Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Akhirnya sampailah kita ke episod terakhir perjalanan saya ke Tanah Acheh melalui Jejak Kembara Tanah Rencong. Ikuti sambungan kisah episod terdahulu Jejak Kembara Tanah Rencong : Episod 4. Fuh!! Akhirnya…

Okeh, malam terakhir kami di Banda Acheh, shopping tak hengat. Bila ditenung, bila direnung.. Tengok barang-barang yang ada.. Ini tak muat ni kalau satu beg je. Dah la tak amik extra baggage masa book tiket Air Asia tu. Feeling-feeling backpackers sangat kan? Masing-masing cuma bawak beg sandang seketul je.

Keputusan pantas harus diambil segera. So, lepas makan Mee Kepitin tu, terus ajak Abang Rosli carik kedai yang jual beg balik kampung. Pusing punya pusing. Akhirnya jumpa satu kedai. Dia bagi harga Rp150,000 atau lebih kurang RM50. Ahhh amik jela. Malas nak pikir lagi.

Lepas dah dapat beg, kami terus balik ke Guesthouse tempat kami bermalam. Masa tu dah pukul 12 tengah malam. Pintu pun dah tutup. Habislah kalau tuan punya Guesthouse ni takde. Mana nak tido? Masjid lah jawabnya. Abang Rosli ketuk-ketuk pintu depan Guesthouse tu. Tak lama kemudian, Encik Fitri tuan punya Guesthouse tu keluar. Fuh!!! Selamat…

Masuk bilik, mandi-mandi dan lepas solat semua, saya pun start susun barang dalam beg baru dibeli. Syahir pon dah bagi barang-barang yang dia nak sumbatkan sekali dalam beg tu.

SEBELUM. Feeling-feeling backpackers

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

SELEPAS. Hambek! Macam orang nak pegi haji!

Ko tak koma tengok penambahan drastik sebegini? Dah la beg yang zip boleh bukak sampai 3 layer tu. Tiga-tiga layer sekali kami guna. Tu bukan lah barang saya sorang. Melampau… Tu dah campur barang-barang 3 orang punya. Barang yang banyak sekali mestilah barang-barang Syahir *larikkk

Satu masalah pulak, nak beli extra baggage dari web Air Asia. Nasib baik Encik Fitri tu ada broadband. Tapi besok pagi jelah saya book. Tidolah dulu kan..

Pagi besoknya dalam pukul 7 pagi, saya dah pinjam laptop dan broadband Encik Fitri. Kena pulak print benda tu. Pinjam pulak printer. Baik betul Encik Fitri tu. Kalau korang gi Acheh, boleh sewa kat Guesthouse dia aje. Baru 3 bulan beroperasi. So, takdela mewah sangat sebab dia buat Guesthouse tu kat rumah kedai biasa je.

Ni extension plug. Ingat ye, kat Indonesia pakai palam 2 pin je. Meroyan kitorang nak carik charger adapter

Saya lepak sambil surfing kat meja luar je. Sebelah tu kedai kopi. Boleh pesan je, nanti dia hantar.. Haha

Nama telco broadband dia Smartfren

Saya tawakkal je amik extra baggage up to 20kg. Bayaran dia RM35. Kalau berat beg tu lebih 20kg, menjawablah kat airport nanti.

Lepas tu, tengah saya nak beli barang kat kedai sebelah, Suzana panggil ajak pegi restoran sebelah tu. Tergesa-gesa nampaknya. Ingatkan hape. Rupanya dia nak suruh saya amik gamba dengan senapang. Senapang ada peluru hidup pulak tu. Sabar jela. Senapang tu Pak Polisi yang berkawal kat situ yang punya. Dorang cool je. Kalau kat Malaysia, rasanya tak dapek nak pegang-pegang camni…

Pasrah kena paksa

Ni Mat Saleh mana ntah nak amik gamba sekali. Layankan aje. Tinggi melampau! Iols bawah ketiak dia je..

Tuan punye senapang

Ramai-ramai

Macam pegang gitar je kak..

Yo-oo je.. Hiks

Pastu ada sorang mamat ni nak amik gamba dengan saya. Kawan dia dah amikkan gamba pakai handphone dia, dia tak puas hati. Dia nak suruh pakai kamera jugak. Selagi tak amik, dia berdiri je tunggu kat sebelah. Haa bang, jomlaa.. Muka saya ni macam ex-cewek kamu ke? Kah kah…

Baru saya perasan tangan dia kat pinggang saya. Cait!!! Nasib baik saya pakai beg sandang

Bengis la konon!

Bape la tinggi mamat ni gamaknya..

Abang Rosli pun dah sampai untuk bawak kami ke airport. Sebelum tu sempat la jugak amik gambar dengan Encik Fitri, tuan punye Crystal Guesthouse ni.

Kami dan Encik Fitri di hadapan Guesthouse beliau

Crystal Guesthouse

Masa tu jam menunjukkan pukul hampir 9 pagi. So, kami bercadang nak pusing-pusing sekali lagi Banda Acheh dan melawat tempat-tempat yang tak sempat nak pergi seperti Kapal Apung, Kapal di Atas Rumah dan Masjid Baitur Rahman. Semua dekat-dekat je antara satu sama lain. Paling dekat dengan Guesthouse kami ialah Kapal Apung. Jaraknya lebih kurang 400m je. So, kami pegi situ dulu..

Jalan nak ke Kapal Apung PLTD kena melalui celah-celah rumah orang

Masa tu belum bukak lagi. So, kami bergambar dari luar je. Di sebelah kawasan terdamparnya kapal tu, ada dibina Taman Edukasi Tsunami. Taman tersebut dibagunkan untuk anak-anak korban tsunami bermain serta menghilangkan trauma. Di sekitar taman, berdiri satu bangunan yang berisi catatan sejarah serta  gamba-gambar sekitar kejadian tsunami. Memang ngeri! Ada gamba pompuan mengandung terdampar, ada yang baby terkeluar dari perut, ada yang kembung sampai dah jadi hitam. Kesian sangat..

Tengah membincangkan isu serius..

Kat situ ada penjaga yang menjual DVD berkaitan dengan tsunami tu. Saya beli dengan harga Rp25,000. Tapi saya belum tengok lagi. Tak sampai hati. Kang menanges lagi. Nanti-nanti lah saya tengok.

Sedikit info mengenai Kapal Apung PLTD : Kapal Apung PLTD ini terdampar ke darat sejauh 5 km dari tempatnya berlabuh di laut Ulee Lheue Banda Acheh semasa kejadian tsunami. Kapal dengan berat 2.600 ton ini dahulunya digunakan untuk mebekalkan arus elektrik kepada masyarakat di wilayah Banda Aceh dan Aceh Besar, ketika Aceh dilanda konflik peperangan yang mengakibatkan sering terganggunya bekalan elektrik kepada penduduk.

Sekarang kapal ini telah menjadi  bukti keganasan gelombang tsunami yang telah menelan korban nyawa rakyat Aceh 300.000 jiwa. Ia mendarat tepat di atas dua rumah penduduk. Hujung kapal menghadap ke selatan di mana pemukiman penduduk yang padat. Diberitakan bahawa masih terdapat mayat-mayat yang terkubur di bawah kapal tersebut dan tidak dialihkan sehingga kini.

Selepas melawat Kapal Apung PLTD, kami menuju pula ke kawasan di mana terletaknya Kapal di Atas Rumah. Jarak antara Kapal Apung dan Kapal di Atas Rumah lebih kurang 15 minit perjalanan.

Sebaik sampai, macam tak percaya macamana kapal nelayan ni boleh terbang sampai terdampar kat atas rumah. Tapi itulah kuasa Allah kan. Ketika mendarat, ia membawa bersama 59 orang yang terselamat dalam tragedi itu.

Bebetul landing atas rumah

Tembok yang pecah dihimpit oleh kapal

Batu peringatan

Kawasan sekitar yang dah kembali padat

Bilik air yang dah tak berbumbung

Sekolah yang dibiayai pembangunannya oleh Coca Cola

Kami tinggalkan kawasan Kapal di Atas Rumah dengan perasaan berbaur. Macamana lah agaknya orang-orang kat situ masa kejadian kan? Ermm.. Daripada DIA kita datang, kepada DIA kita kembali..

Destinasi seterusnya Pasar Acheh. Oleh kerana tak puas lagi bershopping malam tadi, bersambung pulak sebelah pagi. Suzana pulak nak carik telekung. Syahir nak try tengok kot ada design lain yang lagi lawa. Jom je la..

Pasar Atjeh @ Pasar Acheh

Gila menengok telekung yang lawa-lawa ni. Dah la lawa. Murah pulak tuh

Banyak memborong nampak

Kedai-kedai yang terdapat di sekitar Pasar Acheh

Lepas dah dapat telekung semua tu, ada satu lagi benda yang saya tak jumpa. Keluar masuk 7-8 kedai tak jumpa-jumpa jugak. Tau ape bendanya? Tu Fridge Magnet. Hazabnya nauzubillah nak mencarik benda tu. Bila tanya ada jual tak fridge magnet? Dorang tak faham. Saya tanya Abang Rosli, peti ais dipanggil apa. Abang Rosli kata KULKAS. Fine! Kita carik pulak KULKAS MAGNET. Rata-rata kedai souvenir, semua tak tau apa kulkas magnet. Abang Rosli siap bawak saya ke kedai jual barang-barang dapur. Kot ada kulkas magnet kan. Nan hado jugak.

Saya dah give up jugaklah. Yelah, masa tu dah hampir pukul 11 pagi. Flight kami jam 12.20 tengahari. Kami masih di bandar lagi. Nak ke airport tu makan masa setengah jam jugak. Kang ada jugak yang kena tinggal flight semata-mata nak carik kulkas magnet ni kan. So, saya try lagi sampai satu kedai macam jual perhiasan-perhiasan. Nampak ada sorang pakcik ni. Saya tanya..

Di mana saya boleh beli kulkas magnet?

–> Kulkas? Ooohh.. di kedai kopi tu ada. Kamu masuk lorong di belakang ini.

Kedai kopi? Saya nak cari kulkas magnet. Itu hiasan yang ditampal di kulkas tu..

–> Iya, di kedai kopi itu ada kulkas..

Pakcik, saya bukan mau kulkasnya, saya mau magnetnya. Kulkas magnet.. Haa, takpela pakcik.. Terima kasih ya..

Motip nak suruh akak beli kulkas bawak balik KL? Lain kali kena bawak sample la.. Senang nak tunjuk kalo dorang tak paham..

Akhirnya, berkat tidak mengenal erti putus asa, Abang Rosli bawak kami ke sebuah lagi kedai souvenir. Saya tengok kedai tu macam kedai souvenir Acheh yang lain. Tapi saya tawakkal je lah. Masuk dan tanya orang kedai tu. Yeayyyy!!! Ada uols. Terus borong 10 bijik. Lepas tu, saja pulak masuk kedai sebelah dia. Ada jugak. Lagi lawa-lawa pulak tu. Stress akak sebab dah terbeli 10 bijik kan? Terus amik lagi 5 bijik. Rasain kamu!!!

Muka happy dapat borong kulkas magnet!!!

Lepas semua barang yang dikehendaki berjaya diborong, kami terus bergerak cargas ke aiport. Dah lambat dah sebenarnya. Memang tak sempatlah singgah nak masuk Masjid Baitur Rahman tu semua. Lalu je. Amik gamba sikit pastu blah..

Masjid Baitur Rahman dari luar pagar

Kami juga hanya melewati Muzium Tsunami tanpa sempat singgah. Padan muka asyik sebok nak carik kulkas magnet kan? Amik gamba dari dalam keta jelah jawabnya..

Muzium Tsunami. Mesti best dalam dia ni kan? Isk..

Sumbat barang dalam beg baru

Dalam perjalanan ke aiport juga kami melalui Perkuburan Massal Mangsa Tsunami. Tak singgah jugak. Amik gambar sambil lalu je. Tu pasal senget benget gamba-gamba ni jadinya. Hik hik..

Binaan yang menyerupai gelombang tsunami

Luas betul tanah perkuburan ni

Selain itu, kami melalui juga daerah-daerah yang terselamat dari bencana tsunami. Menurut Abang Rosli, air laut membanjiri Banda Acheh sekitar 7km dari pantai. Kawasan selebihnya, ALhamdulillah selamat.

Hah!! Akhirnya sampai jugak ke airport Bandar Udara Sultan Iskandar Muda.

Ramai gak yang dah beratur.. Ada jugak yang tolong bawakkan beg-beg kami dengan bayaran Rp20,000 kot. Belasah jela.. Boleh bersedekah sekali..

Ada peristiwa ngeri yang berlaku semasa nak check in sebenarnya. Kan ada satu form yang kena isi masa dalam flight ke Banda Acheh dari Kuala Lumpur tu kan? Satu keratannya dipulangkan kepada kita untuk disimpan. Keratan tu tadi akan digunakan semula masa nak keluar dari Banda Acheh. Yang saya ni pulak, pegi gatal simpan dalam luggage yang dah dimasukkan ke dalam kargo.

Habis tu, masa pegawai imegresen tu mintak keratan tu, saya dah pucat lesi. Masak ahkak kalau tak dapat balik KL ni. Pegawai tu suruh saya mintak kat kaunter Air Asia kat bawah. Berlari-lari lah saya turun. Tengok-tengok dah tutup uols! Orang yang jaga kaunter tu pun dah takde. Cemana ni. Naik balik atas semula.

Saya pun merayu penuh syahdu mintak dilepaskan. Agaknya dia kesian, dia bagi lah jugak keratan tu untuk saya isi semula. Fuhh!! Selamat! Sempat dia sekolahkan saya kat situ. “Lain kali jangan dibuat begini lagi“. Baiklah.. Selepas mengucapkan terima kasih, saya pun berlari-lari masuk dalam waiting room.

Alhamdulillah, kami selamat berlepas pada jam 12.10 tengahari (awal 10 minit dari waktu yang dijadualkan) dan tiba di LCCT pada jam 2.30 petang (tambah semula 1 jam awal dari waktu Indonesia). Lepas dah kutip beg, kami yang kelaparan ni terus makan kat McD. Dah makan tu, kami bergerak pula ke KLIA menaiki bas Airport Transit sebab saya ada urusan di CIMB KLIA. Masa tu dah dekat pukul 4 petang. Nak pegi CIMB kat KL, mesti bila sampai nanti dah tutup. CIMB kat KLIA ni bukak sampai jam 10.30 malam.

Alang-alang tu, kami naik ERL je dari KLIA ke KL Sentral. Say dah mintak tolong Pejal tunggu kami kat KL Sentral. Tak payah pegi airport. Perjalanan menggunakan ERL dari KLIA ke KL Sentral hanya memakan masa 38 minit je. Laju ohhh… Sampai KL Sentral lebih kurang 5.30 petang. Hambek ko, hujan lebat mengiringi kepulangan kami.. Dari KL Sentral nak balik Kotadem tu, mrasalah menempuh jem. Takpe Pejal, biar ahkak yang drive. Lepas hantar Suzana, kitorang balik ke Kota Damansara. Sampai Kotadem lebih kurang pukul 7 malam.

Berakhirlah catatan perjalananku ke Banda Acheh. Haha bleh tak letak penutup macam ni je? Penatlah nak pikir. Hiks.. Kos semua? Tak kira dek non.. Main belasah je. Secara keseluruhannya, perjalanan 3 hari 2 malam ke Banda Acheh ni, memang memberikan pengalaman menarik bagi saya. Kota yang asalnya tak terfikirkan pun untuk dijejaki, akhirnya akan menjadi satu destinasi yang akan saya lawati lagi suatu hari nanti. InsyaAllah.

Selepas ini, nantikan pula catatan perjalanan saya ke Turki (12-18 Mac ni). Blog ni dah jadi macam blog travel la pulak.. Hiks.. Ok, sampai ketemu lagi. Permisi yach…

No Comments :(