Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Kami memulakan hari kedua di Langkawi dengan mengikuti pakej Island Hopping (Melompat Pulau?). Selesai bersarapan, jam 9.30 pagi, kami di bawa ke Jeti Pekan Rabu dengan menaiki sebuah van. Sampai di jeti, kami melihat banyak bot laju yang diparkir di situ.


Jeti Pekan Rabu


Bot kami..


Acah je..bukan yang kat atas tu..tapi yang ni je..heehee

Bot yang kami naiki turut dikongsi bersama dengan lebih kurang 20 orang penumpang yang lain. Bot mula bergerak pada jam 9.45 pagi menuju pulau yang pertama iaitu Pulau Dayang Bunting.


Penumpang lain

Kami berempat membuat pilihan untuk duduk di hadapan bot, berbanding penumpang yang lain duduk di bahagian dalam bot berbumbung. Subhanallah, cantik sungguh pemandangan yang menghiasi perjalanan kami. Kawasan hutan dan bukit bukau yang masih terpelihara kelihatan di kiri dan kanan. Sesekali kami melintas bukit batu kapur.


Weeeee!!! \^0^/


Mengenang nasib..


Peace!!


Sorry..tangan tak bedung, so senget sikit..hiks


Bukit batu kapur


Pemandangan dari jauh..Ada rupa pompan preknen tak?


Awan gemawan


Abang drebar

Dengan kelajuan bot yang mencecah 54 knott, kami tiba di Pulau Dayang Bunting setengah jam kemudian. Kami diturunkan di jeti dan perlu berjalan kaki dari jeti melalui jambatan untuk ke Tasik Dayang Bunting.


Sebelum turun, kenala amik gambo dulu..



Cantekk ke??


Wal bersama bini no 1 ngan no 2


Jambatan dari jeti ke Tasik Dayang Bunting


Taraaa..dah sampai


Dayang Bunting Marine Geoforest Park


Tasik Dayang Bunting

Kami diberi masa selama 1 jam di sana. Dalam perjalanan dari jeti ke Tasik Dayang Bunting itu, kelihatan lotong yang agak ramai (ke banyak?) bermain-main di kiri kanan jambatan. Ada yang melihat-lihat sahaja dan ada juga yang agak liar, mengambil air minuman para pengunjung. Saya sendiri terkena apabila mereka memanjat plastik yang berisi air botol kami. Habis koyak plastik dan air botol terhempas di atas jambatan. Badigol lu lotong!


Nampak adorable kan? Jangan terpedaya okeh…

Tidak hanya itu, kami juga melihat sekumpulan pelancong Arab asyik mendongak melihat lotong di atas pokok. Seorang lelaki yang berada di bawah pokok pula kelihatan mengutip cebisan kertas yang dijatuhkan dari atas pokok. Rupa-rupanya ada seekor lotong yang telah mencopet purse berjenama Coach milik seorang pengunjung wanita Arab. Kurang hajar okeh! Habis kad-kad bank wanita tersebut digigit-gigit dan dilemparkan ke bawah.


Pemangsa sedang menggodek purse Coach milik seorang pelancong Arab


Cian kan?

Kami meneruskan perjalanan dan selepas tertonggeng-tonggeng menaiki tangga batu dan menuruni tangga yang curam, akhirnya kami sampai di Tasik Dayang Bunting. Alhamdulillah, cuaca terang benderang dan dua orang photographer pun sibuk mengambil gambar. Dua orang ‘model tak perlu’ juga sibuk berposing sakan.


Ke Dayang Bunting


Melepaskan lelah


Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Tasik Dayang Bunting

Ada di antara pengunjung yang kami lihat mengambil kesempatan untuk menyejukkan badan dengan mandi dan berendam dalam tasik. Kami pula hanya bergambar-gambar sahaja.


Orang lain mandi-manda, kita pose-pose


Dua orang model tak perlu


Photographer of the Day sedang menjalankan tugas


Photographer of the Day nak pose gak


Setelah cukup sejam, kami berjalan pulang ke jeti menunggu bot mengambil kami untuk pergi ke lokasi kedua iaitu Pulau Singa Besar untuk aktiviti Eagle Feeding.


Helang terbang bebas di angkasa

Helang menyambar roti di dalam air

Kami tidak lama di Pulau Singa Besar. Tak turun pun dari bot. Hanya melihat dari dalam bot sahaja. Banyak betul helang yang terbang di angkasa dan sesekali menyambar roti yang ditaburkan di dalam air. Pengalaman yang tak dapat dilupakan!

Lebih kurang 10 minit di sana, kami terus menuju ke pulau yang ketiga iaitu Pulau Beras Basah. Di sini juga kami diberikan masa selama 1 jam untuk mandi-manda. Sayangnya saya tak bawak bikini lalu saya hanya memandang Nadia dan Z sahaja yang mandi. Jeles okeh.


Duyung dan Dugong πŸ˜€


Pantai bersih, air pun jernih

Sejam kemudian, bot datang membawa kami pulang dan kami tiba semula di jeti Pekan Rabu lebih kurang jam 1 tengahari. Cuaca pada masa itu hujan dan mujur tidak lama kemudian, pihak motel menghantar kenderaan untuk mengambil kami pulang semula ke motel.

Oh ya! Kos untuk pakej Island Hopping ke tiga pulau yang mengambil masa selama 4 jam (9 pagi – 1 tengahari) itu ialah RM35 satu kepala.

No Comments :(