Sawadeeka.. Bertemu semula kita di entry Bengkok di Bangkok. Akak try menggigihkan diriew untuk menulis entry ni walaupun hormon kemalasan tak dapat nak dibendung lagi. Entahla, nape lately akak jadi pemalas. Semua benda akak malas buat. Makan je akak rajin. Adakah akak dah nak menopos? Choiii!!
Oklah, kita mulakan la ye cerita perjalanan akak ke Bangkok ni. Alhamdulillah, akak qualify untuk Trip Prudential BSN Takaful yang contestnya diadakan pada Oktober tahun lepas. So, sape-sape yang qualify, tripnya dijadualkan pada 11-13 Mei baru-baru ni. Seramai lebih kurang 70 orang yang menyertai trip kali ni termasuk 5-6 orang daripada pihak management serta CEO kami Mr. Azim Mithani. Sebenarnya ramai lagi yang qualify tapi mungkin atas sebab-sebab tertentu, dorang tarik diri dan amik wang tunai dari PruBSN Takaful sebagai ganti. Tapi, oleh kerana akak memang suka berjalan (nanti nak cek ada tak tahik lalat kat tapak kaki), akak tetap nak pegi walaupun diberitakan cuaca di Bangkok masa tu bersuhu 40°C. Dahla masa tu tak sihat. Batuk dan selsema menyerang! Tambahan pulak akak takde geng yang pegi sekali. Tapi akak ni kan huru-hara. Tak kisah ada geng ke tak, boleh aje. Kang sampai Bangkok tu, pandai-pandaila akak masuk geng sape-sape. Hiks!
Macam biasa, trip kali ni pon akak dihantar oleh anak buah. Sementara tinggalkan keta kat dia, boleh dia tolong serviskan. Huhu..
Penerbangan kami dijadualkan pada jam 1.20 tengahari tapi dah kena ada kat KLIA pada pukul 10.20 pagi. Bukan main awal lagi. Ikutkan aje. Sampai je KLIA, lepas dah setel check in luggage tu, akak gi sarapan dulu. Lapa daa.. Kali ni makan kat Kopi Time..
14 hengget!!
Setel makan, dekat pukul 12, akak pon gerak ke terminal. Lepak dalam sana la senang.. Oh ya! Trip kali ni kitorang naik Thai Airways. Ni la rupa teketnya..
Lepas dah boleh masuk dalam waiting area, macam biasalah.. Amik gambo dulu..
2 jejaka mantop. Mantop ke? Kih kih
Pukul 1, kitorang dah bleh masuk dalam flight. Masuk je, nampak pulak Abang Matno yang qualify untuk duduk di Business Class! Venchi hakak… Tengokla dia nihh!!
Lantas akak dan Faizal pun menyebok gak amik gambo dalam Business Class. Siap ko Abang Matno!! Tahun ni, kitorang pulak rampas takhta okeh..
Tepat jam 1.20 tengahari, pesawat mula meninggalkan landasan. Bye KL!
Selepas lebih kurang 40 minit, kami dihidangkan dengan makan tengahari. Special meal untuk Muslim.
Sebelum terbang tu, saya sempat bersms dengan si budak Syahir. Dia soh amik gamba awek Siam. Nah uols!!! Ni la rupa awek stewardess Siam..
Comel kan?
Hampir 2 jam penerbangan, akhirnya bumi Bangkok kelihatan dari udara.. Nampak tersusun je..
Landing je kat Suvarnabhumi Airport, saya tengok cuaca bukan main panas berdenting. Humang aaiii.. Seb baik dah siap-siap bawak sun block. SPF 65 lagi okeh! Kalo itam gak tataula kan.. Unik betul airport dorang. Entah bentuk ape pun akak tatau.. Macam rupa ulat bulu pon ada.. Haha..
Ya.. Konfem dah ada kat Bangkok. Tulisan Siam dah kuar dah…
Acara wajib.. Amik gamba dulu..
Tengok akak pose.. Elok je berdiri tegak..
Tapi tukang amik gamba tak puas hati..
Nak jugak soh akak jadi Sheeda Angkat Kaki.. “Aku sudah tidak percaya padamu lagi, lebih baik aku segera angkat kaki” *tetiba
Kasi close up plak
Oleh kerana waktu Thailand sejam lewat dari waktu Malaysia, bermakna walaupun kami tiba di Bangkok jam 3.20 petang, tapi masa tu sebenarnya baru pukul 2 lebih. Bagos, jimat sejam! Setel je urusan luggage dan sebagainya, kami dibawa ke bas dan akan dihantar ke hotel.
Nama bas kami Bang Chalong. Gitteww…
Naik-naik je atas bas, terus dapat kalungan bunga. VVIP sangatzz! Kah kah. Padahal bunga taik ayam sajork..
Kak Yati dan bunga tahik ayamnya
Awek Siam lagi. Uols ni tulen kah? Akak rasa tulen kot..
Rupa pompan tulen tapi huru-hara.. Lagi keji kan? Hehe
Sampai je hotel, kitorang dibagi kunci bilik dan roomate masing-masing. Patutnya akak sebilik dengan sorang agent ni, tapi yelah, bukan geng akak, lagipun dia nak temankan kakak sorang ni yang qualify untuk single room tapi takut nak dok sorang, so tak semena-mena akak pulak dapat dok single. Ada aku kesah? Haha.. Lagi akak suka! Heaven!!
So, meh kita tengok bilik akak.. Oh ya! Kitorang menginap di Amari Watergate Hotel di tengah-tengah Kota Bangkok. Depan hotel ada shopping mall. Tak ke gila bershopping? Eh, tengok bilik dululaa…
Durex Stoberi tu akak tak pakai okeh. Sila jangan speku!
Pandangan luar dari tingkap bilik
Puas akak carik tanda kiblat tapi tak jumpa. Terpaksa la akak subscribe Wifi hotel. 1 jam caj dia 104 Thai Baht atau RM10.40 semata-mata nak tengok compass arah kiblat. Akan tatapi, boleh tak akak jumpa tanda kiblat kat dalam laci masa last day kat hotel tu?!! Hampeh!!
Yang lagi best, akak terlupa bawak telekung. Tak pernah-pernah pegi obersi (kononnya) akak lupa bawak telekung uols! So, dengan daya kekreatifan yang akak ada, akak balut badan pakai bathrobe, pastu pakai tudung berlapis-lapis (mujur akak bawak tudung bawal 3 helai pelbagai warna), lepas tu bahagian kaki akak balut pakai bathrobe lagi sepasang tu. Sudahnya bila akak tengok cermin, dah rupa Amukan Pocong pon iye. Sungguh mengejikan lah Suzilah nihh!! Whatevah!!
Lepas dah berehat, mandi-mandi, kami dijadualkan untuk menghadiri Gala Dinner di atas cruise pada jam 8 malam. Jam 7 malam, kami semua diminta berkumpul di lobby. Bila semua dah ready, lets uols! Kita melantak!!
Kami tiba di River City Shopping Complex lebih kurang jam 7.30 malam. Kat sinilah terletaknya pelabuhan tempat kitorang akan naik cruise tu..
Ni la ghope cruisenya. Chao Phraya Princess!
Naik je cruise, masing-masing mula amik tempat. Macam akak bagitau tadi, akak takde geng yang pegi sekali. So, akak duduk je la semeja dengan sape-sape. No hal punye. Dorang pun okeh je..
Sume tak sabar nak makan. Lapar dowh!!
Patut pun lapar. Walaupun ikut jam Thailand baru pukul 8 malam, kat Malaysia dah pukul 9 malam. Mane la tak lapar kan? Tak dinner lagi..
With Kak Corrina. Huh! Tataula haku nak mengeja nama ko ni kak…
Sebelum makan, biasalah.. Ucapan alu-aluan daripada CEO.. Sambil-sambil tu sempatla snap pemandangan yang cantik dari dalam cruise. Sorryla eh. Akak amik pakai henpon je. So, ada pantulan cermin sekali.. Heehee..
Wat Arun atau Temple of Dawn
Lagi sekali Wat Arun
Macam biasa sedikit info tentang Wat Arun..
Wat Arun Rajwararam (“Kuil Subuh”) adalah sebuah kuil Buddha (wat) disalah sebuah daerah di Bangkok iaitu Bangkok Yai. Ia terletak di sebelah barat tebing Sungai Chao Phraya. Nama penuh kuil ini ialah Wat Arun Ratchawararam Ratchawaramahawihan dan dinamakan sempena Aruna, Tuhan Subuh India. Wat Arun dianggap salah sebuah mercu tanda paling terkenal di Thailand. Kuil itu dinamakan sedemikian kerana cahaya pertama pagi yang memantul dari permukaan kuil seperti kilauan mutiara.
Dah dengar ucapan, kami pon start makan. Buffet yang disediakan memang mabeles laa. Signature dish dia harusla somtam dan tomyam goong! Tau tak apebenda tomyam goong ni? Tomyam udang daaa.. Memang rasa Tomyam Asli sebenar! Gituhh.. Somtam plak? Kerabu mangga okeh..
Tomyam Goong! Sorry gelap..
Buffet yang beraneka makanan. Somtam dah hampir lichin!
Sambil-sambil makan tu pulak, ada penyampaian hadiah. Hadiah untuk sape-sape yang qualify masa early bird. Hadiahnya 2,000 Baht. Okela tu, dapat RM200 extra untuk belanja. Hiks!
Happy dapat 2,000 Baht dari Encik Wan
Moteeeep banyak gila gamba Wat Arun yang akak hambek?!
Perjalanan menaiki cruise merentasi Sungai Chao Phraya ini memakan masa 2 jam. Memang puaslah. Tapi oleh kerana cuaca kat Bangkok masa tu tengah panas, duduk luar cruise amik gamba pon masih panas walaupun ada angin. Dah berkuap dok luar, baru masuk dalam. Sejukla sikit..
Perahu berlampu yang cantik sangat
Lupa pulak nak cerita. Sambil makan tu, kami juga dihiburkan oleh nyanyian oleh band Filipina. Suara sedap. Bila nyanyi lagu English memang okla. Yang tak tahan bila dia nyanyi lagu Bukan Cinta Biasa (Siti Nurhaliza). Tak kisahlah dia nak tengok kertas lirik sebab tak hafal kan.. Gaya memang mantap, terbaik sampai tendang-tendang kaki ala Misha Omar nyanyi! Tapi tahape-hape lirik yang disebutnya. Asal ada bunyi je. Kitorang sorak-sorak la dia. Mesti dia ingat nyanyian dia mendapat sambutan. Padahal kitorang jahat gelakkan dia. Sorry ye, kitorang gelakkan uols!
Gaya tak boleh blah! Lirik ke laut!!
Selepas dua jam round Sungai Chao Phraya, kitorang pun balik. Sebelum balik, sempat lagi amik gamba sekeping dua..
Pek! Pek! *bunyi lempangan muka sendiri
Sampai hotel lebih kurang pukul 11.30 malam. Kawan-kawan yang lain ada yang pegi bersantai sambil berurut. Oleh kerana akak tak sihat, akak dok hotel jela sambil tengok TV sambil terlelap. Ok, nak tau apa aktiviti kitorang pada hari kedua. Nantikan sambungannya di Bengkok di Bangkok : Bahagian II
12:04 pm on May 30th, 2012
oh… aku dulu pong dok hotel tu…tahun 2006 kot..tak berubah.
11:49 am on June 2nd, 2012
Hahaha hotel lama kan kak?