Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Taraaa…..


HSBC – Bank Sedunia Memahami Hasrat Setempat

Tudia..HSBC sekarang dah bukak cawangan kat Kampung Sungai Choh okeh. Diulangi, KAMPUNG SUNGAI CHOH! Kampung okeh…Ko ada? Memula masa terbaca status seorang rakan sekampung di Facebook tentang HSBC yang baru dibuka kat Sungai Choh, rasa macam budak ni memain je. Tapi minggu lepas masa saya balik Sungai Choh dan lepak makan dengan seorang member di Restoran De Anjung, Sungai Choh dan nampak cawangan HSBC ni, maka benarlah segala cerita tu.

Bagi sesiapa yang tau lokasi dan persekitaran Kampung Sungai Choh ni, mesti tak sangka HSBC akan mengambil keputusan untuk mengembangkan perniagaan mereka di kampung kami. Untuk pengetahuan bagi sesiapa yang tak tau, Kampung Sungai Choh ni merupakan sebuah kampung yang tak berapa besar, terletak di antara Bandar Rawang dan Pekan Serendah. Jangankan KFC, 7 Eleven pun takde kat sini! So, bila bank antarabangsa sudi mencemar duli di kampung saya, mak vangga noks! Haha. Oooh, maybe sebab dorang tau Erra Fazira berasal dari Kampung Sungai Choh kot. *Haha..Matila takde kena mengena…

Ape je kriteria yang dorang pilih eh? Saya pun takde jawapan. Mungkin sebab nilai hartanah di sini masih rendah. Kalau ada pun yang glamer sikit, Perodua je lah kot yang menjadi nadi penggerak industri permotoran negara. Bagus juga, mana tau lepas ni Sungai Choh akan pesat membangun? Tapi saya lebih suka Sungai Choh yang dulu. Ada sungai yang jernih, dalam, banyak ikan, tempat saya dan kawan-kawan berkubang dan terjun tiruk. Tapi sekarang, semua dah takde. Sedih betul. Hari yang saya balik kampung tu, saya dan seorang rakan pergilah masuk ke dalam hutan, nak tengok sungai jeram tempat kami selalu berkelah kalo musim panas. Sesampai je kami di situ, tengok-tengok dalam hutan tu dah ada laluan untuk highway. Sungai cetek. Air sungai pon dah kuning-kuning. Sedih gila bila terkenangkan masa kecik-kecik dulu selalu mandi situ. πŸ™ Inikah harga yang perlu dibayar atas nama sebuah pembangunan? Hmm..

Apa pun, saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada HSBC kerana berani mengambil risiko untuk melebarkan sayap di kampung kami. Dengan ini, saya ingin mencabar Citibank. Kalau lu anak jantan, bukakla pulak cawangan Citibank kat sebelah HSBC Sungai Choh. Ada brannn??? Tetiba.. Hahaha *Matila garang

Saya percaya, anda semua pasti ada artis kegemaran. Tak kiralah sama ada artis solo atau berkumpulan. Mungkin juga artis tempatan atau luar negara. Backstreetboys? Spice Girls? Mariah Carey? Slam? Siti Nurhaliza? Illa Sabry? Eh, Illa Sabry tu kawan haku. Hiks.. Saya pun ada artis kegemaran jugak. Artis ni, kalau saya sebutkan namanya, mungkin ada yang masih ingat atau mungkin ada yang tak kenal langsung.


Ni bagi sape yang tak kenal Illa Sabry

Artis kegemaran saya ni mempunyai suara yang cukup unik. Serak-serak basah. Dinaungi oleh syarikat rakaman Warner Music. Oh, sebelum terlupa, ni artis lelaki tau. Punyelah saya fanatik sampai semua kaset dia saya beli. Pertama kali saya melihat beliau di TV semasa beliau menjadi artis undangan penyanyi Nora. Rasanya sekitar tahun 1997. Saya mula meminati penyanyi ini sejak hari itu. Wow! Sedar tak sedar dah hampir 14 tahun.

Kefanatikan saya terhadap penyanyi ini diketahui oleh rakan-rakan serumah saya ketika itu. Kalau lagu beliau ke udara di radio atau beliau membuat kemunculan di TV, ada je yang tolong beritahu saya. Kalau ketika itu saya di dapur tengah masak, terus terkocoh-kocoh lari ke depan TV nak tengok sampai habis. Sampaikan punyelah gila saya gabungkan nama kami berdua. Hahaha konon-konon romantik abes. Ptuiii!! Kelako bila ingatkan balik. Maklumlah, remaja tengah nak naik. So, hormon gatal berlebihan gitteww..

Tahap kesewelan fanatiknya saya terhadap penyanyi itu bertambah lagi apabila saya sanggup menulis surat kepadanya dan setiap hari berdoa agar posmen menghantar surat balasan daripada penyanyi tersebut. Saya ingat lagi, saya menulis surat kepadanya ketika cuti semester. Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu….akhirnya…yang dinanti tiba jua. Saya tak ingat berapa lama saya menunggu balasan surat daripadanya, tapi rasanya tak lama sangat. Mungkin sebulan kot. Yelah, masa tu dia belum terkenal lagi. Agaknya surat yang sampai kat pejabat Warner Music untuk dia pun setengah karung je. Heehee..So, cepatlah dia balas.

Marilah saya bawa anda mengimbau kembali kenangan lama saya yang sangat keji menulis surat kepada artis. Muahaha..Cekidaut!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


Inilah surat balasan dari pooojaaann hatiku..Muahaha *gelak guling-guling

Ya, penyanyi tersebut adalah Rem! Atau nama sebenarnya Ramzani Kassim, pelantun suara serak-serak basah yang berasal dari Sarawak. Lagu beliau paling popular ialah Selingkar Kasih dan S.O.T (Semua Orang Tahu). Bila tengok balik jawapan yang Rem bagi – “Abang Rem masih single leh..“. Motip haku tanye dia single lagi ke tak? Nampak nau gatal.. Hak hak hak.. Pastu yang dia jawab “InsyaAllah Abang Rem akan datang ke tempat adik untuk buat promotion (make sure you are there)” tu saya tanya dia, “Bila Abang Rem nak datang UTM Skudai?“. Haha sekali lagi hormon gatal haku mencanak-canak. Woii! Ko nak belajar ke nak kawen?!! Hiks..

Surat daripada Rem ni saya tampal di notice board meja saya study. Konon-konon jadi pembakar semangat lah. Yang gambar Rem tu, bukan dia yang bagi. Saya gunting dari majalah mane ntah dan lekatkan sendiri kat surat tu. Keji kan? Haha. Kan tadi saya ada bagitau yang saya gabungkan nama kami kan? Nama dia Ramzani. Saya Suzilah. So, saya cakap kat budak-budak rumah saya “Mulai sekarang korang kena panggil aku Ramzilah Suzani oke!”. Tolonggg…nak pengsan gelakkan diri sendiri. Muahahaha..


Wajah kesayangan hamba yang dicilok dari sini.

Haa.. Ni lah cerita mengenai artis kesayangan saya. Tapi seiring dengan masa, perasaan suka tu dah makin berkurangan. Takdelah fanatik macam dulu-dulu. Cuma terkilan la jugak sebab dengan bakat besar yang dia ada, dia mampu pergi lebih jauh. Mungkin takde rezeki. Huhu. Walau apa pun, saya tetap mendoakan beliau berjaya dalam apa jua bidang pekerjaan beliau sekarang. Oh! Abang Rem.. Aku merinduimu.. Heehe..

p/s: Nanti kalo gi karoke, nak nyanyi lagu dialah.. πŸ™‚