Fuh!! Sampailah ke episod terakhir kat Italy…
Pagi-pagi macam biasa, kena breakfast dulu..
Omputeh sangat. Makan buah je..
Shantek kan cafe dia?
Amik gambo dulu depan hotel..
Ewahh, pakcik ni. Main peluk-peluk plak dia..
Dengan keta pun nak..
Pagi yang tenang di Milan..
So destinasi pertama kami pagi tu ialah Factory Outlet. Awas! Bukan Factory Outlet kat Italy ye. Tapi kami akan masuk ke selatan Switzerland, antara Lugano dan Milan untuk bershopping kat Factory Outlet situ..
Bangunan-bangunan kat bandaraya Milan ni semua unik-unik. Yang paling bestnya, tu adalah kolej untuk belajar fesyen okeh. Bangunan pon dah berfesyen-fesyen. Apetah lagi fesyen pakaian dorang kan..
Ni gereja kot. Biasalah, kat sana bersepah-sepah gereja..
Ni stesen minyak dorang. Carrefour. Hehe.. Kita kat sini dulu pasaraya sebelum ditukar kepada Aeon Big, Kat sana, stesen minyak pulak..
Harga minyak kat sini bertukar-tukar setiap hari…
Perjalanan nak ke selatan Switzerland ni, memanglah cantek giler. Subhanallah..
Masih nampak gunung bersalji
Tasik pun lawa…
Akhirnya sampailah kami ke Factory Outletnya iaitu Fox Factory Outlet.. Lets shopping!
Sume dah mabok masa ni.. Haha… Sengal-sengal je jari selagi duit tak abes..
Kak Liza beli jam untuk anak dia
Tak cukup duit. Takpe, boleh kuar lagi.. Haha..
Haha, dapat kuar duit pun suke..
Pasangan pengantin baru..
Senarai kedai yang ada..
Muka hepi lepas shopping
Tengok longkang dia. Bersih nak mampos! Jernih plak tu..
Lepas puas shopping, teruslah kita ke airport Milan. Dah nak balik KL dah hoii…
Tata Italy… Missed you already
Panjang umur murah rezeki, teringin nak pegi lagi. Tapi nak ke Pompei dan tempat-tempat lain kat Italy.. InsyaAllah..
Sekian saje cerita trip Italy akak yang dah masuk 2 tahun punye cerita. Haha.. Lepas ni nak cerita trip ke Morocco & Spain pulak. Semoga akak diberikan kekuatan dan kerajinan. Amin!