Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Haa.. Sambung lagi ye..

Lepas dah puas tengok show Lion King, kitorang pun keluar carik tempat lain yang boleh diterjah untuk sambung main..

Masih hujan…

Hujan-hujan pun, kami mencuba nasib di Grizzly Gulch. Mana tau boleh main sebab tengok ada je yang tengah terjerit-jerit naik roller coaster tu..

Ni la rupanya.. Outdoor punye roller coaster..

Atas kepala akak tu T-Shirt spare. Dah lencun!

Tengok macam biasa je roller coaster dia. So, bolehlah naik. Sekali!!!!!! Mak aiii rasa nak terkincit.. Dia dah bawak kita ke depan, pastu boleh pulak dia reverse laju-laju. Nangkeroyo cinabeng #%#&!@$# betul! Kusss semangat. Dah la still hujan renyai-renyai. Akak takut je tercampak ke bawah.. Huwaaaaa… Adrenaline rush gitu.. Tapi… BEST!!

Dah turun tu, round-round pulak kat luar tu.. Ada air pancut panas..

Jaga-jaga Cik Salmah. Nak meletup tu..

Haaa.. Menggelegak dah..

Pastu ada pulak lubuk emas gitu..

Kalau bebetul emas kan best. Memang akak kikis sikit

Pastu ada tempat kita boleh amik gamba ala-ala dalam jel. Ni lah akibat mencuri emas.. Hehe..

Dah amik gamba lebih kurang kat Grizzly Gulch, kitorang plan nak pegi tempat lain pulak. Masa makin suntuk. Banyak tempat tak pegi lagi ni.. So, kitorang plan nak melawat rumah Tarzan atas pokok pulak kat Adventureland.

Tu la rumah Tarzan

Cantek kan?

Nak ke rumah Tarzan tu kena naik rakit sebab rumah dia kat seberang sungai.. Ayuh!

Nama rakit ni KALA

Atas rakit

Eksyen je ni.. Padahal pakai enjin

Encik Joe, Ima & PP

Tukang kayuh rakit.. Yelah, kayuh la sangat…

Sampai dah… So, mari kita panjat rumah Tarzan

Kena lalu jambatan gantung la pulak


Tarzan masa kecik bersama mak angkat beliau

Hensem kan? Hai Abang Zan.. Cekci la u ni..

Sebok je si Jane ni..


Pandangan pelantar dari atas rumah Tarzan

Dah puas merayau kat rumah Tarzan, kami berpatah balik ke seberang sana sebab nak naik Jungle River Cruise yang akak tak dapat naik memula tadi sebab hujan lebat..

Moh beratur lagi

Kali ni beratur tak lama sebab banyak botnya..




Memula nampak gajah berendam

Nampak pulak kuda belang

Gajah lagik..

Buaya pulak bertenggek atas batu

Hoii badak! Ko mengantuk ke hape?

Siap ada keluar api dari gua

Memang best lah.. Walaupun binatang-binatang tu patung je, tapi oklah sebab dorang bergerak, mengaum, menganga.. Hehe.. Orang tua pun suka, ape lagi budak-budak. Ye tak?

Setel berjungle cruise, masa tu dah pukul 6.30 petang. Hari pun dah mula gelap.. Waktu Malaysia dan Hong Kong sama cuma sana cepat gelap.

Melintas pulak kat Fantasyland tapi tak masuk pun

Bila tengok hari dah tak hujan, kitorang pegi lagi sekali ke Toy Storyland sebab nak jugak naik RC Racer bentuk U tu.. Pastu kat situ nampak jugak macam ada payung terjun askar tu. Nampak macam best jugak..

Lantai masih basah-basah

Memula kitorang naik Toy Soldier Parachute Drop sebab nampak macam tak mencabar sangat.


Kenalah beratur ye..

Bila dah naik… Haa kau!! Rasa nak tetinggal sepende kat atas tu. Memula dia naik tu oklah, slow je. Bila dia turun tu, zaaaassssssss!!!! Rasa bontot tak jejak kat seat. Adoiiiinya pun!!! Padan muka kan.. 6-7 kali jugaklah dia turun naik tu.. Hadoii!

Tak serik-serik ni, nak jugak naik RC Racer tu..

Malas cakap banyak, tengoklah video ni..

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=__xEzZ1FX2Y[/youtube]

Haaa.. Game ni paling biadap!! Haku rasa melayang-layang je kat atas tu. Memang kecut perut sangat hoiii!!! Lagi ngeri dari roller coaster rasanya. Nampak je macam simple, ke depan ke belakang. Akan tetapi!! Ngilu apejadah sume akak rasa. Dah la masa tu akak tengah batuk. Dua minggu jugaklah tak elok-elok. Lepas turun je dari RC Racer tu,  terus akak rasa macam sakit jantung. Sampai jumpa doktorlah bila balik KL. Doktor kata otot dada akak bengkak. Haha, rasanya selain batuk, penangan RC Racer ni jugaklah kot..

Lepas dah sakit dada semua tu, Encik Joe kata nak belanja makan. ALHAMDULILLAH!!! Orang nak belanja, jangan ditolak.. Huhu..


Kitorang makan kat Tahitian Terrace dalam Adventureland..


Kat sini jual makanan halal. Ada laksa, nasik semua. Sedap jugaklah..




2 set laksa, dua set nasik, 2 air. Total HKD366 atau RM150. Tak pengsan kau??!!


Lepas makan, kitorang jalan laju-laju ke Sleeping Beauty Castle semata-mata nak tengok pertunjukan bunga api. Show setiap hari start pukul 8 malam. Show dia 15 minit je tapi memang sooooo amazing!!

Belum start lagi masa ni..

Punyelah ramai manusia. Memasing amik angle mana paling lawo nak amik gamba nanti..

Actually kalau nak tengok show ni tak boleh dekat-dekat sangat sebab nanti tak nampak semua bunga api tu terbang. Kena jauh sikit. Baru cun!

Haa, start dah!

Lawa kan?

Untuk kesan lebih dramatik, opkoslah akak ada amik video..

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=t541d9k6VMU[/youtube]

Hoihhh!! Puas ati sangat-sangat… Tourist guide kitorang dah pesan awal-awal, tengok bunga api tu dari entrance je sebab nanti ramai sangat orang keluar. Takut berebut-rebut nanti lambat sebab nak kena sampai kat bas pukul 8.30 macam tu.



Bye Hong Kong Disneyland.. Ada rezeki, panjang umur boleh datang lagi..

Ada stesen MRT kat luar

So, berakhirlah lawatan kitorang ke Hong Kong Disneyland. Best! Puas! Nanti boleh repeat sebab akak teringin nak duduk kat Hotel Disneyland. Huhu..

So, apa souvenir yang akak beli dalam tu?

Ni je….


Macam biasa.. Fridge Magnet..

Ok, ni harga tiket..

 

Ticket Type

Standard Day Ticket

Designated Day Ticket

General Admission Ticket
(aged 12-64)

HK $450

HK $450

Child Ticket
(aged 3-11)

HK $320

HK $320

Senior Ticket
(aged 65 or above)

HK $100

HK $100

Admission Valid Days

Standard Day Ticket is valid on all days during validity period, except Designated Days. Designated Day Ticket is date-stamped and valid only on that specified date.

HKD100 ~ RM40. Ni harga untuk 1 Day Pass. Kalau untuk dua hari lagi murah. Boleh cek kat website rasmi kat sini. Waktu operasi pulak dari pukul 10 pagi-9 malam.

Ok.. Daaaa….

No Comments :(