Aktiviti hari ketiga di London, kami mulakan dengan melawat ibu pejabat Prudential UK di London. Dalam perjalanan ke sana, kami melalui Piccadilly.
Beberapa gambar yang sempat saya ambil dari dalam bas.

The Piccadilly – salah sebuah cafe yang terdapat di Piccadilly

Piccadilly merupakan jalan utama di tengah-tengah kota London yang memanjang dari Hyde Park Corner di sebelah barat sehingga ke Piccadilly Circus di sebelah timur. Piccadilly merupakan satu-satunya jalan yang tidak diletakkan perkataan “street” atau “road” padanya seperti Oxford Street dan King’s Road. Memang kalau orang sebut Piccadilly tu sebenarnya mereka merujuk kepada jalan Piccadilly.

Apetah nama pokok ni tapi cantik sangat..

Muzium Ripley’s Believe It or Not


Thriller Live Musical Theater
Thriller Live merupakan teater muzikal berkelas dunia yang mempersembahkan lagu-lagu hit Michael Jackson di sepanjang kariernya selama dua jam tanpa henti. Tapi kitorang tak pegi pun. Tak sure pulak berapa tiketnya.
Setelah lebih kurang 40 minit perjalanan, akhirnya kami tiba di ibu pejabat Prudential UK. Sementara tunggu orang lain turun bas, mehla amik gambo dulu..Heehee..

Berlatarbelakangkan dua objek utama yang mengompomkan anda berada di Kota London iaitu public phone merah dan bas merah 2 tingkat. Haha!


Bersama Chief Agency Officer – Wan Zamzuri

Sarapan pagi lagi sekali – ikan salmon dan lemon


Agenda kami di sana adalah untuk mengetahui sejarah penubuhan Prudential UK dan bagaimana ia berkembang ke seluruh dunia dan Malaysia, khasnya. Kami dipertontonkan dengan tayangan video di samping diberi penerangan oleh pegawai penerangan Prudential. Nama dia tak ingatla pulak. Ke haku tak amik kisah sebenarnya. Huhu..


Poster yang menunjukkan mangsa Titanic dilindungi oleh Prudential
Jangan memain okeh. Semasa bencana kapal Titanic pada tahun 1912 dulu, mangsa-mangsa kapal Titanic seramai 292 orang telah dilindungi oleh Prudential Assurance Company Ltd. Pampasan yang dibayar oleh pihak Prudential kepada waris mereka ialah sebanyak £12,834. Agaknya berapa ye kalau nilai sekarang? Ha, sedangkan mangsa Titanic amik insurans dengan Prudential, korang ni tak reti-reti nak sign up dengan hakak ke? Hiks

Ni ejen-ejen Prudential terawal. Motip sume lelaki??

Ni plak staf Prudential. Motip sume pompan la pulak?

Bangunan ibu pejabat Prudential

Prudential ditubuhkan pada tahun 1848. Hmm, dah hampir 180 tahun!

Prudential dan pesaing-pesaing insurans yang lain di UK


Brochure iklan terawal. Macam asal boleh je. Hiks

Ni iklan TV. Siap ada jingle bagai


Logo Prudential – pompan pakai headband tengah pegang cermin
Selepas selesai tayangan video dan penerangan serba sedikit tentang sejarah Prudential, kami dibawa melihat bilik kebal yang dahulunya pernah digunakan untuk menyimpan polisi-polisi pelanggan.


Ni lah rupa pintunya

Ni pulak batang kunci yang digunakan untuk membuka pintu bilik kebal. Yang kecik seco’et tu dia punye gigi kunci


Kemudian, kami dibawa pula melawat sekitar bangunan Prudential.

Merah je. Ke cokelat?




Gambar reramai




Bangunan Prudential dari luar. Comot-comot sebab tengah renovate

Konon-konon tengah minum kat cafe. Caitt!!

Teksi London


Selepas melawat ibupejabat Prudential, akhirnya kami dibawa ke mercu tanda London iaitu Tower Bridge. Kami diturunkan oleh pemandu bas agak jauh dari Tower Bridge, so kenalah berjalan sikit. Tak reti-reti?

Tower Bridge dari jauh

Dalam perjalanan, kami melalui London Bridge

Burung ni mungkin terbang dari Trafalgar Square agaknya

Bangunan unik yang terdapat berdekatan dengan Tower Bridge. Bangunan pejabat kot. Lupe nak tanye tourist guide




Ingat ye, ni bukan LONDON BRIDGE. Ni nama dia TOWER BRIDGE. Jap lagi saya citer ape beza dia






Hantu Kak Limah pegi London




Tak abes-abes muka hakak kan? Ada akak kesah? Blog akak kan?



Iyyaahhhh!! Tolak telur


Haa.. Nampak tak jambatan tu? Ha, tulah dia London Bridge
Mesti korang masih ingat lagu masa kita kecik-kecik dulu – London Bridge is Falling Down
London Bridge is falling down,
Falling down, falling down,
London Bridge is falling down,
My fair lady
Kadang-kadang bila kita baca buku cerita, ada lagu ni pastu siap ada gamba macam ni lagi :-

Gambar dari Google
Betul tak? Salah sebenarnya uols. Ni bukanlah London Bridge. Ni sebenarnya Tower Bridge. London Bridge sebenarnya yang ni ha :-

London Bridge sebenar – Gambar Google jugak
Menurut tourist guide kami, Tower Bridge selalu disalah faham dan dirujuk sebagai London Bridge. Sampaikan ada satu kisah, tataulah betul ke saje lawak. Tourist guide kami cerita, ada sorang mamat jutawan dari Peranchis, nak beli property Tower Bridge (yang disangkanya sebagai London Bridge) untuk dibina semula di negaranya. So, sepanjang masa pembinaan tu, si jutawan ni takdelah nak pegi tengok ke ape. So, bila ‘London Bridge’ tu siap, dia pegilah datang tengok. Bila dia tengok je jambatan yang dah siap tu, terus dia pengsan sebab yang siap tu bukannya Tower Bridge, tetapi London Bridge iaitu jambatan bodoh je. Kesian..
Pastu tourist guide kami cerita lagi yang penulis lagu/lirik London Bridge is Falling Down tu ialah orang Amerika. Mana orang tu tau London Bridge tu yang mana satu sebab dia pun tak pernah sampai lagi ke London. Wallahu’alam. Entah ye ntah tidak cite ni. Hehe..So, kalau nak tau lebih pasal Tower Bridge vs London Bridge, klik sini.
Destinasi kami seterusnya ialah makan!!! Dalam perjalanan, sempatlah mengambil beberapa gamba yang saya rasa agak menarik.

Bas kami melalui Tower Bridge

Lagi sekali, kasi tunjuk itu London Bridge







London Eye dari jauh. Tak singgah naik pun

Akhirnya kami sampai di restoran Malaysian Cuisine. Yeay!



Sayur campur

Udang sambal nyam nyam

Ni nasik. Motip tak kenal?

Kangkung belashann. Dun play-play!

Ape ye ni? Lupa plak. Rasanya ikan kot..


Selepas makan, kami dibawa pula melawat ke Istana Buckingham.

Berlatarbelakangkan bangunan yang dihiasi Vertical Garden. Nak tau lebih lanjut pasal Vertical Garden, klik sini






Ni la dia Istana Buckingham





Nampak tak keta kuda kat belakang tu?





MJ wanabe


Bagak gilerr pintu pagar dia..



Tengok pakgad dia..Kenapa tak pakai topi merah macam dalam citer Mr. Bean tu kan?



Seterusnya kami dibawa pula ke Westminster Abbey, gereja terkenal yang akan menjadi tempat majlis perkahwinan di raja di antara Putera William dan Kate Middleton yang akan berlangsung tidak lama lagi.





Orang yang ramai-ramai kat belakang ni tengah tunggu Queen Elizabeth datang. Tak sure ada acara apa masa ni

Ramai gilerr



Belakang tu la Westminster Abbey

Dapat amik gamba Big Ben – jam terbesar di London pun dari jauh je




Ni amik dari dalam bas. Sedehhh..


Tentera berkuda



Ni pun amik dari dalam bas gak
Lepas tu, kami dibawa pula ke China Town. Merata-rata lah China Town ni. Sume negara dia ada. Eh silap, kat Paris takde China Town.

Gong Xi! Gong Xi! Tetiba..


Saya takde beli apa-apa pun kat China Town. Tapi kawan-kawan lain yang sempat masuk dalam kedai runcit kat China Town tu, ada nampak Maggi Mee. Huhu..
Seterusnya, destinasi terakhir kami pada hari tu ialah Madame Tussauds. Madame Tussauds merupakan muzium lilin di London yang menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia. Muzium ini diasaskan oleh Marie Tussaud iaitu pengukir patung lilin terkenal dari Peranchis.
Di muzium ini, pelbagai hasil ukiran patung lilin daripada golongan di raja, pemimpin, artis, bintang filem, ahli sukan sehinggalah kepada pembunuh terkenal ada dipamerkan. Di dalam muzium itu, dibahagikan kepada beberapa seksyen iaitu seksyen artis, pemimpin negara, ahli sukan dan beberapa seksyen lagi. Disebabkan kesuntukan masa, banyak jugaklah seksyen yang saya tak sempat masuk. Rugi!

Tangga nak naik. Cool kan?

The gorgeous Nicole Kidman

Bersama darlingku – Johnny Depp

Bersama pasangan cantik lawa – Angelina Jolie & Brad Pitt

You jump, i jump.. Gitteww..

Victoria & Beckham

Bruce Willis – I love u..






Amitabh Belachann.. opss


The sexiest Marilyn Monroe

Aktor kesukaan akak – Morgan Freeman

Astalavista bebeh!

James Dean


Muhammad Ali. Yahhhh!!!

Sape ni eh? Lupe nama dia.. Sir apetah..


Mahatma Gandhi & Nelson Mandela

Tony Blair & Margaret Thatcher. Orang tua kat ujung tu tatau sape..

Yang saya kenal, Yasser Arafat je..Huhu

Saddam Hussein & Adolf Hitler


Kami akhiri lawatan ke Madame Tussauds ini dengan menonton tayangan 4D. Best sangatttt.. Bagi sesiapa yang dah biasa menonton tayangan 3D kat sini, mesti tau yang kalau 3D ni, kita rasa seolah-olah objek dalam skrin tu ada kat depan mata kita, seolah-olah boleh disentuh, kan? Tapi tayangan 4D ni lagi menarik sebab kalau orang dalam skrin tu tengah bertumbuk, kita pun dapat rasa ditumbuk. Kalau ada angin, rasa sejuk je. Kalau ada air terpercik, kita pun akan rasa air tu terpercik kat muka kita. Sampai saya cuak, ah sudah..basah ke muka haku ni.. Rupanya rasa je.. Padahal takde basah pun. Guna teknologi ape pun tatau la..
Tayangan 4D yang kami tonton tu berkisarkan 6 hero yang nak menyelamatkan Kota London. So, memang banyaklah adegan pertarungan. Tu yang terasa sekali kena sepak tu. Heehee.. Tayangan ni mengambil masa lebih kurang 10 minit je.

Ehsan Google

Ni la rupa dalam wayang tu. Pun gambar ehsan Google

Kat luar Madame Tussauds
Lepas dah puas melawat Madame Tussauds tu, hari pun dah nak malam. So, agenda seterusnya makan malam. Oleh kerana ia merupakan malam terakhir kami di London, kami diraikan oleh Prudential dengan Farewell Dinner yang diadakan di Malaysian & Chinese Cuisine Restaurant.

Sirap

Sambal belacan pun ada

Ulam-ulaman


CEO Prudential BSN Takaful – Mr. Azim Mithani

Tom yam
Sambil makan, kami dihiburkan dengan sesi karaoke.

Brader dua orang ni tengah nyanyi Lagu Jiwa Lagu Cinta
Tiba-tiba, saya pun naik sheikh. Nak jugak melalak. Tettaappp…..Maklumlah, kaki karok Kotadem kan. Kah kah kah. Suara kau ada berkumandang di Kota London? Ado? Nan hado kan? Hihi..

Feeling-feeling Ratu Rock Ella. Masa ni saya nyanyi lagu Kesal. Kih kih kih

MC aka Tourist guide jugak

Malaysian & Chinese Cuisine Restaurant
Lepas makan, apa lagi.. Balik hotel untuk kemas barang dan tido. Opss, tak jugak. Balik hotel tu, lepas mandi-mandi, kami keluar semula untuk mencari souvenir di sekitar hotel. Sekitar hotel pun, 20 minit jugaklah berjalan kaki. Saya sempat beli beg travel lagi sebijik sebab beg yang ada tu tak cukup nak menampung barang-barang yang saya beli. Jadinya, masa pegi 2 beg, balik 3 beg. Keji!!
Brochure iklan terawal. Cam kelako je




