kat Istana Negara Jalan Duta dulu. Apa mak saya buat kat Istana Negara tu? Mak iols bukan dayang oke. Dia cleaner kat Istana Negara tu. Mak uols mampoo? Haha.. Tapi jangan pulak speku yang saya tak bagi duit belanja kat mak saya sampai dia kena keje jadi cleaner pulak ye. Dah memang dia degil. Nak keje gak walaupun umur dah 69 tahun. Sakit badan katanya kalau duduk kat rumah. Saba je ahkak.

Oke, berbalik kepada cite Istana Negara ni. Untuk pengetahuan semua, Istana Negara yang terletak di Jalan Duta ni ada 3 pintu masuk. Pintu masuk utama memang terletak di Jalan Duta. Pintu masuk kedua terletak di Jalan Semantan dan pintu masuk ketiga terletak di Seri Hartamas. Mak saya memang dah pesan, kalau nak amik dia, kena ikut pintu ketiga tapi dia tak bagitau pulak kena masuk dari Seri Hartamas tu. So, saya dengan penuh konfidensinya, memandai-mandai sendiri. Lepas kuar tol Jalan Duta tu, saya pun masuklah ikut signboard ISTANA NEGARA yang terpampang. Sudahnya, saya termasuk ke pintu utama. Nak keluar balik, memang makin lambat la nak carik pintu ketiga tu. So, saya call mak saya, mintak supervisor dia hantar kat pintu utama.

Sambil-sambil menunggu tu, saya pun turun dari kereta dan amik gambar kat depan pagar Istana Negara tu. Nak masuk dalam memang tak bolehlah. Kat tempat parking, saya tengok lebih kurang 10 buah bas pelancongan yang ada. Ilang akal ramai betul pelancong datang melawat. Saya rasa kalau saya tak tersesat, memang tak sampailah kot kat sana.

So, mehla tengok gamba-gamba iols di Istana Negara ๐Ÿ˜‰

Istana Negara dari kejauhan

Pintu gerbang istana

Signbod..haha

Ustanyah Pilihan

Nak jugaaakkkk..

Rasa nak lempang muka sendiri!

Nasib tak kena terajang dengan kuda

Ala sayang dia… Padahal kecut pankreas ahkak masa ni

Motippp dengan kuda pon ko nak raba?

Macam kat studio gamba tak?

Kalau emas betul ni, nak je iols kikis

Pelancong pun ramai

Bersama Abang Hulubalang. Atau mungkinkah ini Hang Kebun?

Tak lama tu, masa saya pun sampai. So dia nak join sekali amik gambo.. Hiks..

Takut-takut kena sondol dengan kuda. Berdiri pon jejauh

Hi mommy!!!

Model ibu dan anak. Hak hak..

Seboookk je nak peluk mak orang.. Haha

Yang kelakarnya, masa saya dengan member saya dok pose-pose depan ni, adalah mamat 3 orang. Rasanya pelancong dari China. Dah agak berumur lah. Dia sibuk nak amik gamba dengan kitorang berdua. Kitorang layankan aje. Tapi lebeh-lebeh plak dia. Siap nak peluk-peluk pinggang. Wahhh ko! Dah dibagi betis, nak peha ye. Saya pon berdiri jauh sikit dari dia, pastu boleh dia tarik pinggang saya. Hampeh betul! Tak pasal-pasal kena gangguan seksual. Abang polis yang mengawal kat depan tu, gelak-gelakkan aje kitorang. Huhu..

Okla, cukup dulu sampai sini. Kalau korang tatau nak gi mana kat KL ni, bawakla anak-anak jalan-jalan kat Istana Negara tu. Lawa pemandangan. Boleh gak lepak-lepak kat taman dia. Enjoice!!!

p/s : Untuk maklumat lanjut mengenai Istana Negara, boleh klik di sinihhh!

ุฃู‹ู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’
ย ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู

Ditulis oleh Abu Basyer.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammadย  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sifat buruk sangka, bangga diri, ujub dan sombong adalah sifat-sifat mazmumah yang perlu kita jauhi. Tanpa kita sedari bahawa apabila sifat-sifat iniย  telah bertapak dalam hati kita akan menyebabkan hati kita berpenyakit dan akan merosakkan amalan kita kepada Allah SWT.

Terdapat satu kisah seorang ulama sufi bernama Hassan al-Basri dengan seorang pemuda berdua-duaan dengan seorang wanita.
Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hassan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang wanita. Di sisi mereka terletak sebotol arak. Lalu Hassan berbisik “Alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau dia seperti aku!”

Tiba-tiba Hassan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas. Enam dari tujuh penumpang itu berjaya diselamatkan.ย 

Kemudian dia berpaling ke arah Hassan al-Basri dan berkata, “Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang.”

Bagaimanapun Hassan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu bertanya padanya. “Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan arak. Ini hanya untuk menguji tuan.”

Hassan al-Basri terpegun lalu berkata, “Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan.”

Orang itu menjawab, “Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan.”

Semenjak itu, Hassan al-Basri selalu merendahkan diri bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih dari orang lain.

Sahabat yang dimuliakan,
Sebagai pengajaran untuk di ambil sebagai iktibar kisah diatas, terdapat dua cara untuk mengatasinya.

Pertama : Jangan berburuk sangka dengan orang lain serta memandang rendah padanya. Apabila kita melihat orang lain membuat maksiat kepada Allah jangan menghinanya atau reda dengan perbuatannya dan cuba mencari aibnya. Berilah nasihat yang baik penuh hikmah. Anggaplah berkemugkinan orang itu jahil tentang perbuatannya. Sebagai muhasabah diri sendiri pula, kita patut malu pada diri sendiri yang dikurniakan oleh Allah SWT ilmu ini tetapi masih juga melakukan perbuatan yang dilarang oleh-Nya.

Buruk sangka kepada orang lain atau yang dalam bahasa Arabnya disebut su’ u zhan mungkin biasa atau bahkan sering hinggap di hati kita. .Yang parahnya, terkadang persangkaan kita tiada mempunyai asas dan tiada alasan yang benar. Memang semata-mata sifat kita suka curiga dan penuh sangka kepada orang lain, lalu kita membiarkan zhan tersebut bersemayam di dalam hati. Bahkan kita membicarakan serta menyampaikannya kepada orang lain. Padahal su`u zhan kepada sesama kaum muslimin tanpa ada bukti yang kukuh merupakan perkara yang terlarang.ย 

Kedua : Perkara yang patut kita ingat adalah tentang diri kita iaitu perbuatan baik orang pada kita dan perbuatan jahat kita pada orang lain. Perkara yang patut kita lupakan adalah kebaikan kita pada orang dan kejahatan orang pada kita. Barulah hati kita akan menjadi bersih dan terhindar daripada sifat bangga diri dan menghargai kebaikan orang lain.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang percaya pada keterangan Kami, ialah orang yang apabila dibaca ayat-ayat itu kepada mereka, mereka sujud, tasbih memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri. Mereka meninggalkan tempat tidurnya menyeru Tuhannya dengan perasaan penuh kecemasan dan pengharapan dan mereka membelanjakan (di jalan kebaikan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka,”
(Surah as-Sajadah ayat 15-16)