Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Haa, sampailah kita ke episod terakhir akak di Turki. Akak buat lambat-lambat entry ni bukan apa. Akak sedehh nak berpisah dengan kenangan di Turki (poyo!). Huhu.. Padahal banyak lagi entry nak menyusul lepas ni.. Pasni entry Bangkok plak.. Fengsan!!

Okla, cakap banyak pun tak guna. Mehlah akak sambung.. Nak tau kat mane kitorang dibawa pada hari terakhir kat Istanbul ni? Macam akak bagitau kat entry lepas, tempat ni merupakan salah satu tempat yang paling cantik akak pernah jejak. So, stay tune!

So, pagi-pagi macam biasa, kenalah sarapan dulu. Beg-beg pun dah siap kemas sebab lepas sarapan, semua beg kena angkut dalam bas. Dah nak balik kan…


Koma tengok makanan


Cer tengok.. Akak makan sikit je tau..


Lepas makan..

Lepas makan, siap-siap kemas semua beg dalam bas, akhirnya bas bergerak meninggalkan hotel. Cuaca Alhamdulillah terang benderang. Best sangat..

Lebih kurang jam 9 pagi, kami akhirnya sampai ke tempat yang dituju. Selepas diturunkan oleh pemandu bas berhampiran Masjid Biru, kami dikehendaki berjalan kaki lebih kurang 3-400 meter untuk sampai ke tempat tu. Walaupun cuaca panas, tapi angin yang bertiup membuatkan kami tak berpeluh atau penat. Rileks je. Cuba berjalan kat KL, mau berkepam ketiak. Kah kah..

Di sepanjang jalan tu, sempatlah akak snap-snap lagi. Macam tak biasa kan dengan habit akak ni..


Bangunan tengah repair


Kucennnnnn.. Gemok!!


Gerai jualan Fridge Magnet


Depan Masjid Biru..


Di bawah pohon kurma..


Dengan Adam..

Sedikit info tentang Istana Topkapi

Istana Topkapi (Turki: Topkapi Sarayi yang bermaksud “Istana Pintu Meriam”) adalah sebuah istana yang besar di Istanbul, Turki, yang merupakan kediaman utama Sultan Uthmaniyyah selama kira-kira 400 tahun (1465-1856) daripada 624 tahun era pemerintahan mereka.

Seperti kediaman di raja yang lain, istana ini juga menjadi tempat untuk majlis negeri dan hiburan di raja. Kini ia merupakan tarikan utama pelancong yang mengandungi peninggalan suci penting dunia Islam termasuk jubah dan pedang Nabi Muhammad S.A.W. Istana Topkapi yang mengandungi pelbagai monumen bersejarah ini telah diisytiharkan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1985.

Pembinaannya bermula pada tahun 1459, seperti yang diperintahkan oleh Sultan Mehmed II, penakluk Constantinople pada era Byzantine. Kompleks istana ini terdiri daripada empat laman utama dan bangunan-bangunan kecil yang lain. Pernah pada suatu ketika, istana ini menjadi tempat kediaman seramai 4,000 orang.

Istana ini meliputi kawasan yang sangat luas dengan garis pantai yang panjang. Ia dikelilingi oleh dinding tembok sepanjang 5km dan luasnya mencecah 700,000 meter persegi. Kompleks ini juga telah berkembang sehingga berabad-abad dengan beberapa pengubahsuaian selepas gempa bumi pada tahun 1509 dan kebakaran yang berlaku pada tahun 1665 . Istana ini mengandungi masjid, hospital, kedai roti dan tempat mencetak wang.

Bermula dari akhir abad ke-17, Istana Topkapi secara beransur-ansur telah hilang kepentingannya kerana Sultan memilih untuk menghabiskan lebih banyak masa di istana baru mereka berhampiran Selat Bosporus. Pada tahun 1856, Sultan Abdul Mecid I memutuskan untuk memindahkan pusat pemerintahanke Istana Dolmabahce yang baru dibina yang merupakan istana gaya Eropah yang pertama di bandar tersebut. Walau bagaimanapun, sesetengah fungsi seperti perbendaharaan di raja, perpustakaan dan tempat mencetak wang masih dikekalkan di Istana Topkapi.

Berikutan berakhirnya Empayar Uthmaniyyah pada tahun 1921, Istana Topkapi telah berubah menjadi muzium atas perintah kerajaan Attaturk pada 3 April 1924 . Muzium Topkapi Palace ditadbir oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan. Walaupun kompleks istana tersebut mempunyai beratus-ratus bilik dan dewan tetapi hanya kawasan tertentu sahaja yang dibuka kepada orang awam dan ia dijaga oleh pegawai-pegawai kementerian serta pengawal bersenjata tentera Turki.

Jom tengok persekitaran nak masuk Istana Topkapi ni..








Cantik gilerrr kan? Pastu macam biasa nak masuk kat mane-mane tempat kat Turki ni, kena scan dulu..




Ok.. Boleh masuk dah…





Empire Gate

Empire Gate atau Pintu Sultan merupakan pintu masuk utama ke halaman pertama dalam Istana Topkapi. Kesemuanya ada empat halaman dan setiap halaman menempatkan bangunan tertentu. Halaman ke empat merupakan halaman peribadi Sultan.

Pada zaman Empayar Uthmaniyyah, pintu ini dibuka mulai solat Subuh sehingga solat Asar.


Siling mewah keemasan







Perpustakaan Sultan Ahmed III



Paip air yang juga tampak mewah

Nampak macam hari terang dan panas kan? Tapi sebenarnya sejuk uols. Tu yang tak tahan sampai kena pakai penutup telinga macam poyo-poyo je tu.. Stokin dua lapis. Hiks!



Bangunan istana yang dah dijadikan muzium

Ada beberapa bangunan dalam tu dah dijadikan muzium. Tapi sayangnya tak boleh amik gamba dalam dia. Dikawal ketat oleh tentera yang bersepah-sepah dalam tu. Siap ada CCTV lagi. Banyak barang-barang peninggalan zaman Rasulullah ada dipamirkan. Paling mengharukan bila tengok pakaian Siti Fatimah r.a. Compang camping. Kita ni punyelah banyak kain baju sampai tatau nak pakai baju mana satu selalunya. Lepas tu ada gak nampak saprah ke entah kain alas lantai Siti Fatimah r.a. Habis bertampal-tampal. Kita ni? Rumah mewah dengan karpet tebal segala macam. Tu pon tak reti-reti bersyukur lagi. *Lempang muka sendiri bertalu-talu.. Macamana agaknya kehidupan dorang masa dulu kan?

Selain tu, ada juga dipamirkan barangan peribadi Rasulullah seperti pedang, gigi, janggut dan sebagainya. Barangan para sahabat pun ada.

Bersebelahan muzium yang mempamirkan barang-barang Rasulullah, ada pulak muzium yang menempatkan barang-barang mewah Kesultanan Empayar Uthmaniyyah. Ada satu cincin tu, batu permatanya besar penumbuk budak. Uiii lawa betul. Pastu nampak pulak buaian baby diperbuat daripada emas. Ko mampoooo? Akak pun tak mampooo… Dalam tu jugak, ada kerusi yang diperbuat daripada batu jade. Nampak macam berat. Cemanala dorang mengangkut tu. Mau sakit-sakit pinggang. Gatal je tangan ni nak snap gambo tapi takut kena rampas pulak kamera. So, korang datang sendiri tengokla nanti ye..


Pokok berlubang

Banyak pokok yang berlubang macam ni kat dalam taman Istana Topkapi ni. Pokok-pokok ni jadi camni sebab dijangkiti kulat. Walaupun dah tokak-tokak cenggitu, tetaplah jugak dia survive walaupun dah berusia ratusan tahun.

Lepas melawat dari satu muzium ke satu muzium, saya terjumpa pulak laluan bertangga menuju ke taman yang sangat cantik dengan pemandangan yang sangatlah lawanya. Dari atas tembok yang menyerupai balkoni, kita boleh nampak Selat Bosphorus yang membiru..








Boleh turun tangga untuk lepak minum kat bawah



Boys Over Flower. Kah kah. Ala-ala cite Korea gituh..













Bersama mak angkat dan pak angkat dari USA



Selepas puas bersiar-siar dan bergambar di kawasan sekitar, tibalah masa untuk makan tengahari di Konyali Restaurant Cafe yang menghadap Selat Bosphorus..













Macam nasik ayam rupanya tapi rasa tak serupa. Yang ni lebih rasa butter


Kiwi dia masam nauzubillah

Pemandangan Selat Bhosporus lagi..




Lepas makan, saya dan sorang member iaitu Faizal bercadang nak pegi tengok taman satu lagi di kawasan istana tersebut. Katanya, lagi cantik pemandangan kat situ. So, kitorang pun merayap sampai ke kawasan tu..


Dalam perjalanan, nampak pulak burung kaler hijau yang cantik ni

Kat kawasan tu pun ada muzium lagi tapi kat sini boleh amik gamba. Maybe sebab bukan barang-barang peribadi sultan yang mewah-mewah kot..







Dinding yang cantik dihiasi batu marmar



Lepas round muzium, tengok pulak pemandangan kat situ.. Perrgghh!! Memang shantekkk uols! Boleh nampak sebahagian besar bandar Istanbul. Padat-padat gakla bangunan dia..





Entah anak Cinapek ke, Jepun ke, Tibet ntah. Apsal mata akak sepet sangat nih?

Teringat pulak kejadian dalam lif kat salah sebuah shopping mall di Takhsim Street, Istanbul. Ada 2-3 orang mamat Turki yang naik sekali dengan akak. Tetiba sorang mamat tu tegur “Are you Japanese?“. Kah kah celah mana hitam camni Japanese katanya. Maybe dia tengok akak poyo-poyo pakai penutup telinga merah tu kot. Ala-ala Japanese gittew. Pastu akak jawabla “No, I’m Malaysian“. Seb baik akak tak jawab “I’m Bengkuluans“. Hiks!


Apa moteeeep akak terlentok dan menonggeng camni ntah. Si Faizal tu redho je amik gamba akak.. Haha


Dekat-dekat pukul 12 tengahari, akak dan Faizal pun menuju ke tempat menunggu seperti yang dah diarahkan oleh Sinan masa awal-awal tu. Bila sampai je, tengok budak-budak lain dah lambai-lambai suruh kitorang cepat. Rupanya dorang dah cuak tunggu kitorang. Ingatkan kitorang hilang gi mana. Yelah, nak kena gerak dari Istana Topkapi tu ikut jadual sebab takut tertinggal flight.


Berpusu-pusu keluar

Akhirnya saya tinggalkan Istana Topkapi dengan seribu satu macam perasaan. Azam saya akan jejak tempat ni sekali lagi InsyaAllah.. Entahlah, suka sangat. Pemandangan menakjubkan, taman yang cantik dan bangunan yang penuh dengan tinggalan sejarah. Best sangat-sangat!

Kemudian kami pun berjalan keluar menuju ke tempat bas menunggu kami. Agak jauh jugak le. Lepas semua dah naik bas, akhirnya bas bergerak menuju ke airport.

Dalam pukul 1 lebih, akhirnya kami tiba di airport.


Pasaport Kontrol katanya..

Lepas check in, kami dibenarkan merayau-rayau dalam airport sementara menanti waktu penerbangan. Sempatlah makan Turkish Ice Cream yang diperbuat dari susu kambing.


Turkish Ice Cream yang super sedap!

Dah setel semua, jam 2 lebih kami mula masuk ke dalam perut pesawat. Penerbangan dijadualkan pada jam 3.00 petang tapi bila saya tengok jam, pukul 3.40 petang, pesawat masih belum terbang lagi. Masih bergerak di atas landasan. Terkedek-kedek. Ingatkan ada hal apa. Rupa-rupanya..


Jem daa…Sabar je, kapal terobang pun boleh jem..


Berderet-deret nak take off

Akhirnya pesawat kami mula meninggalkan bumi Turki. Sempat lagi saya snap gamba..


Istanbul dari udara




Babai Turki. Nanti akak datang lagi…

Aktiviti seterusnya, selepas terbang lebih kurang dua jam, kami dihidangkan dengan makanan..


Makan time

Penerbangan memakan masa lebih kurang 11 jam. Patah gak la pinggang gue mengerekot tido. Sampai KL lebih kurang jam 8 pagi. So, tamatlah kembara akak ke Bumi Turki – Dunia Dua Benua.. *matila penutup tahape-hape..

Ok, daaa…

No Comments :(