Hari ketiga merupakan hari terakhir kami di Paris dan akan bertolak ke London pada sebelah petang. Selesai bersarapan, seperti biasa acara wajib ialah acara bergambar la kan..
Ada yang kata macam penyiasat persendirian. Ada gak yang cakap macam Zorro. Ini dia Kakak kepada Detective Conan!! Ada aku kesah??
Pose kejizz..
Dengan mamat French tukang jaga beg
Motip hakak berkepak?
Ceruk pokok pun bolehh..
Bersama pakcik drebar
Bangkok Bank..Bangkok Bank..masuk masuk..masuk dalam lagi… (Mode : Konduktor Bas Len Seng)
Lepas dah puas bergambar, kami bergerak ke destinasi pertama pada hari itu – Paris Grand Mosque. Dalam perjalanan, sempatlah saya mengambil beberapa keping gambar dari dalam bas. Apa yang saya dapat perhatikan, di sepanjang tebing Sungai Seine di tengah-tengah Paris ni, terdapat kotak-kotak hijau bertutup. Mula-mula tertanya jugak apekebenda lah tu kan.. Rahsianya akan diceritakan selepas ini. Tungguuuu…..
Kotak-kotak besi hijau di tepi tembok
Pintu rumah apartment dorang
Persimpangan jalan yang tak berapa sibuk
Selepas lebih kurang setengah jam perjalanan, akhirnya kami tiba di masjid. Oleh kerana bas kami tak boleh parking suka-suki, maka kami dikehendaki berjalan menuju ke masjid sementara bas kami kena round-round dulu sebelum mengambil kami semula nanti.
Rupa masjid dari luar
Masjid yang juga dijadikan pusat ilmu
Taman dalam masjid. Cantik kan??
Tabung kutipan zakat. Zakat don tu hape?
Poster solat dalam Bahasa Peranchis
Perkarangan dalam masjid
Detective Conan sedang menyiasat.. Haha
Dinding masjid yang cantik
Bersama Chief Agency Officer PruBSN Takaful – Wan Zamzuri
Menara masjid
Tengah tunggu bas sampai
Selepas melawat masjid, kami dibawa untuk shopping kali terakhir di Paris. Dalam perjalanan ke sana, sempat lagi amik gambar sekeping dua. Mehla saya dedahkan apa isi kotak besi hijau tu..
Inilah rupa kotak besi hijau bila dibuka. Tu..penuh dengan buku-buku bacaan
Sebenarnya, kotak-kotak hijau tersebut adalah gerai-gerai buku atau dipanggil Les Bouquinistes. Bukan setakat buku-buku lama yang dijual, pelancong juga boleh mendapatkan lukisan, poskad dan poster. Kalau larat, kita boleh berjalan sepanjang tembok sungai tu untuk melihat setiap gerai buku. Setiap kotak biasanya dikunci dengan mangga dan dibiarkan saja selepas habis waktu jualan. Kalau kat Malaysia, rasaya hilang dah kot kotak-kotak tu. Besi beb, mahal tuh kalau dapat dijual dek Mat Pet. Seperti yang kita tahu, rakyat Peranchis merupakan rakyat Eropah yang paling minat membaca. So, tak hairanlah kalau gerai-gerai buku memang banyak kat sana.
Buku lagi
Buku, buku dan buku
Kedai ehem-ehem yang sempat disnap
Kami akhirnya tiba di kaki bukit Montmartre. Di atas bukit Montmartre tersebut, terletaknya gereja paling terkenal di Paris. Tapi tak kuasalah saya nak memanjat bukit tu semata-semata nak tengok gereja tu kan? Tapi bagi-bagi sape yang rajin, bolehlah naik bukit tu sebab dari atas bukit tu, pemandangan seluruh Paris dapat dilihat. Saya tak naik sebab kat bawah kaki bukit tu, ada tempat yang lagi menarik iaitu tempat..shoppingggggggg….
Kat sekitar kaki bukit Montmartre tu sebenarnya dipenuhi dengan bermacam-macam kedai, dari kedai pakaian, kedai kasut, cenderamata, pasar pagi hatta tempat main tikam-tikam (judi) pun ada. Memang gila menengoknya. Kat situ jugaklah saya beli sepasang boot yang berharga hanya 15 euro = RM60!
Punyelah ramai umat manusia kat sini. Berhimpit-himpit
Selepas shopping, kami dibawa makan tengahari di Tunisia Restaurant. Kat restoran ni, barulah ada rasa sedikit happy nak makan sebab ayam dia ala-ala Kenny Rogers gitu..
Sup herba
Ayam ala Kenny Rogers
Waitress pun muka stok artis
Motip pose ayu? Ayukah?
Kenapalah ko hensem sangat? Nak boleh tak?
Selepas makan, kami bertolak ke stesen Eurostar Gare du Nord dan kami dijadualkan berlepas dari stesen tersebut pada pukul 4.13 petang. Untuk pengetahuan, Eurostar merupakan keretapi penumpang berkelajuan tinggi (sehingga 300km/j) yang menyambungkan tanah besar Eropah dan United Kingdom melalui terowong bawah laut yang merentasi Selat Dover.
Dalam bas, masing-masing diberi tiket ketapi sorang satu
Inilah rupa ketapi Eurostar tu.. Gambar ehsan dari Google
Feeling-feeling Angelina Jolie dalam cite The Tourist
Pemandangan di sepanjang perjalanan antara Paris dan London
Lepas dah penat duduk, kitorang pun berjalan ke cafe dalam ketapi tu untuk lepak-lepak minum kopi dan menghabiskan baki duit euro yang ada.
Cubaan membuat pole dance
Balance duit euro yang tinggal
Perjalanan dari Paris ke London mengambil masa selama 2 jam suku. Oleh kerana kami bertolak dari Paris pada pukul 4.13 petang, maka kami tiba di stesen St. Pancras, London pada pukul 5.33 petang (waktu London). Macam kelakar pun ye sebab macam dok dalam ketapi sejam je, padahal 2 jam lebih. Yelah, waktu London lambat sejam dari Paris.
Baru sampai St. Pancras Station
Sesampainya di London, kami bergegas solat jamak Asar/Zohor di ruang terbuka yang terdapat di stesen tersebut. Kalau mengikut jadual yang diberi, sepatutnya kami akan dibawa ke masjid tetapi disebabkan kekangan masa, terpaksalah solat kat mane yang sempat je. Selepas selesai solat, apa lagi.. Makan time..
London di waktu malam
Pejabat Tourism Malaysia
Kami dibawa makan di Restoran Jom Makan
Botol air mineral pon lawa
Makan kat restoran kat London, barulah dapat rasa nikmat sebenar. Haha poyo!
Air sirap paling sedap di dunia
Lepas makan, mohle kita balik ke hotel. Di London, kami menginap di Corus Hotel Hyde Park. Bilik hotel di London lebih kecil berbanding bilik hotel di Paris. Tapi tak kisahlah, asalkan dapat tido, sudah.
Sempat gak pose sebelum bilik bersepah. Jangan marah ha…
4:47 pm on April 3rd, 2011
Oiii nyahh. SIla pakai baju tu pergi naik LRT. Mesti semua mamat indon n bangla pengsan secara berjemaah lalu sujud meratap di kaki ko. Mesti dia orang ingat Jenifer Lopez jelmaan
8:28 am on April 4th, 2011
Hahhaha keji!!!
10:06 pm on April 4th, 2011
mcm detektif conan ade gak…. menarik blog nih…. bnyak dpt tengok..:P
8:51 am on April 5th, 2011
Ni Detektif Konon..haha
3:14 pm on September 20th, 2012
nice blog! rasa cam nk gi je tempat2 uols pegi.
4:46 pm on September 20th, 2012
Sila la pegi. Kalo berani backpack sendiri, tak mahal pon. Dlm rm3k+ je kot
10:10 pm on March 14th, 2015
kalo buka toko pempek di paris manteb kali ya heheh
https://pempektarisapalembang.wordpress.com/