Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Wahhh!! Ramlee Awang Murshid dah melangkah setapak lagi dalam arena penulisan bila beliau mula menulis dalam ruangan Inspirasi Novel berjudul MITOS terbitan Berita Harian pada setiap Sabtu bermula semalam – 7 September 2013..

Akak tau pasal ni pun bila terbaca kat FB update Kelab RAM pagi tadi. Terus akak beli Berita Harian. Tak pernah-pernah haku beli sokkabar Berita Harian ni kan, dek kerana tulisan RAM, terus haku beli!

20130908-111818.jpg

Tapi akak dah nekad, tak nak baca dulu sampai semua siri dah disiarkan. Nak kumpul semua siri. So, nanti boleh baca sekali harung. Kang kalau nak menunggu setiap minggu, terseksa jiwa dah ragaku.. Hiks!

Oklah, tu je nak share hari ni.. Daa…

Yeay!! Photobook akak dah siap! Dalam photobook ni akak bubuh gamba-gamba masa akak kat Turki tahun lepas. Saje buat kenang-kenangan. Selama ni gamba-gamba ni duduk dalam laptop je. Nak tengok pon tak best. Yang ni bolehle pegang-pegang. Hehe

Akak order benda ni awal tahun aritu. Photobook.com.my ada buat promotion 60%. Kalau harga asal dalam RM300+ tapi bila lepas diskaun jadi RM121 camtu dengan free shipping. Sepantas kilat akak order.

Software dia memang dah sedia ada. Tinggal download je. Yang template design punye pon ada tapi akak tak guna template. Saje nak susun sendiri, lagi puas hati. Tapi nak menyusun gamba-gamba yang nak letak dalam photobook ni agak seksa sebenarnya. Nak pilih, nak susun. Tapi demi sebuah kenangan, kuharungi jua. Cewah..

Jumlah mukasurat dalam photobook ni 40 keping. Berkulit tebal. Saiz album 15″ x 11″. Kualiti kertas pon bagus. Tebal (176g) dan berkilat. Memang puas hatila!So, ni akak nak tunjuk beberapa muka surat dalam photobook ni.. Cekidaut!

Lepas ni kalau photobook.com.my buat promotion lagi, akak nak beli lagila. Nak buat untuk destinasi lain yang akak pernah pegi. InsyaAllah..

So, kalo korang nak order, bleh pegi sini ~ Photobook