Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

999

20130814-154618.jpg

Korang pernah call 999 tak? Tadi festaim in my life akak call talian kecemasan ni..

Cite dia macam ni. Tadi akak ada appointment kat Rawang. Akak ikut jalan lama yang lalu Selayang dan Templer Park tu.

Sampai kat jalan naik bukit lepas simpang Majlis Daerah Gombak tu, akak nampak ada benda berterabur atas jalan. Pastu nampak lori. Akak cakap dalam hati, mesti tayar pecah ni. Biasalah tayar lori meletup. Sekali…. Bukan tayar meletup uols!! Akak tak perasan rupanya ada Satria dah remuk teruk belakang lori tu. Akak tatau cemana boleh jadi macam tu. Sepantas kilat. Akak saspek, Satria tu sudah hentam sama itu vontot lori!!

Masa tu akak tengok takde kereta lain pun berhenti lagi. Sebab memang baru sangat kejadiannya. Akak toleh jugak kat Satria tu. Tak nampak pun orang dalam tu. Entah dah terlentok ke ape tataulah..

So, sebagai warga Malaysia prihatin kononnya (puiii!! Kalau prihatin, berhenti tolong ye tak? Haha), akak pun telah menelepon 999. Berdebar gak ni, takut dia tanya macam-macam..

Dua kali tone je, operator 999 tu jawab dah. Tak sempat akak kenalkan diri, operator tu siap sebut nama penuh akak – “Ni Suzilah Zainuddin ye?“. Pastu dia tanyalah, kemalangan tu kat jalan mana. Apa kenderaan terlibat. Ada yang cedera ke tidak. So, akak pun jawablah ape yang akak tau..

Moral of the story dan kesimpulan yang tersimpul ialah – Jangan memain sukati nak call talian kecemasan 999 ke 994 ke atau apa-apa talian kecemasan yang lain, sebab nama dan nombor telefon kita memang dah ada dalam rekod based on masa kita register talian telefon kita tu. Tak payah bagi nama, dorang dulu sebut nama kita.

Sebab tu ada iklan yang bagi peringatan kat kita supaya jangan buat panggilan palsu atau biarkan anak-anak buat panggilan kat nombor kecemasan tu sebab kalau dorang detect kita banyak kali memain, silap-silap polis datang rumah kang. Haaa.. Sape nak jawab?

Moral of the story yang kedua, sila amik tau nama jalan yang kita lalu in case ada kemalangan dan kita nak buat report, masa operator tu tanye, takdelah kita terbangak-bangak nak menjawab. Kan??

Oklah, sekian saja khidmat pesanan masyarakat dari akak. Sharing is caring. Daaa…

Alohaa. Akak selalu nampak keyword search kat blog akak yang carik info tentang “medical card untuk warga emas”. So, akak rasa bertanggungjawab untuk explain pasal ni.

Warga emas bolehlah kita consider untuk mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Macam yang kita tau, semakin berumur seseorang tu, semakin tinggi kos untuk insuransnya. Tapi, setinggi-tinggi pun kos untuk mengambil insurans, tinggi lagi kos perubatan seandainya seseorang tu ditimpa musibah dan terpaksa dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan. Minta dijauhkan..

Ketika kebanyakan syarikat insurans/takaful menawarkan had limit maksimum 59 tahun atau 64 tahun untuk mengambil insurans (bukan tempoh matang ye), PruBSN Takaful satu-satunya syarikat takaful yang menawarkan had maksimum umur untuk mengambil takaful/medical card sehingga umur 69 tahun. Bermakna, kalau mak ayah korang baru nak masuk umur 70 tahun, masih boleh lagi amikkan takaful/medical card untuk dorang.

Kat bawah ni akak ada sertakan kos tahunan bagi medical card untuk warga emas (yang akak highlightkan dengan kaler merah)

20130611-140931.jpg

Yang ni pulak plan untuk setiap medical card tu. Boleh rujuk benefit yang ada untuk setiap pakej – TH150, TH200, TH250, TH300, TH400 atau TH500

20130611-141915.jpg

So, akak bagi satu contoh:-

Nama : Encik Ali
Umur : 52 tahun
Pekerjaan : Guru
Tidak merokok

Katakan Encik Ali berminat nak amik plan medical card TH200. So kita rujuk pada row umur 51-55. Untuk mendapatkan plan TH200, kos medical card Encik Ali ialah RM3,029 setahun atau sebulan RM252+. Still murah, kan?

So, apa tunggu lagi. Dapatkan medical card untuk mak ayah uols sekarang! Tapi dengan syarat, BELUM ADA PENYAKIT ye. Kalau dah ada darah tinggi, kencing manis dan penyakit-penyakit kronik yang lain, tak dapek den nak nolonggg. Sorry ;-(

Untuk dapatkan quotation percuma, boleh email kat akak nama penuh, tarikh lahir, pekerjaan dan status merokok kat ujie@ujie.com dengan Subject : Nak quotation percuma please.. Hehe

Oke daaa…

Ujie
019-3889306
Affiliate Shariah Financial Planner
PruBSN Takaful