Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Seperti yang dijanjikan, dalam episod kali ni saya nak citekan serba sedikit tentang sejarah Turki. Boring ke? Ala.. Bacala sikit.. Ni saya cedok apa yang tourist guide kami Sinan bagitau dan jugak dari Wikipedia.

Asyik sebut nama Sinan, apa ke rupa mamat nih??

Ni dia… Sinan si pipi gebuss

Turki, secara rasmi dipanggil Republik Turki merupakan sebuah negara Eurasia di Timur Tengah yang terletak di antara benua Eropah dan Asia. Sebahagian besar Turki terletak di Semenanjung Anatolia di Asia dan bahagian kecil wilayahnya terletak di Wilayah Balkan Barat Laut Benua Eropah. Turki bersempadan dengan 8 negara, iaitu Bulgaria, Greece, Georgia, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq dan Syria. Selain itu, ia menyempadani Laut Hitam, Laut Mediterranean dan Laut Aegean.

Jom tengok peta Turki lagi sekali..

Peta Turki

Ok, tengok pulak peta lagi satu kat bawah…

Anatolia (Bahasa Turki: Anadolu) atau yang bermaksud The Land of Sunrise adalah kawasan barat daya Asia dan juga merujuk kepada sebahagian besar dari Turki. So, Cappadocia (dalam wilayah Nevsehir-kaler biru) dan Ankara (kaler hijau) yang saya lawati sebelum tiba di Istanbul tu sebenarnya terletak di Semenanjung Anatolia atau Asia Kecil lah.

Untuk pengetahuan, Empayar Rom dulunya mempunyai wilayah yang dipanggil Asia yang terletak di Anatolia. Masyarakat kemudiannya mula memanggil keseluruhan benua ini sebagai Asia, lalu bahagian semenanjung (Anatolia) dipanggil Asia Kecil.

Klik untuk tumbesaran gambar

Dah paham sikit kan? Jadi, kat belah mana yang dikatakan dunia dua benua tu? Haa, Istanbul la jawapannya. Cuba rujuk peta kat atas. Wilayah Istanbul yang kaler merah tu, ada dua bahagian. Satu yang bersambung dengan Anatolia (Asia Kecil) dan sebelah lagi terletak di Eropah. Dua bahagian wilayah ini dipisahkan oleh Selat Bosphorus sepanjang 31.5km.

Amacam? Puas ati? Hiks!

Istanbul yang kitorang pegi ni ialah Istanbul di bahagian Eropah. So, aktiviti hari pertama kami di Istanbul ialah naik Cruise merentasi Selat Bosphorus. Memang terbaekkk lah!

Tapi sebelum tu, seperti biasa marilah saksikan aksi-aksi mendebarkan semasa akak dan kawan-kawan berpoyosing di sekitar hotel pagi-pagi sebelum naik cruise!

Ni gamba-gamba kat restoran hotel tempat kami bersarapan..


“Alaaa… Apsal ko berdiri tegak je.. Selalu kan ko angkat kaki”- akak dilontarkan kata-kata nista oleh jurugambar..


Untuk memenuhi permintaan jurugambar… Fine! Akak terpaksa angkat kaki, uols!

Jom tengok makanan apa yang ada…


Jeruk dan ulama-ulaman


Daging-maging yang halalan toyyiban


Madu lebah masih di sarang


Segala macam jus buah-buahan


Sos-sosan (sewel.. huhu)


Roti-rotian


Penuh makanan satu meja


Abaikan dagu berlapis itteww


Banyaknye makanan… Buruk lantak!


Ni pun!



Rakan semeja


Lepas makan, saya dan Memey pun kuar ikut pintu restoran ke bahagian belakang hotel. Kat situ ada taman. Cantekla jugak kalau nak bergamba-gamba.





Pastu macam semua tempat kat Turki kita akan jumpa tetamu yang tak asing lagi iaitu….

KUCING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Demok-demok.. Geram rasa nak bagi penyepak! Hahaa ganass..


Tekedek-kedek


Samseng dia ni.. Panggil-panggil kita, meow-meow. Bila kita dekat, dia marah.. Tarik ekor tu, baru tau!


Ko hengat ko comel? (memang pun!)


Aku lempang jugak minah ni. Tegolek-golek pulak dia..

Pastu ada seko lagi.. Yang ni kucing jantan..


Hahaha.. dahla gemuk, pendek pulak tu.. Macam tikus mondok kan?


Demokk!!


Ala ala syahang dia..


Ni tengah nak begaduh dengan kucing betina garang tu..

Lepas dah puas bergambo kat belakang, kita gi depan pulak.. Harap korang tak muntah darah tengok gamba-gamba akak ye..


Dengan salah sorang staff hotel








Rasa nak lempang diri sendirik!




Depan hotel


Poyosing bersama Wan!!


Lagi sekali!



Dengan Memey comey!



Dengan budak-budak sewel!



Semua jerit “Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…”. Takde motip

Lepas dah koma bergamba-gamba keliling hotel, kami pun mulakan perjalanan ke Eminonu Helic Iskelesi (Eminonu Dock) untuk menaiki Bosphorus Cruise. Prudential BSN Takaful telah menempah sebijik cruise tu untuk kitorang je. Privacy gitu..

Sebelum tu mehla nak cite asal-usul Bosphorus tu. Macam cikgu kan akak ni? Sume nak bagitau korang. Haha.. Sharing is caring kan? Nama bahasa Inggeris “Bosporus” berasal dari mitos lama. Kononnya Tuhan Greek, Zeus mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita cantik bernama Io. Apabila isterinya, Hera mengetahui kecurangan suaminya, Hera menukar Io menjadi lembu dan mencipta langau yang menyengat pada bahagian punggung lembu lalu terjun ke dalam selat.

Oleh itu bous = lembu,
dan Poros = tempat-lintasan:
Bosporus = “tempat-lintasan lembu.”

Bosporus atau Bosphorus, juga dikenali sebagai Selat Istanbul, adalah selat yang memisahkan bahagian Eropah (Rumelia) Turki dengan bahagian Asia (Anatolia). Perjalanan dengan Bosphorus Cruise yang mengambil masa lebih kurang sejam ini membawa kami merentasi Selat Bosphorus bagi menikmati pemandangan menakjubkan di persisiran Istanbul di sebelah Eropah dan juga Istanbul di sebelah Asia.

Apa yang dapat diperhatikan ialah terdapat perbezaan yang agak ketara di antara kedua-dua bahagian Istanbul tersebut. Istanbul di sebelah Eropah mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi dan moden manakala Istanbul di bahagian Asia bangunan-bangunannya rendah-rendah dan lebih tradisional.


Ni la rupanya cruisenya..


Bersama Mejar Muhammad


Masjid Ortaköy – di persisiran Istanbul Eropah












Senget benget sebab air beralun





Istanbul sebelah Asia. Bangunan rendah-rendah. Sorry tak clear sangat











Dek sebelah bawah





Berlerbeyi Palace



Glove tetinggal dalam bas. Sudahnya Memey bagi pinjam sebelah dia punya.. Huhu


Bopren baru iols – Azim Mithani.. Haha nak kena lempang? Ni CEO PruBSN okeh..

Lebih kurang sejam, selesailah perjalanan kami menaiki Bosphorus Cruise tu. Dah turun tu, sempat lagi sekali amik gambo..


Mekna dalam percubaan mengangkat kaki

Korang mesti dah penat tengok muka akak sana-sini kan? Akak stop dulu. Lepas ni, akak akan bawak korang melihat jejaka-jejaka tampan Turki dalam satu fashion show!! Memang gorjes-gorjes theyols semua. Stay tune!!

No Comments :(