Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Semalam Ajrimon memforward satu email kepada saya tentang Chinese Eye’s Test. Saya cuba untuk baca tulisan di bawah ini, tak dapat-dapat juga. Anda bagaimana?

Dapat? Tak dapat juga ke? Ok, kalau macam tu, cuba tarik hujung penjuru mata anda, konon-konon anda seorang Chinese yang sepet. Ok, kemudian, baca semula tulisan tadi. Dapat tak? πŸ˜€

Ketika sedang melayari blog-blog yang menarik, saya terjumpa website ini. Ia menguji kepantasan kita menaip. Oh! Tidak, saya masih terhegeh-hegeh lagi menaip rupanya walaupun dah pegang komputer lebih 10 tahun. πŸ˜€

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kakak saya pernah menjadi guru menaip semasa dia mula-mula bekerja dahulu. Sekitar tahun 88 kalau tidak silap. Tapi masa tu, komputer belum digunakan secara meluas lagi. Mesin taiplah sebagai mediumnya. Biasalah, dah nama cikgu menaip, kalau dia menaip tu memang tak pandang la keyboard. Matanya mesti memandang ke kertas atau dokumen yang hendak disalin. Bisingnya satu rumah. Ketak tetuk ketak ketuk tinggggg!!! Hehe, bila dah sampai hujung sekali, kan ada bunyi ting. Pastu dia akan tarik semula ke hujung lagi satu, kreekkkkkkkk…

Rasanya arwah abah yang belikan dia mesin taip tu. Atau dia beli sendiri dengan duit gajinya, saya pun dah tak ingat. Mesin taip tu masih ada lagi. Mungkin kat bawah katil.

Saya pernah juga cuba-cuba untuk belajar menaip mengikut buku panduan menaip kakak saya. Taip huruf-huruf “A S D F” dengan jari kelingking hingga ke jari hantu tangan kiri dan huruf “; L K J” dengan jari kelingking hingga jari hantu tangan kanan. Masa tu saya kecil lagi. Bila menaip, jari-jari saya yang comel ni selalu juga terselit-selit, termasuk di celah keyboard tu. Sakit tau!

Bila saya minta kakak saya ajar, mula-mula tu dia OK la juga. Bila dah lama-lama asyik tak dapat-dapat, saya dapat ni – “Bising lah adik ni! Belajar la sendiri!!”. Hampeh! Hehe..sebab tu lah saya tak pantas menaip sampai sekarang. Ni semua salah kakak saya! Haha, gurau saja.

Jadi, kalau anda nak tau kepantasan anda menaip, silalah cuba sendiri. πŸ™‚